Putus Tunang......


PUTUS TUNANG DALAM BAHASA ISYARAT



Dalam Panggung Wayang


“Sayang, Abang nak putuskan pertunangan ini,”
Hanim yang sedang menyaksikan filem lucu jangan pandang belakang congkak, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kurang jelas. Tidak pendengarannya begitu baik sekali 6/6 mengikut laporan medical chek up baru-baru ini.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam Wayang, tidak rupanya itu lafaz dari tunangnya Kamal. Hanim menarik nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Kamal, kemudian tersenyum sambil menyambung semula menonton filem jangan pandang belakang congkak.

Selesai menonton filem,Hanim bangun lantas menuju ke pintu keluar. Langkahnya diatur tenang terus menuju ke kedai menjual minumam ringan. Sebotol air meneral sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke terus bergerak kearah kenderaan Kamal.

Dalam Kereta Kamal

Kamal hanya diam,. Dia amat mengenali tunangnya yang diatur keluarga. Hanim adalah ikon gadis kampung dan mempunyai cirri wanita solehah. Namun, kehadiran Saadiah, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan kamal lemah.

Seminggu Sebelum

“Abang Kamal, Diah tak nak bersama abang. Abang milik orang. Diah sanggup bersama abang jika itu yang ditakdirkan, Tapi biarlah Abang tiada ikatan lagi dengan Hanim”
Aduhai, penangan Diah gadis kelahiran England benar-benar menjerat hatinya.

samb.. Dalam Kenderaan Kamal

“Abang , Hanim setuju dengan satu permintaan. Hanim nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara Hanim.

Itulah sifat Hanim yang tenang dan tidak panas baran (kalau sebenar dah nak pecah kereta ni), Penyabar, baik hati tetapi hati kamal kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih cantik dari Hanim.

“Bawa dia berjumpa Hanim 1 hari sahaja boleh?” Pelik betul permintaan Hanim.(ini nak ajak gaduh tarik rambut nie..). Kamal setuju,. Sebab dia yakin hanim tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Keesokan Harinya

“Apa, nak suruh Diah jumpa dengan tunang Abg,” terjegil bulat mata Diah yang memekai baju berwarna pink ketat.

“Hanim yang minta,” Kamal memujuk Diah.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Diah?”

“Takutlah Diah, silap haribulan dia bunuh Diah!” terkejut Kamal.

“Percayalah Diah, Hanim bukan macam tu orangnya. Abg dah lama mengenalinya”

Saadiah mengalih pandangannya. Apa niat Hanim berjumpa dengannya? Dia sering dengar dengan pelbagai cerita pasal menganggu tunang orang… sampai mati pun ada.(jangan-jangan dia nak bunuh aku nie..)
Dua Minggu selepas Perjumpaan Hanim dan Diah

Selepas bertemu hanim diah terus mengambil cuti. Hari ini sepatutnya Diah berkerja tetapi Diah tidak datang kerja…. Sudah dua minggu tidak bertemu Kamal sememangnya merindui Diah.

Puas dicuba untuk menghubungi Saadiah, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Saadiah pergi. Genap dua minggu juga peristiwa dia menghantar Saadiah berjumpa Hanim.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Handphone Nokia N95 berbunyi tanda SMS masuk ke inbox hendsetnya.

“Diah minta maaf. Diah bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan tunang atau isteri. Diah tidak sehebat Hanim. Diah perlu jadikan diri Diah sehebatnya utk bersama Abg,”

Kamal terkejut dengan sms itu, Tetapi apakah yang Hanim Lakukan sehingga Diah dengan mudah menarik diri.

Keesokan harinya di waktu makan tengah hari jamil kawan Kamal membawa sepucuk surat yang di kirimkan oleh Hanim untuk diserahkan kepadanya.

Kepada:

Kamal
Tunangku yang tersayang…

Kamal kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.(SAMPUL SURAT ORANG KAMPUNG CAP AYAM)

*****************************

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat tunangku yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,
Terima kasih kerana Abg membawakan Diah berjumpa Hanim. Ini adalah antara perkara yang berlaku semasa berjumpa diah dan ini adalah penilaian dari hanim…

1. Tidak dinafikan Diah mempunyai ukuran badan seperti kerengga.. malahan Hanim tidak Nampak pun bentuk badan. Baju diah memang mengikut peredaran zaman..tetapi Hanim tak mahu abang menanggung dosa bila dah kahwin dengan diah nanti. Hanim sayangkan abang…..

2. Hanim akui diah memang pandai memasak. Malahan Hanim hanya tahu masak masakan kampung sahaja. Berbanding hanim yang tahu masak western food…. Tetapi Hanim tidak mahu abang hilang selera makan dan menjadi kurus… kerana hanim tau abang hanya makan makanan kampung sahaja. Tentu abang ingat lagi masa kita keluar makan western food dulu habis abang muntahkan. Hanim sayangkan Abg…

3. Hanim ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Hanim minta dia jadi Imam. Hanim harapkan dia mampu untuk mengajar bakal anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Hanim sayangkan Abg…

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Hanim. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Hanim mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Bagaimana baiknya abang meminta untuk meminta bertunang dengan hanim hari itu dan dengan baiklah abang meminta dengan orang tua Hanim untuk memutuskanya.. Hanim tidak menuntut apa-apa pun dari abang.

