Kayu Lelek ??

Pergaduhan terancang. kayu lelek... Sebagai alasan.

Abg Haruan: "Haruan hari nie kita balas dendam terhadap si S nie aku cari akal untuk tumbuk dia"
Haruan: Boleh Kah M..

Satu pergaduhan yang di rancang oleh abg haruan untuk membalas dendam. Akibat perbuatan S, Haruan di cop pencuri oleh ibunya.

********

Kayu lelek adalah sejenis permainan kanak-kanak yang menggunakan 2 batang kayu yang berukuran (3 kaki bagi ibu kayu dan ½ kaki bagi anak kayu).Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang satu kumpulan atau lebih. Ianya memerlukan lubang memanjang sepanjang lebih kurang 12 inci dalam 2 inci untuk diletakkan anak kayu tadi dan di cungkil menggunakan ibu kayu sebagai balingan. Permainan ini hanya popular di Sabah dan pada masa kini ia jarang di mainkan oleh kanak2 zaman kini. Mungkin mereka juga sudah tidak tahu permainan kayu lelek. Permainan ini adalah mengikut pungutan markah. dan hanya akan tamat bila markah game yang di tentukan oleh kedua-dua pihak tercapai. Pada kejadian ini berlaku markah game adalah 1500 markah.

*********

Setelah lama bermain kumpulan yang diketuai oleh abang haruan kalah teruk di tinggalkan mata sampai beratus-ratus jahunya. Pasukan lawan pula sudah hampir mencapai markah game. Akibat dari kalah + Dendam sedia ada, maka terjadilah....

Abg Haruan: "Hoi S cepatlah kau pukul kayu lelek tu" menjerit kepada si S.
"Haruan Kau standby dia cungkil saja anak kayu tu terus kita pegi
belasah dia"


Satu cungkilan kayu yang di susuli dengan serangan mengejut Abang haruan berserta haruan dan ahli kumpulan terhadap si S. satu aksi ganas yang berlaku 7 lawan 1.
S menerima pukulan2 hebat. Tanpa di sangka2 S mengamuk dengan menggunakan ibu kayu lelek yang berada ditanganya dia melibas merata-rata tanpa target tertentu untuk
menyelamatkan dirinya. Namun dengan kelebihan S yang ada (kayu di tanganya) dia mengejar setiap orang yang ada. Semuanya lari bertampiaran.

Haruan : Oh tidak kenapa S kejar aku,matilah aku kena kayu tu.
S: Mati kau. kau mau lari mana

Haruan terjatuh semasa sesi kejar mengejar. Satu libasan daripada S....Pack.... satu libasan yang kena tepat pada batu di atas kepala haruan yang menyelamatkan haruan pada hari itu.

Abg Haruan: "Hoi S kau mau lari mana ni kayu panjang untuk ko pulak"

Abang haruan membawa batang mop dan mengejar S sehingga dapat.

Abg Haruan: "Nie aku sudah dapat tangkap dia. Apa lagi haruan buat satu tendangan padu maut"
Haruan: OK. Kau pegang dia bagus2

S dengan keadaan tangan di kunci di belakang. Abg Haruan mendedahkan tubuh S untuk satu tendangan padu maut. Dengan larian dari jauh satu lompatan untuk membuat tendangan tepat ke perut S berlaku, S sesak nafas sementara (Panick juga sementara dibuatnya) tetiba ia menangis kesakitan... Puas rasa di hati. Kami meninggalkan S menangis seorang. Selepas kejadian itu kami tidak lagi pernah berjumpa dengan S. Dengarnya dia sudah pindah ke kampung sebelah. Apalah nasib dia sekarang.......

******

Untuk pengetahuan pada masa itu Abg haruan adalah kategori pro pemain kayu lelek. Haruan pun tidak ketinggalan...

Ada sesiapa nak main kayu lelek ajaklah sekali....

21 Tukang Komen:

Anonymous said...

Haruan,
game ni ada macam konda-kondi tak?

May 24, 2009 5:01 PM  

cam ne nak maennye...
tak paham laaa...
bukak la kls maen kayu lelekkk...
hehehe

May 24, 2009 5:10 PM  

catz. entah leh main kayu kondi2 MACAM MANA??

May 24, 2009 5:52 PM  

nanti saya post gambar macam mana main kayu lelek

May 24, 2009 5:53 PM  
naz ilyn said...

Oooo... permainan ni terkenal dalam sekitar th80an di tempat sy ia tidak dipanggil kayu lelek tp maaf sy lupa apa namanye sekarang ni dah takde lagi budak2 main permainan ni.

May 24, 2009 6:01 PM  
Anonymous said...

Haruan,
Rasanya sama je kot..

May 24, 2009 6:10 PM  
unknown said...

hoho
ko terer maen game ni ke

May 24, 2009 7:03 PM  

mungkin sma le kot ngan di sini. saya memang terer main benda nie... hu..hu...

May 24, 2009 9:09 PM  

hahaha

ko main belasah orang

teringat zaman main kayu lelek

May 24, 2009 10:08 PM  
Anonymous said...

cam kurik kundi aje..

ade request2 nih..ekekeke

ape kate ko tukar nme..cam xsesuai lak ngan katon

May 24, 2009 10:28 PM  

kepten pun main kalu lelek ke?

May 24, 2009 10:29 PM  

asis
aku memang minat katon.

May 24, 2009 10:32 PM  
Lun said...

waktu kecik2 x pernah pn main kayu lelek


ni ar 1st time dgr

info best huh ^^_

May 24, 2009 11:42 PM  
xull said...

Aku minat men baling seliper jepun. Plaing maut, sliper jeput jenama tat seng. Berat, Mantap dan Mapan. Skali kena, dapat jenama kat badan. Hahaha.

May 25, 2009 12:40 AM  
joegrimjow said...

jgn jadi haruan mkan anak suda

May 25, 2009 3:47 AM  
ezzati said...

alaaa..baca byk kali pn x phm cmna nk main lelek niee..hehe

May 25, 2009 8:47 AM  
Cikgooden said...

macam main 'popia'...tapi cam konda kondi pun ada gak..

mana satu hah?
aku tak faham langsung apa kau tulis..

May 25, 2009 9:00 AM  
Anonymous said...

kayu lelek tu mcm mne ek?
adehh..
jln cerita kurang phm

May 25, 2009 11:27 PM  
Milimilo said...

aku xpnah dgr name kayu lelek n aku xphm cmane nak mainnye

June 02, 2009 1:38 PM  
Unknown said...

Dia la tu.. Kinda kondi.. Sama saja

December 17, 2020 12:29 AM  
Unknown said...

Sebenar nya konda kondi..
Tpt aku jadi kayu lelek sbb selalu main d rumah orang jawa yg Di panggil lelek.. Jadi lah kayu lelek

December 17, 2020 12:31 AM