Cintaku.....



Semua orang mempunyai kisah cinta tersendiri. Tentunya setiap insan di dunia ini memilih cinta yang terbaik terhadap dirinya. Namun tidak kurang juga ada insan yang malang kerana putus cinta atau cintanya ditolak.

*****

Din (nama samaran) adalah seorang yang pendiam dan rajin berkerja..... sebagai seorang bujang dia banyak menghabiskan masanya melepak bersama kengkawan di ujana Kewangan Labuan. Begitu juga Taufik (nama samaran) suka melepak bersama Din namun taufik agak aktif sedikit.

Di suatu masa mereka berkenalan dengan seorang wanita Suhaila (Nama samaran). Mereka berkawan rapat namun hanya sebagai kawan sehinggalah satu masa…..

Din berjumpa aku dan sapee yang tengah melepak di Padang astaka Labuan, dia bertanya pendapat dari kami “Kalau saya suka perempuan tu saya nak buat macam mana ya?” Kami memberi pendapat masing-masing. Namun Din memilih untuk menunggu sahaja masa sesuai untuk menyatakan cintanya kepada Suhaila…

Boleh dikatakan tiap-tiap hari Din dan suhaila berjumpa. Bagaikan pasangan kekasih. Namun sebenarnya Din belum lagi menyatakan cintanya.

Masa yang sesuai pun tiba Din melafazkan cintanya terhadap Suhaila… namun hampa cintanya ditolak….

Hari itu Din sedih… datang melepak dengan kami. Kami Tanya kenapa bersedih. Din menjawab dengan sedih “Aku tak sangka cintaku di tolak oleh Suhaila” tapi kenapa??

3 Bulan berlalu Din tetap menyepikan diri. Biasanya selepas waktu kerja dia akan berjumpa Suhaila…. Namun kini dia hanya melayan motor EX5 sahaja untuk meronda-ronda Bandar Labuan.

Tidak lama selepas itu kami di kejutkan dengan Taufik…. Dia memanggil semua orang yang berada dipejabat. “Kamu semua dijemput untuk menghadiri majlis Perutunangan”. Belum sempat Taufik menghabiskan bicara ada suara menyampuk “siapa bertunang”?

Hari yang dijanjikan Taufik telah tiba, kami beramai-ramai bertolak ke rumah Suhaila untuk majlis pertunanganya dengan Taufik. Din yang turut hadir tetap tumpang gembira kerana mereka bertiga adalah kawan.

Dalam majlis itu, masa bertunang yang ditetapkan adalah 6 bulan. Dan dijangkakan akan berkahwin pada Hari Raya ketiga.

Suatu malam di bulan puasa…. Selepas sembahyang taraweh kami biasanya akan melepak dibilik sahaja sementara menunggu waktu untuk sahur. Dalam lingkungan 11 malam kami dikejutkan dengan satu berita sedih “Taufik kemalangan, dan meninggal dunia semasa kemalangan".


Mengikut berita yang diterima Taufik yang pergi ke rumah tunangnya Suhaila meminta izin sebentar keluar membeli rokok. Namun masa itu taufik tidak memakai helmet dan terbabas di sebuah selekoh tajam. Hentakan di kepala menyebabkan Taufik meninggal dunia malam itu.

Semua rakan-rakan serumah bergegas ke hospital Labuan. Akhirnya kami dibawa ke bilik mayat dan sah la itu adalah mayat Taufik… Suhaila turut sama berada disitu… tentunya seorang tunang akan bersedih akan permergian tunangnya. Segala persiapan Suhaila untuk berkahwin dengan Taufik menjadi sia-sia.

Bulan yang sama juga kami menerima jemputan kahwin dari Din ia akan berkahwin pada hari raya ke 7. Hari raya ke 7 menjelma. Kami semua berpusu-pusu kerumah Suhaila untuk melihat persandinganya dengan Din.

Inilah dikatakan jodoh, Din kini memiliki 3 orang anak bersama Suhaila, Semoga mereka bahagia hingga akhir hayat. Kepada Arwah taufik kami sebagai rakanmu hanya mampu mengirimkan Al-fatihah dan kami doakan engkau ditempatkan diantar orang-orang yang beriman….. Amin.

36 Tukang Komen:

GRuNGe said...

Betul tu Kapten Haruan. Ajal, maut, jodoh dan perkahwinan adalah di tangan Allah.

Kamu di Sabah ke Kapten. Bulan 7, ada outstation di Sabah. Harap dapat jumpa kamu. Sekiranya kamu sudi.

June 06, 2009 7:14 PM  
ayong said...

oouh..kecianye cite ni..tapi ape pon, kalau dah jodoh tak kemana kan?

June 06, 2009 7:15 PM  

pergh..dh pggl kapten lak skang..! Cit..tak layak lgsg..
apa2pun..1st time citer sedih..huhu..aku turu bersedih...uwaaa...aku nk p teriakkk jappp....

June 06, 2009 8:11 PM  

lupe le plak..aku pun kat sabah bulan 7 nie..harap dpt jumpe..(yg aku mksdkan si grunge ye...)
x hingin aku jmpe aruan!!! Cit!!!

