10 Perkara


gambar hiasan je ya

Anda didapati menghadapi kenser perut peringkat ketiga dan sukar untuk diselamatkan. Peluang cuma ada 3 bulan lagi untuk hidup, begitulah kata doktor. Apakah 10 perkara penting yang anda hendak buat dalam masa 3 bulan itu ?? kalau saya.........

1. Beli kereta mewah
2. Melancong Ke Luar Negara
3. Nak Buat Show Kat Istana Budaya
4. Beritahu orang tua aku sakit
5. Jumpa cinta lama
6. Nak jumpa semua blogger. (Untuk meraih simpati)
7. Kahwin
8. Shopping apa saja aku nak beli
9. Jumpa kengkawan lama dari tadika hingga kini
10. Kasih sayang keluarga

Nampak apa saya nak buat. Anda lak bagaimana??????

Adakah Mata aku ok?????

Bagai nak menangis aku dibuatnya.Pastinya ada sesuatu dalam gambar nie apakah ia



Biasanya gambar sebegini akan dikeluarkan oleh surat khabar Borneo Post setiap hari Jumaat. Mulanya susah untuk mempelajari melihat objek dalam gambar sebegini.Mengalir air mata (bukan air mata kecewa atau kegembiraan).. namun berkat kesabaran, ketekunan, dan kecekalan hati aku dapat mempelajari teknik melihat objek dalam gambar sebegini. Jadi kamu pun bolehlah mengalirkan air mata untuk melihat objek di dalamnya ... jawapan akan ku beri kemudian.... selamat mencuba ya. jadi boleh la aku menyiapkan cerita merapu aku hari ini sementara kamu fokus gambar nie... ha..ha... bagi yang bertuah dan betul menjawabnya akan ku beri award khas untuk anda..

Ketagih…….

Sheee..huspppppp…. Sheee..huspppppp

Bunyi hisapan. Seperti suatu benda yang dihisap.
"Bagi bah aku sikit? Dimana kau beli nie", kata kawan Haruan yang tengah menikmati kenikmatannya di atas bumbung bangunan.

"Beli le sendiri", kata haruan… “Susah bah barang nie mau dapat. Sudah le mahal. Aku beli dengan budak tu RM 20.00 sikit je nie.Dalam hati haruan “Kacau je mamat nie, aku tengah menikmati benda nie”

Itulah aktiviti Haruan setiap malam sebelum tidur. Sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk menikmati benda itu di atas bumbung.

Benda tesebut adalah barang larangan. Namun, dia pernah juga ditangkap beberapa kali bersama rakanya. Namun diberi amaran keras menjalani hukuman pemulihan dan dibebaskan. Namun rasa ketagihnya, tidak dapat mengelakan dia dari membeli dan kena lagi benda tersebut.

Suatu hari...

Hari itu hari sabtu. Duduk tak tenang. Menunggu malam pun terasa seksanya. 1 minit bagaikan 1 jam lamanya. Sepatutnya dia pergi menonton TV atau bersantai bersama dengan rakan2. Namun, dia perlu melepaskan rasa ketagihnya terhadap barang berkenaan.

Haruan berpura2 ke surau atas bumbung untuk membersihkan surau. Surau habis di bersihkan semata-mata mengaburi mata-mata yang membuat penyeliaan dikawasan tersebut. Semua orang sudah tiada. Inilah peluang yang dinanti-nantikannya.

Dia bergerak kearah port biasa di atas bumbung bangunan. Memerhatikan ke kiri dan ke kanan. Mengeluarkan benda itu untuk dinikmati. Tetiba … eeeeee kau dol terkejut aku kira siapa tadi… “Boleh Kongsi Benda Tu” kata DOL. Ko duduk je diam2 disini nanti aku bagi ko

Sementara Haruan dan dol tengah menikmati barang tersebut... “JANGAN BERGERAK!!! ANGKAT TANGAN. SEGALA PERCAKAPAN ADALAH DIKIRA SEBAGAI KETERANGAN ANDA”. Bawa sini benda tu.

