Lip's Service

Lip’s Service Apa tu? Lip’s Service adalah gabungan cara berkomunikasi sesama manusia dikuti dengan tingkah laku diri dalam situasi yang boleh mendatangkan kepuasan, keselesaan, keselamatan, dihargai dan dihormati .

Lip’s service kalau digunakan boleh mendatangkan keuntungan kepada si pengguna Lip’s Service wujud dalam komunikasi dua hala.

Situasi 1. Temuduga

Semua orang yang akan menghadiri temuduga sudah pastinya akan bersedia dari segala aspek. Namun banyak yang kecundang sedangkan mempunyai kelulusan yang baik. Sebenarnya kelulusan adalah antara satu syarat untuk satu-satu jawatan. Harus diingat penemuduga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Dalam hal ini hati dan perasaan manusia tidak ada kena mengena dengan kelulusan kita. Dalam erti kata lain kita perlu memuaskan hati dan menghargai mereka. Macam mana nak berbuat begitu? Ini langkahnya:

1. Kemas. Dengan berpakaian kemas ia akan menarik perhatian mereka terhadap anda.

2. Beri perhatian semasa mendengar soalan. Penemuduga tidak suka membuat pertanyaan berulang.

3. Memberi pandangan mata yang tepat kepada Penemuduga. Dengan memandang tepat ke muka penemuduga, penemuduga berasa seolah-olah dihargai dan disanjungi. Realitinya Kebanyakan calon tidak memberi pandangan mata yang tepat ke muka penemuduga, entah dagu berat nak angkat kot.

4. Memberi jawapan yang ringkas. Penemuduga tidak suka pada orang yang lambat menjawab. Sekiranya anda tidak tahu cakap secara jujur tidak tahu, jangan senyap dan membuat terpinga-pinga.

5. Memberi senyuman. Kebanyakan yang masuk interbiu muka serius, penemuduga tidak suka seolah-olah memberi tekanan kepada mereka.

6. Postur Badan. Tunjukan badan anda adalah bersemangat dan bertenaga. badan ala-ala bunga layu membawa kepada anda tidak di terima.

7. Sikap yang konsisten. Jangan sesekali berubah sikap walaupun diberi tekanan kepada anda dan jangan merayu semasa temuduga.

8. Biasanya soalan akan menanyakan kenapa anda hendak jawatan ini? Sila jawab benda-benda penting yang memberi tahu kerja tu penting untuk anda kerana apa, kalau boleh bagi dia simpati pada anda.

Kebanyakan yang gagal adalah kerana perkara 3 hingga 7 kurang atau tidak dibuat. Terutamanya 3, 4 dan 6. Dengan panduan harap anda boleh lakukan nanti. Bagi n3 semalam C adalah tahap minimum calon yang layak ianya perlu ditambah dengan perkara-perkara penting diatas.

Situasi 2. Bersalaman

Satu situasi ringkas yang mudah difahami. Sekiranya anda berjabat tangan
Sambil berpandangan antara satu sama lain tentunya anda rasa dihargai berbanding barjabat tangan tetapi muka pandang ke lain, seolah-olah salam tiada nilai.

Diharap anda faham apa itu Lips service.

p/s

1. Pengalaman semasa ditemuduga dan menemuduga orang.

2. Awek cun tapi Boyfrend muka tak commercial. Sebabnya banyak perempuan kalah dengan kata-kata mereka. cara mereka membuatkan perempuan dihargai dan perempuan rasa selamat bersama mereka. ini adalah kajian.

3.Perkataan Lip’s Service banyak digunakan dalam menerangkan kepentingan komunikasi dalam rumahtangga.

19 Tukang Komen:

GRuNGe said...

Kapten, kamu punya finger service yang bagus. Sebagus llips service anda agaknya. :P

June 20, 2009 8:23 PM  

setuju ngan grunge ;)

so,awek tak cun bf nye ensem la eh...
;P

June 20, 2009 8:54 PM  

bende2 di atas memg penting giler..kite penah temuduga spa,memg kite buat bende2 diatas..tpi maybe otak tak berpengetahuan am yg baynk,tu gagal tuh..so,pengetahuan am kene byk giler..hihi

June 20, 2009 9:03 PM  
mamai said...

aku suka pie temuduga bukan sebab nak dapat kerja tapi nak bertukar idea

June 20, 2009 9:42 PM  

wow...you're blog become an infomative blog
bgs lh awak punyer entry nie...

June 20, 2009 10:34 PM  
xuen adyla said...

komunikasi rumahtangga?
xuen belum berumah tangga tapi tangga rumah adalah

k gurau je..
baik tuan xuen faham
1,2,3,4,5,6,7,8 disertakan

lulus x?

June 20, 2009 11:05 PM  
Bardboo said...

alamak..ni yg wat aku takut nak pg temuduga nie..kerna lips service ku tak brape bagus

June 20, 2009 11:37 PM  
anak laut said...

salam...kapten,

saya sangat teruja apabila membaca bahan2 yg ada dalam blog kapetn ni..

semua maklumat penting ini sangat berguna kepada sesiapa saja yg akan menghadapi temuduga..

moga allah swt memberi rahmat dan kejayaan kpd kapten..!!

p/s: tq sudi memberi sokongan pada saya di anaklaut..

June 20, 2009 11:52 PM  

boleh nak nak request org yg menemuduga tu ensem... huuu~~ barulah tak gugup dan sentiasa tersenyummmmm... hehehe ;p

June 21, 2009 1:54 AM  

ruginya aku yg hensem ni

muahahah

June 21, 2009 2:12 AM  
Aduka said...

aku uduh je.. klu pkai suit sure smart!
hahaha

June 21, 2009 9:22 AM  
unknown said...

aku plk x kacak
ada harapan la nk dpt awek2 cun nnt
hoho

thnx sbb tips yg berguna di masa hadapan

June 21, 2009 10:09 AM  

ntahlah masa saya interview dulu (masa keje dululer) bos saya tu gatal orgnya..pilih yg cun dan kelulusan tak seberapa pasal dia tak nak pembantu dia lebih pandai dari dia..kesian budak yg berkelulusan baik tu sbb tak diterima pasal dia terlebih tunjuk pandai huhu..

June 21, 2009 12:42 PM  
Dhada said...

Mcm nervous gila nk pegi temuduga . wuwuwu

June 21, 2009 1:08 PM  
xull said...

wow.. aku rasa seram la nak g temudaga camni.. huhu

June 21, 2009 1:41 PM  
lalink7 said...

Lips service tue boleh jgk dikatakan sebagai bermulut manis..

tue pasal cowok2 yang muke pecah punyai cewek yang meletop gitu..same jugak kalau cowok2 ganteng punya cewek muka pecah jgk..

hehe..
(merepek nie)

June 21, 2009 6:26 PM  

pergh~
akhirnya aku selamat mendarat di blog kamu juga.
thanks sebab follow and baca blog aku.
hehehe~
tajuk2 anda buat aku tersenyum.what a great tips that u shared dear!

June 21, 2009 7:00 PM  
Tijah said...

sila senaraikan hari2 tertentu itu buleh? hehehe

June 21, 2009 9:13 PM  
anaklaut said...

haruan tasek,kapten.

sangat pahit kapten,

semoga apa yang berlaku ini tidak berulang..dah jadi sejarah pahit dalam hidup saja.. ditipu bulat2..malu bukan kepalang..kapten.

June 22, 2009 4:50 PM