Koyo seekor katak......



Koyo adalah seekor katak ala-ala remaja. Ia di ajak oleh kawannya untuk berlumba memanjat menara telekom yang sangat tinggi berada dikawasan mereka.

Koyo telah bersedia untuk berlumba memanjat menara telekom pada malam itu. Ramai Penonton katak terdiri katak2 dewasa berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... pada malam itu..

Perlumbaan pun dimulakan...

Namun Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa pelumba-pelumba akan berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada penonton yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

Ada juga yang mengatakan.."Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...

... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..


Penonton terus bersorak.."Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...

Koyo tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali koyo yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana koyo boleh melakukannya?

Seekor peserta bertanya bagaimana cara koyo yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan? …. Namun Koyo tidak menjawab… bertanya lagi namun tidak juga di jawab oleh Koyo…. Setelah di siasat rupanya si Koyo adalah Katak yang Tuli (Pekak)….. kesian si Koyo kan..


Kesan ekor Haruan

1) Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... …kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

2) Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!

3) Dan yang penting Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!

58 Tukang Komen:

Huda Luna said...

huhu...

mendalam mksd...

tp katak tu comel
hee

July 03, 2009 8:37 PM  

adeiii no 2 pon jadi lah.. ermm bagusss la storyy nih... semangat itu perlu,...bia kn jek org..

July 03, 2009 8:39 PM  
Unknown said...

haha comel si koyo..sama kat blog aku..tak caya ko dtg blog aku tau...hehe

July 03, 2009 8:47 PM  

memg kite jgn dgr sgt cakap org yg nak jatuhkan kite..

tak,,,nahas la jawabnye,,

yg penting ade pendirian

July 03, 2009 8:49 PM  
ayong said...

betul tu, kite tak perlu dgr kte2 -ve dr org, kte kena yakin akan diri sendiri!

nice moral value.
:)

July 03, 2009 8:51 PM  
GRuNGe said...

Wuits, Koyo tu bukan aku. Wakakaka. Kapten, ko dah ak rajin updet, busykah ko kapten?

July 03, 2009 8:58 PM  

Yeah!!

Hidup Koyo!!

July 03, 2009 9:35 PM  
mamai said...

akhirnya koyo telah ditangkap oleh aku untuk dijadikan umpan memancing haruan...pasal dia tuli tak dengar masa aku datang

aku datang pasal dengar katak yang berosorak tadi...malangnya katak lain sempat lari

July 03, 2009 9:39 PM  
mamai said...

akhirnya koyo telah ditangkap oleh aku untuk dijadikan umpan memancing haruan...pasal dia tuli tak dengar masa aku datang

aku datang pasal dengar katak yang berosorak tadi...malangnya katak lain sempat lari

July 03, 2009 9:40 PM  

ahaha~

btul2. dlu mak aku pernah stori kat aku citer nie gak

:p

July 03, 2009 10:05 PM  

ada untung jadi pekak

July 03, 2009 10:18 PM  

bagus nye si koyo ;)

July 03, 2009 10:59 PM  
Anisa said...

koyo yang sempoi dan baguss,,hihi

July 03, 2009 11:21 PM  

KoYo si katak istimewa...

nur setuju bila encik haruan kata kita perlu jadi TULI jika ada org yg mahu mengubah mind setting kita...

sape kata kita tak boleh berjaya walaupun kita byk kekurangan/kelemahan...

July 03, 2009 11:25 PM  
dark said...

koyo idola ku..
har!har!haR!

July 03, 2009 11:25 PM  
Dhada said...

Perlu ada keyakinan diri yg tinggi :)

July 03, 2009 11:31 PM  
anaklaut said...

salam..

cerita yang sarat dengan pengajaran..syabas!

July 03, 2009 11:41 PM  
unknown said...

nk 1000 daya, x nk pun 100 dalih

July 04, 2009 12:11 AM  
Anonymous said...
AiE bAhRi said...

cute giller katak tu.

entri yang bagus dan menarik.Ada unsur pengajaran.

July 04, 2009 12:55 AM  
Krasz bAtu said...

siap ngan pengajaran di akhir story
best

July 04, 2009 1:41 AM  
puspa said...

koyo 2 adelah KKU....
ktak keistimewaan upaya..

July 04, 2009 2:15 AM  
SasHa Lee said...

wuaahh.. baguih laa citer nie.. pandai bercerita.. aku dapat advantage pagi2 buta ni dari entry nie..tak sia2 aku meluangkan masa melepak di blog olang..

Thanksz..;)

July 04, 2009 4:02 AM  
Tirana said...

Untuk sampai ke puncak, contohilah katak Koyo..hehehe

July 04, 2009 5:43 AM  
Ayu Zan said...

satu peringatan utk aku...