Haruan dan Dol dibawa ke bilik siasatan…. Dah berapa kali aku terangkan jangan kena benda nie lagi. Haruan ini dah kali ketiga ko tertangkap. Apa lagi alas an ko nak berikan. “Aku hanya tumpang sekaki je. Ini haruan punya” kata dol.

Sebagai pemulihan awak berdua dikenakan commando rest selama sejam. Dan ini adalah amaran terakhir untuk awak berdua. Tapi bagi haruan dah 3 kali amaran terakhir baginya itu juga hukuman yang dia dapat. Mereka di bawa ke tempat terbuka untuk diberitahu kepada anggota2 lain. “KAMU JANGAN IKUT JEJAK MEREKA BERDUA INI. ADA SESIAPA LAGI YANG TERTANGKAP HUKUMAN PEMULIHAN LEBIH BERAT SAYA AKAN BAGI. INILAH AKIBATNYA MENGHISAP.. ROOOKKKKOOOKKK SEMASA LATIHAN. KAMU HISAPLAH SAMPAI PENUH MULUT BILA HABIS LATIHAN NANTI.”



COMMANDO REST

ITU benda larangan semasa menjalani latihan dahulu. Tapi kini tidak lagi. Harga pasaran semasa latihan dahulu adalah RM 20 sebatang. Pelatih2 biasanya berkongsi duit untuk mendapatkan sebatang rokok. Moralnya walaupun harga rokok naik tetap juga rakyat Malaysia tidak akan merungut membelinya……. Ha…ha…ha…

Kerana Bola

Hangat blog-blog terkini berdebat, bersembang pasal bola. Terutamanya tentang MU vs BARCA pagi tadi. Dan yang pasti jawapan telah terjawab BARCA menang bergaya tampa balasan 2-0. (Horreyyyyyyyy Penyokong BARCA). (Muka Chuak Penyokong MU). Dan yang pastinya Aku penyokong tegar Valencia atau Chelsea. Jadi pagi tadi aku tonton aje tak juga Horrey tak juga Chuak.

Teringat ku zaman kanak-kanak, Zaman itu kami memang suka main bola. Aku minat sangat bermain bola nie, tapi aku bukan le star atau pemain bola peringkat mana2 pun. Cukup sekadar wakil kampong aje la.

Kalau penyokong boleh bergaduh apatah lagi pemain. Itulah yang berlaku pada kami dahulu. Kg Tg Batu Tengah Vs Kg Tg Batu.

Dipagi sabtu yang indah… sedang seronok bermain Chikong, dan bermain Humban…… Hamatan datang. Hamatan merupakan pemain bola dan wakil sekolah SMK TAWAU masa itu. “Ok geng petang nie kita lawan bola dengan kampung sebelah (Kg Tanjung Batu)”. OK jawab kami semua yang ada.

Pagi berganti petang. Kami sekumpulan pun bergerak ke padang bola yang dijanjikan. Kesebelasan utama kami pada hari itu ialah…… Hamatan selaku kapten, Kahar, Mansur, Tanggarung, Zali, Rahman, Apek, Aku, Zainal, Jenal, Rais dan beberapa orang lain.

Ibarat perlawanan akhir hati berkobar-kobar untuk menang. Tapi tempat kami bermain bola tak le se standard padang bola. Hanya padang tanah merah bertiang gol kayu (Kg tak ada peruntukan nak buat padang bola agaknya . untuk ketua kg Tg Batu ambil parhatian)




PADANG BOLA TANAH MERAH SEHINGGA KINI

Kekalahan seperti pasukan MU kami terima… wo malu, hati membuak, geram, dendam, + hasutan syitan maka terjadilah satu siri pergaduhan dipadang tersebut. Pergaduhan terhenti kerana campur tangan orang-orang lama (Orang Tua) kg tersebut dengan mengusir kami pulang… Woooooo sedih wo kalah……

Namun pengalaman itu cukup mengajarku bahawa bermain bola… penyokong bola boleh menyebabkan pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya kalau dah fanatik sangat.