Tetapi, jika Abg merasakan Hanim adalah bakal isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah datang ke bilik rehat Hanim bawakan makan tengahari kegemaran Abg, Kari kepala ikan.. air tangan Hanim.

Salam sayang,

Hanim

*****************************************

Dengan pantas kamal ke bilik rehat . Di situ berdiri Hanim bersama-sama hidangan makan tengahari kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada tunang dan bakal isteri sehebat Hanim.

p/s

1.Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya..

2. Bila dah bertunang godaan syaitan adalah lebih dasyat untuk memisahkan. Kerana setiap perkahwinan berlaku syaitan akan menangis melihatnya.

3. Kepada gadis-gadis belajarlah untuk menjadi tabah seperti hanim.

30 Tukang Komen:

adie said...

oo.. aku pernah baca citer ni tapi dlm versi yg lain. hmm..
terimalah pasangan anda seadanya kan..

June 11, 2009 4:17 PM  
Aduka said...

pergh!! besh ah citer nih!

5 star aku bg!

** er.. mane ko cilok citer ni aaa?? hahahahaha =P

June 11, 2009 4:20 PM  

ok! aku tabahhh...

June 11, 2009 4:27 PM  

isk3 terharuuuu.terharuuuannn

June 11, 2009 4:38 PM  
cikgu jue said...

macam cerpen mingguan wanita la plak... hik ..hik..

June 11, 2009 4:44 PM  

ehm...haruan? pengalaman jgk ke ni??

June 11, 2009 5:00 PM  

alamak...baru je ahad ari tu bertunang....waaaa takutnye huhu

June 11, 2009 5:14 PM  
||alis|| said...

salam..

ini citer dlm email n dah dibuat drama pon tak lama dulu...kisah dlm email tuh ialah suami mahu nikah lagi satu.

kalau ku jadik hanim; sebolehnya walau dlm bertunang; ku tak mahu tgk wayang dgn tunangku, bukan tak mahu, belom boleh ;)

*wink2*

June 11, 2009 5:18 PM  
JanG45 said...

Putus tunang, pernah aku lalui satu ketika dahulu..Memang seksa dan perit. Malu pada orang kampung, pada saudara mara dan kengkawan. Tapi apakan daya. Dah tu ketentuan Ilahi. Terima jelah seadanya. Mungkin ni balasan kepada dosa aku dulu...

June 11, 2009 5:21 PM  

Aku simpati pada ko JanG45.. sekarang nie dah ada pengganti ke?

June 11, 2009 5:38 PM  
tic said...

bukan calang2 org die ni...

June 11, 2009 6:02 PM  

hmmm...besh citer neh...nasihat lam bentuk citer..hmmm...bagus2..rase terharu lak..hehehehe

June 11, 2009 6:17 PM  
anaklaut said...

saya terkedu membaca kisah ni..
nescayalah kapten ni bukan calang-calang juga orang nya..tabik kapten..!!

June 11, 2009 6:27 PM  
unknown said...

terbaik wokkk citer ni

insaf

June 11, 2009 7:33 PM  

terrsentuh baca citer ni..
alangkah indahnya jika ada yg menghargai sebegitu. baiknya si Hanim tu..

June 11, 2009 7:37 PM  
GRuNGe said...

Terimalah saya seadanya. Llalalala. :P Promo diri di rumah Haruan Tasek. Tabik Kapten.

June 11, 2009 7:45 PM  
Unknown said...

aikk story nih sebijik mcm kes yg aku bc pasal kwen..kes isteri mintak suami die nak jumpe pompuan yg die nak dimadukan tuh...

ala ubah kesah je ek hehe

June 11, 2009 8:13 PM  
ayong said...

hee..tie bertunang cabaran paling kuat.huuu.

ape ape pon..
mmg salute lah kt hanim tu!

June 11, 2009 8:15 PM  
AiE bAhRi said...

best cite ni.

untuk mencari dan memilih calaon isteri, carilah yang beragama.Kemudian barulah pandang kepada rupa paras, keturunan dan kekayaan.
Itu suruh nabi..

June 11, 2009 8:24 PM  

erk...Diah tu tunang kawan aku, si AYU. huhuhuhu

June 11, 2009 9:02 PM  
aleena said...

owh time tunang lagi mencabar ya?

ingt just biase2 je..

June 11, 2009 9:07 PM  
Anonymous said...

ske2 aje ptus tung

June 11, 2009 9:58 PM  

best nye jadi wanita macam hanim..nak jugk jdi macam hanim..

June 11, 2009 10:31 PM  
missysha said...
xuen adyla said...

sumthing bout it i learn
what a harsh way to survive life

June 11, 2009 10:40 PM  
~TeehA~ said...

best n takjub...Hope I can be like Hanim..

June 12, 2009 9:30 AM  
nuyuljana said...

terkedu.

terharu.

ter ape lagi eh.

best!

June 12, 2009 10:53 AM  
Puan Anim said...