July 04, 2009 10:10 AM  
anaklaut said...

salam..

kapten, terima kasih singgah memberi komen dalam dua entri saya..

komen kapten sangat dihargai..

July 04, 2009 10:27 AM  
||alis|| said...

koyo nih mmg comel!
kiter ada patung dia, untuk dibuat peluk2.. ngeee...

cerita katak yg tuli nih kita dapat tau masa kat Uni dulu... bagus ceritanya, motivasi ;)

July 04, 2009 11:03 AM  

kalo nk berjaya kite msti percaya pd diri yg kita blh..jgn nk dgr ckp org ajer...

July 04, 2009 11:06 AM  
azman said...

ko dah rekomen citr ni kepada Persatuan Orang Pekak Malaysia?

aku rasa tak payah, sebab orang tak pekak yang patut jadi katak Koyo

July 04, 2009 11:33 AM  
Precious said...

Hah .. sapa kata tuli tak derk kelebihan. Ada pergh!!!

July 04, 2009 11:59 AM  
asked said...

koyo~~
ramai kate cumil
kalu jmpe katak betol....
lari~~~~

July 04, 2009 3:52 PM  
Anonymous said...

Haruan,
Yeh.. kita kena ikut resam koyo.. yeh yeh..

July 04, 2009 5:00 PM  
fezaL Mohd said...

menuju puncak haha

July 04, 2009 5:39 PM  
z.a.r.a said...

wahhh~ sgt dalam mksd cerita ni...

aku jdi bermotivasi lepas baca entri ni :)

katak tu comel....koyo...mcm nme mknn pun ade hehe

July 04, 2009 7:52 PM  

hoho tuli yang 'tuli' =P

July 04, 2009 8:08 PM  
akhis said...

~pedulikan jer ape org lain nk kata
~yg penting kita berusaha

July 04, 2009 8:34 PM  
Precious said...

Hurray untuk koyo. Go koyo ...

July 04, 2009 10:05 PM  
anaklaut said...

salam...kapten,

sekadar puisi saja tu kapten..mana ada bercinta dua orang sekali gus?

tq sudi singgah anaklaut.

July 04, 2009 11:10 PM  

"OPOCOT!!" Eh, aku terpijak katak.

July 05, 2009 5:40 AM  
JO said...

hehe, yap! betul tu. bagus la kesimpulan dia. apa apa pun cerita katak ni comel sgt. walaupun belia geli katak, tapi katak terus menjadi comel pabila membaca cerita haruan tasek ni. haha. ngee. tengs!

u've just been followed! xoxo

July 05, 2009 12:50 PM  
aleena said...

btol2..just ignore -ve things came from other people:)

July 05, 2009 7:42 PM  
anak laut said...

salam....haruan tasek-kapten,

:))) gelak anaklaut membaca ulasan kapten
tq meluangkan masa singgah di anaklaut..

July 05, 2009 9:12 PM  
FdausAmad said...
Anonymous said...

seb bek x mati katak..uhuk uhuk..
...tp katak ni cute la..

July 06, 2009 9:58 AM  
Naura said...

seb baik koyo pekak..maksud yang begitu mendalam..

July 06, 2009 10:15 AM  

owhh story ttg katak neh. Zie x pernah jemu bc story neh taw..huhu. a'ah tuh ler kan, morale of the story, jgn dgr ckp org. if terlalu sgt dgr ckp org, sure nyer kte x akan dpt capai ape yg di hajati


:P

July 06, 2009 10:36 AM  
Anonymous said...

owh,,
xbley dgr rupe2nye..
ptut laa..
huhu

July 06, 2009 12:10 PM  
DramaQueen said...

bagus kes katak koyo ni... membawa banyak pengajaran..

July 06, 2009 2:59 PM  

mendalam.. *kagum*

July 06, 2009 3:39 PM  
izman said...

kisah pengajaran yg sgt bagus. teruskan.

July 06, 2009 4:54 PM  

sangat setuju!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

July 06, 2009 4:59 PM  
Precious said...

Woiii .. masih n3 koyo koooo?

July 06, 2009 10:26 PM  
Anonymous said...

wah bgus n3 nie !!! teruskn bro

July 07, 2009 4:06 PM  
anonymous said...

aku pernah baca ni.. tapi di mana ye..
lupa.. mastika kot..
ehee..

tapi mmg bes la..

moral of the stoory..

sila tulikan telinga anda. begitukah?

July 07, 2009 9:42 PM  
mrs popo~ said...

alololo..
chumelnye koyo itu.. ;P

July 08, 2009 5:23 PM  
Fadhlah said...

hmm..sngt setuju..!!

July 11, 2009 11:37 AM  

suka koyo!!..
boleh buat suami..
comel dan bersemangt..
hohoho

July 17, 2009 8:28 PM