Jadi pada peminat2 bola dan pemain2 bolah kalau dah kalah bersabar le ya.......

Aku dan Moorvien

Kepada yang baca blog ini hebakan….. kepada teman2. Dimana anda dalam bahaya ha..ha..ha..(ketawa jahat)

Moorvien adalah haiwan peliharaan ku. Tak susah menjaganya dia makan apa sahaja termasuklah daging manusia. Rupa badanya macam serigala tapi besar sikit dari lembu.

Aku ada misi. Misi aku nak tawan Seluruh Malaysia. Aku tak kisah kalau Malaysia guna senjata canggih sekalipun kami tak akan tewas. Bagi aku, senjata yang ada sekarang pun tak cukup canggih lagi.

Aku tak perlukan senjata sebab aku ada banyak Moorvien yang boleh menyerang anda atas arahanku. Ia boleh menyerang dari bawah tanah pun boleh. Aku pasti sikit hari lagi aku akan mula menyerang perak dahulu

Ha….ha….

Ha…ha…

Ha… ha… (Ketawa Penjahat Dalam Filem)


Tetiba je Gadis manjung menegurku “Abg ambil Amin nie”.
Gadis manjung nak pergi kerja

Astagafirullahulazim…. Mimpi rupanya (dalam hati)…..

Kembali kepada Moorvien tadi. Moorvien adalah binatang buas dalam Filem Outlander.




Inilah Moorven






Sebuah Filem Arahan Howard McCain dilakonkan oleh James Caviezel sebagai Kainan, Sophia Myles sebagai Freya dan Jack Huston sebagai Wulfric. Filem ni tengah di tayang kan dirancangan Astro Box Office Saluran 952. Bagi yang melanggan Astro Box Office dapat le nonton ya. Filem nie memang best dah hamper 30 X aku tengok sebab sehari 2 X ASTRO pusingkan selama sebulan.


Ini le bahananya kalau tengok filem berulang2 kali boleh bawa dalam mimpi dasyat. Adakah aku dapat menawan Malaysia nie dengan Moorvien??? tak adalah Moorvien tak wujud sebab ia binatang Sains Fiksyen...........

Janda Muda Tidak Puas

Adei... malam nie kena buat persembahan pendek le pula...

Itu adalah antara aktiviti orentasi yang kami hadiri di Water Front Labuan.



Orentasi ini di adakan bagi anggota-anggota baru yang masuk melapor di satu jabatan kerajaan di Labuan. Orentasi itu telah berjalan selama 6 hari dan malam ini adalah malam terakhir para anggota baru.

Penilai: Ok semua malam ini adalah malam terakhir bagi kamu. malam nie akan ada jamuan makan dan sedikit personal presentation dari anda semua.

Para ahli: Apa? Personal Presentation?

Penilai: Ya kamu setiap seorang kena buat persembahan. Persembahan dalam bentuk apa sahaja. Lakonan, Nyanyian, Bercerita dan apa yang anda fikirkan boleh di buat persembahan.

Para Ahli orentasi bersurai ke bilik masing2. maka bermulalah sesi ujibakat dalam masa sendiri. Aku pun apa kurangnya berlatih untuk persembahan malam tu.Siang berganti malam maka bermulalah aktiviti akhir orentasi tersebut. Malam tu kami duduk di tempat masing2. kami ramai 37 orang semuanya. jadi persembahan sorang2 tu pendeklah. Aktiviti berjalan lancar hinggalah giliran Adi kawan sekerjaku. dengan gaya yang macho, smart bergaya dengan baju longslip bertali leher... perghhhh awek mesti kabur mata melihatnya.....

Adi: Assalamualaikum semua... malam nie saya pilih untuk bercerita Tajuk cerita saya "Janda Muda Tidak Puas"

Tetiba keadaan menjadi senyap apabila terdengar tajuk yang dituturkanya. Penilai yang was2 meminta Adi membacakan semula tajuk penceritaanya.

sekali lagi Adi membaca tajuk cerita pendeknya, aku pun tidak pasti cerita apa yang nak di ceritakan ini suspend aje?