June 06, 2009 8:12 PM  

kapten!

ini kapten tentera

oh ya... cerita yang mengharukan

June 06, 2009 8:39 PM  

sob3~
sedeyhhh...
(masuk bilik nanges)

June 06, 2009 8:43 PM  
unknown said...

jodoh di tangan Tuhan

manusia hnya merancang tp Tuhan yg tentukan

June 07, 2009 12:22 AM  
xuen adyla said...

love does miracle

and this is one of it

kinda emo-ed when reading

i need tissue

June 07, 2009 12:24 AM  

terharunye bace,,
~kalu da jodoh, x kn kemane~

June 07, 2009 1:16 AM  

xsmstinya org yg bagai nak rak berchenta tu akan kekal smpai ke tua kan... ---ketentuan---

June 07, 2009 1:20 AM  
||alis|| said...

hmmm... al-fatihah buat arwah taufik. ajal nih sudah pasti, bagaimana ia berlaku saja, urusan Allah. pernah juga dengar cerita sekeliling; tapi yg paling sedih:

-seorang suami meninggal dunia akibat kanser waktu baru 3 bulan nikah. isterinya tika itu hamil 2 bulan. lahir saja baby, habis iras arwah ayah.

-seorang suami, baru 2 bulan nikah meninggal dunia akibat letupan di stesen minyak waktu petang.. 4jam sebelum kejadian, arwah dan isteri baru terima khabar isteri hamil 3 mggu. kini isteri sedang menunggu hari untuk melahirkan.

saya baru berjumpa sama isteri ini. usia baru 24. sgt tabah. mungkin tiada apa yg harus ditangis lagi.. dia mahu focus pada baby sahaja.

sorry kapten, komen ku terpanjang ;)

June 07, 2009 8:12 AM  
Anonymous said...

sedihnye citer ni....huk3...
takot lak putri wase...
putri sentiase doa agar putri n tunang dipanjangkan jodoh hingga hingga ke akhir hayat kami...


lagi satu,
dekat ke jauh ke,
kalo nek moto,
pakai la helmet k!!!huhuhu...

June 07, 2009 8:23 AM  
Precious said...

Patut ler orang kata, kalau dah jodoh tak ke mana ...

June 07, 2009 8:57 AM  
Tirana said...

Ada award untuk tuan haruan di blog saya..

June 07, 2009 10:38 AM  

wah...tu la org kata ajal maut d tgn tuhan..

huhuuu~

June 07, 2009 11:20 AM  
kembara™ said...

salam
cintaa...Oh...cinta...

June 07, 2009 12:35 PM  

hmm.. kalau dah jodoh tak kan ke mana.. jangan bimbang.. hehe.. ;p

June 07, 2009 12:38 PM  
xull said...

mak aih. tragik nye. Tp mmg dah rezeki si Din. Syukur ajelah. CUma yg jadi mainan fikiran, si suhaila itu cepat je tukar feeling ek? Hehehe.. no offense.

June 07, 2009 1:40 PM  

touching bce cite ne...

June 07, 2009 2:55 PM  

hi.. sila kan ambik award itu. slamat berkenalan.. :P

June 07, 2009 6:19 PM  

alhamdulillah..
kita mmg tak leh jangka apa yg bakal berlaku.. =)

June 07, 2009 6:46 PM  

uh! rsa mo gi labuan la pulak! heheh

June 07, 2009 6:47 PM  
Mrs Nurul said...

agak sedih fuhh..anyway lainkali pakai la helmet..

sedekahkan doa untuk arwah taufiq..

June 08, 2009 12:49 AM  
puspa said...

sob2...
sedey n terharu ler cte ni...
so, kalo de jdoh, x kemane....
kalo x de jdoh, pg ler mne2...
huhu....

June 08, 2009 3:28 AM  
Anonymous said...

Haruan,
Kalau dah jodoh tak ke mana kan..

June 08, 2009 9:54 AM  
Mak Jemah said...

al fatihah...

p/s: blog add yang lama dah x gunakan lagi.yang ni yang baru

June 08, 2009 10:59 AM  
en_me said...

sodeynyerrr.. salammms dr me dikejauhanns

June 08, 2009 11:25 AM  

sedihnye..kalo org yg kite nak kawin,tinggalkan kite..huhuhuhu

June 08, 2009 11:56 AM  
Masy said...

terharu terharu huhuh~

June 08, 2009 12:22 PM  
MizShuai said...

salam encik haruan tasek..
kalau encik nak komen dekat blog kite, please jangan gunakan aku-kau
kite tahu encik ni sabahan, tapi itu bukan sesuatu yang enak di mate or telinga saye
sorry~

June 08, 2009 2:00 PM  
aleena said...

sad story..
somehow kalo jodoh x kemana rite:)

June 08, 2009 10:25 PM  
mrs popo~ said...

mmm..klu da jodoh~~

June 09, 2009 11:26 AM  
hana_tomei said...

salam haruan tasek..dasyat la ctr nie..hihi..klu jdh x ke mane kn...sedey lak...

June 09, 2009 4:58 PM  
Anonymous said...