Adi: Tajuk cerita saya malam nie "Janda muda tidak puas...."

Ada yang gelak ada yang serius mendengar tajuk tersebut.

Cerita Adi pada masa tu berbunyi begini.......

"Udin adalah anak seorang kaya. walaupun sekolahnya drop-out dia tetap bangga dengan kekayaanya. Berkenankan seorang janda muda (fuhhyooo) udin mengahwini
janda tersebut. namun nasib yang menimpa udin sungguh malang.... kerana isterinya tidak pernah puas. menyedari ketidak puasan isterinya udin pun bertanya:

UDIN: sayangku.....adakah sayang masih tidak puas lagi?

Isteri Udin: Tidak lagi abang.

Udin: Tapi, sayangku!” rayunya. “Aku sudah melakukan segala yang aku boleh untuk membuatmu bahagia. Terutama sejak malam pertama kita, sayangku.” "Bukan itu saja malahan tongkat ali power telah ku minum... dan pelbagai lagi dah aku lakukan sayangku." memujuk rayu.

Isteri Udin: "Semua telah abang lakukan, Tapi abang tidak melakukan satu perkara seperti yang dilakukan suami pertamaku untuk membuatku bahagia Abang.”

Udin: “Sebutkan saja apa itu, sayang.” kata Udin dengan nada merayu.

Isteri Udin: “Meninggal.” jawabnya bahagia.

Udin: "Poyo aje minah nie adakah dia nak aku mati." dalam hati Udin.(Tambahan dari aku)

Walaupun singkat ADI berjaya menarik perhatian melalui ceritanya. sehingga kini Adi telah kami gelarkan Udin semenjak malam itu.

Botol Susuku

Lepas botol tu abang..... Berkata seorang ibu kepada anaknya
Taknak!!! si anak menjerit sambil berlari-lari di taman permainan kanak2.
IBU Sambil dibantu oleh si abang mengejar adiknya untuk mendapatkan botol susu.

Tengah syok melihat gelagat anak beranak fikiranku melayang seketika.
Terkenang aku pada cerita ibuku, Masa tu usiaku 3 tahun. Aku jenis yang tidak mahu lepaskan susu botolku walaupun botol itu kosong. satu siri amukan akan berlaku sekiranya botol itu tiada bersama aku.




Satu hari emak, aku dan abang pergi ke tarakan (satu tempat di indonesia gambar di atas) kampung nenak aku sementara ayah tidak ikut kerana sibuk berkerja di tawau. Tarakan adalah satu pulau kecil terletak berhampiran hutan kalimantan. masa dahulu perjalanan dari tawau ke terakan memakan masa 12 jam. sekarang tidak lagi dengan menaiki feri express tawau ke tarakan mengambil masa 4 jam shj. Tawau dan tarakan mempunyai hubungan ekonomi yang kuat diantaranya Banyak udang kering yang di bawa dari tarakan untuk di pasarkan di Tawau. Dan banyak Milo dari tawau di bawa ke tarakan untuk di pasarkan... (Bab ekonomi le pula)..... Aku sambung cerita td..

Satu pagi aku bangun mencari botol susu ku aku bertanya mak aku:

Aku: ma botol ku mana??
sudah balik tawau. naik jambatan. dengan senang mak aku menjawab (Yang mana sebenarnya botol itu di sembunyikan oleh makcik aku. adik mak aku)

Aku: Naik jambatan ma??
Mak: Ya tadi malam masa kau tidur botolmu sudah pulang naik jambatan...
Aku: Jambatan mana ma??
Mak: Anu mu nie kalau malam jadi jambatan. botol mu pulang le ke tawau naik jambatan.

Satu siri teknik paisikologi yang mak dan makcik aku gunakan untuk Aku melupakan botol aku. dengan mudah Aku tertipu dan akhirnya aku tidak menyusu Botol lagi.
Bila di fikirkan kembali boleh ke Anu jadi jambatan #$%&*@ klu boleh merujuk peta jauh tu......

Adakah aku akan guna juga teknik ini untuk masa akan datang.........????

Kayu Lelek ??

Pergaduhan terancang. kayu lelek... Sebagai alasan.

Abg Haruan: "Haruan hari nie kita balas dendam terhadap si S nie aku cari akal untuk tumbuk dia"
Haruan: Boleh Kah M..

Satu pergaduhan yang di rancang oleh abg haruan untuk membalas dendam. Akibat perbuatan S, Haruan di cop pencuri oleh ibunya.

********

Kayu lelek adalah sejenis permainan kanak-kanak yang menggunakan 2 batang kayu yang berukuran (3 kaki bagi ibu kayu dan ½ kaki bagi anak kayu).Permainan ini memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang satu kumpulan atau lebih. Ianya memerlukan lubang memanjang sepanjang lebih kurang 12 inci dalam 2 inci untuk diletakkan anak kayu tadi dan di cungkil menggunakan ibu kayu sebagai balingan. Permainan ini hanya popular di Sabah dan pada masa kini ia jarang di mainkan oleh kanak2 zaman kini. Mungkin mereka juga sudah tidak tahu permainan kayu lelek. Permainan ini adalah mengikut pungutan markah. dan hanya akan tamat bila markah game yang di tentukan oleh kedua-dua pihak tercapai. Pada kejadian ini berlaku markah game adalah 1500 markah.

*********

Setelah lama bermain kumpulan yang diketuai oleh abang haruan kalah teruk di tinggalkan mata sampai beratus-ratus jahunya. Pasukan lawan pula sudah hampir mencapai markah game. Akibat dari kalah + Dendam sedia ada, maka terjadilah....

Abg Haruan: "Hoi S cepatlah kau pukul kayu lelek tu" menjerit kepada si S.
"Haruan Kau standby dia cungkil saja anak kayu tu terus kita pegi
belasah dia"


Satu cungkilan kayu yang di susuli dengan serangan mengejut Abang haruan berserta haruan dan ahli kumpulan terhadap si S. satu aksi ganas yang berlaku 7 lawan 1.
S menerima pukulan2 hebat. Tanpa di sangka2 S mengamuk dengan menggunakan ibu kayu lelek yang berada ditanganya dia melibas merata-rata tanpa target tertentu untuk
menyelamatkan dirinya. Namun dengan kelebihan S yang ada (kayu di tanganya) dia mengejar setiap orang yang ada. Semuanya lari bertampiaran.

Haruan : Oh tidak kenapa S kejar aku,matilah aku kena kayu tu.
S: Mati kau. kau mau lari mana

Haruan terjatuh semasa sesi kejar mengejar. Satu libasan daripada S....Pack.... satu libasan yang kena tepat pada batu di atas kepala haruan yang menyelamatkan haruan pada hari itu.

Abg Haruan: "Hoi S kau mau lari mana ni kayu panjang untuk ko pulak"

Abang haruan membawa batang mop dan mengejar S sehingga dapat.

Abg Haruan: "Nie aku sudah dapat tangkap dia. Apa lagi haruan buat satu tendangan padu maut"
Haruan: OK. Kau pegang dia bagus2

S dengan keadaan tangan di kunci di belakang. Abg Haruan mendedahkan tubuh S untuk satu tendangan padu maut. Dengan larian dari jauh satu lompatan untuk membuat tendangan tepat ke perut S berlaku, S sesak nafas sementara (Panick juga sementara dibuatnya) tetiba ia menangis kesakitan... Puas rasa di hati. Kami meninggalkan S menangis seorang. Selepas kejadian itu kami tidak lagi pernah berjumpa dengan S. Dengarnya dia sudah pindah ke kampung sebelah. Apalah nasib dia sekarang.......

******

Untuk pengetahuan pada masa itu Abg haruan adalah kategori pro pemain kayu lelek. Haruan pun tidak ketinggalan...

Ada sesiapa nak main kayu lelek ajaklah sekali....

Aku Gembira Meninggalkanya

Eh... dah jam 0615 petang nie. hari nie ada majlis tahlil nie. hand phone lak bunyi "Assalamualaikum Haruan jadi tak datang jamuan malam nie??.. maaf le geng aku terpaksa meninggalkan majlis tu sebab ada majlis tahlil malam nie. wajib hadir. jawab Haruan. Majlis perpisahan peserta kursus komputer siri 01/09 yang terpaksa haruan tinggalkan dengan hati gembira kerana ia perlu lagi ke satu majlis agama. tapi bukan ini certia utama yang nak di ceritakan.....

Masih dalam tajuk yang sama. "Lepas tahlil nie ko ada apa2 tak haruan???" tanya En. A (seorang kawan kerja). "Tak ada buat apa" jawab haruan.
"Jom pekena white coffe dan nasi lemak" ajak En.A
"Cantik memang tengah lapar gila nie" Jawab haruan dalam hati.

Kalau anda semua nak tau kat manjung ada OLD TOWN WHITE COFFE bersebelahan dengan Giant. Kedai nie memang selalu penuh dengan orang2 yang menikmati aroma kopi yang disediakan. Tapi malam nie orang agak kurang sikit sebab malam jumaat kot.

"Dik ambil order" En.A menyapa seorang pelayan kat situ. "Bagi White Coffee Hezultnut ais blanded 2, Air suam 2 dan nasi lemak special 2"

Sememangnya White Coffee Hezulnut Ais Blanded nie CAW rasanya sedap. Nasik lemak pun sedap gila. Namanya pun Nasi lemak special kan.

Selesai makan haruan dan En.A pekena sebatang rokok sambil bersembang kosong. entah macam mana gatal mulut haruan nak bertanya satu soalan yang telah lama di simpan oleh haruan untuk di ajukan kepada En.A. Bayangkan le setelah berkerja 6 bulan di unit yang sama haruan tak pernah tanya pada sesiapapun kenapa En.A menjadi duda.

"Boleh saya tanya soalan sensitif tak" Tanya haruan.
"Aku tau kau mesti akan tanya aku juga" Jawab En.A
"Macam tau2 je mamat nie aku nak tanya dia soalan apa"kata2 hati haruan
"Kau nak tau kenapa aku bercerai dan menduda hingga sekarang kan?" En.A
Ok le aku ceritakan kepada mu haruan.

Keseluruhan cerita itu. Dalam tahun 1995 En.A telah berkahwin dengan seorang perempuan yang diperkenalkan oleh mak saudaranya. Dia tidak mengenali isterinya dengan rapat. Walaupun telah berkahwin selama 2 tahun En. A terpaksa balik ke terangganu setiap bulan kerana isterinya tidak mau mengikutnya ke manjung untuk tinggal bersama. dalam soal itu En.A masih bersabar lagi.

Dalam 13 tahun perkahwinan En A. dikurnikan dua cahaya mata. tetapi apa yang mengecewakan En.A adalah sikap isterinya tidak pernah menghormati keluarga En.A sehinggakan En.A digelar dayus oleh keluarga dan rakan2 kerana Queen Control.

"Haruan ko tau tak aku gembira meninggalkanya" happy gila. En.A menjelaskan kepada haruan. Dalam sisatan jabatan agama. Ustaz yang mendengar keterangan pun kata memang layak En. A meninggalkan isterinya.

"Haruan ko datang kenduri kahwin ku nanti" di semenyeh. Jemput En.A
"Tengok keadaan le" Jawab haruan. Dalam hati (Boleh tahan En A nie nak kahwin lagi)
"Ok le beredar dulu esok kena datang awal pi kerja. Haruan dan En.A berpecah di situ.

Hai Semua

Blog ku ini dalam pemperosesan. jadi buat masa ini aku follow blog lain dulu. untuk yang akan datang blog ini untuk aku letakkan cerita2 merapu ku. ha.ha..ha..