TAHUN 1991
ROUDY: “Ko tau tak, ada ba lagu kumpulan spring tu”
SALLEH: “Ia kah apa tajuknya”
SALLEH: “Ko Aruan tau ka lagu tu?”
ARUAN:“eh mana ku tau” (budak yang tak tau apa tentang dunia hiburan)
ARUAN:“Cuba ko tanyak si surianshah dia tu minat lagu-lagu rock nie”
ROUDY:“Aku mau hafal bah seni katanya. Nak masuk dalam surat” (surat jiwang le takan surat rasmi kot)
ARUAN & SALLEH: “Surat ??? Ko mau bagi siapa”
ROUDY:“Adalah…Rahsia… mana boleh bagi tau” (macam kami tak tau dia nak bagi si Linda budak non muslim tingkatan 1 tu)
ROUDY:“SURI kau ada ka seni kata lagu spring tu?”
SURIANSYAH:“Lagu yang mana satu?”
ROUDY: “Tu bah, yang lirik mulanya tu “Pada Irama Ku Berpesan”..kau tau ka?”
SURIANSYAH: “Oh Lagu SPRING, SEJIWA tajuknya.. ada nanti aku ambil dengan si Jumain”
Itulah antara 4 budak kelas Tingkatan 2C yang bersembang untuk mendapatkan lirik lagu SEJIWA kumpulan spring. Sambil menunggu cikgu geografi masuk untuk mengajar.
Suriansyah: “Roudy ini liriknya. Ko salin cepat 10 minit ja ko di bagi pinjam”
ROUDY: “kedekut punya jumain ada bagi pinjam 10 minit aje mana sempat mau salin nie”
Pada masa yang sama guru geografi pun sampai. Dan memulakan pelajaran seperti biasa. Seperti biasa cikgu menyeru kami mengeluarkan buku teks dan buku nota untuk menyalin nota.
Cikgu: “OK kelas kamu salin apa yang cikgu baca nie”
Pada masa yang sama Roudy menyeru aruan menyalin lirik lagu Sejiwa.
Aruan: Mana aku mau. Nak salin nota dulu nie
Roudy: Nanti aku salinkan nota kau. Ko salin je lagu tu dulu ya.
Aruan: Ok le.
Aruan menerima tawaran Roudy. Dengan seronoknya Aruan menyalin lagu sementara kawan-kawan lainya menyalin nota geografi. Tanpa di sangka-sangka dalam keasyikan menyalin lagu tetiba ada suara sumbang yang menegur “Awak salin apa nie”. “Ta..ta..ta ada apa cikgu”. “Cuba tengok”. “Penat mulut aku bebuih membaca nota ni, kau salin lain rupanya”. Malu oooooooooo… semua pandang ke arah aruan dengan muka bersalahnya…. Oh tidak..
“Ok kelas mari kita suruh aruan baca notanya”. “Ok aruan ko pi depan ko baca di situ”. Aruan dengan muka bersalah menuju ke depan tepat di depan meja seorang pengawas yang lawa “Kasmah namanya”. Eee..malunya dalam hati Aruan. “OK aruan ko baca nota awak sekarang”. “Baik cikgu” aruan menjawab bersalah.
Entah dengan irama apa entah membaca lirik lagu sejiwa budak darjah satu lancar lagi rasanya… pada…..irama….. ku…. Ku..ku..berpesan …… sekelas berkumandang gelak ketawa… aruan malu mata dah nak meleleh tapi control…… . Tetiba roudy menyampuk cikgu bukan dia yang salah saya yang punya nota tu… seorang rakan yang turut berjuang bersama-sama aruan.. “Oh ko punya nota ya. Ko mari sini ko baca pula nota nie. Roudy pun membaca dengan tona yang jelas tanpa tersekat-sekat (wah…kagumnya).
Ok kamu berdua duduk.. merasakan diri selamat dan hukuman telah tamat… Alhamdulillah. Tamat waktu geografi dan masuk waktu rehat. “Ok awak berdua tadi jumpa saya di bilik guru”…oh tidak ada lagi hukuman nampaknya. Aruan dan roudy pun terus ke bilik guru. “Hari nie kamu akan jadi model”. “Model cikgu??” “Ya model iklan. Jadi kamu tak ada rehat hari nie. Tunggu sekejap”
Dengan menulis nama Aruan dan Roudy pada kertas manilakat dan menggantungkanya dileher selama waktu rehat dihadapan bilik guru. Aruan dan Roudy menjadi model pada hari itu… oh tidak semua pelajar gelak melihat kami… hinanya aruan dan roudy rasa….. adus..tak boleh di terima….. ia tidak habis begitu sahaja
16 TAHUN KEMUDIAN (Tahun 2007)
“ha awak”…… sejiwa kan. Apa kena mengena aku dengan sejiwa, hampeh betul minah nie. “Saya le kasmah sekelas awak 2c dulu kan”. Oooooooo budak yang aku bacakan nota di depanya 9 tahun lalu. “Kau buat apa sini? tanya kasmah. Kerja sini le jawab ku. Tak ku sangka minah nie jadi rakan sekerjaku tapi unit yang berlainan. Sengal aku digelarnya “SEJIWA”. Untuk kenangan terimalah lagu “Sejiwa”.
27 Tukang Komen:
dulu time sekolah menengah salu tulis lirik lagu kat belakang buku latihan.. cikgu nampak, cikgu tanda "saya pon suka lagu nih"...huhu...
June 03, 2009 3:05 PMboleh??
sejiwa la konon eh..
Saya suka juga lagu Spring sikit-sikit.
June 03, 2009 3:12 PMSaya dgn sekeras²nye ingin menyatakan di sini bhwsenya saya, iaitu bonda kpd aminsmart..TIDAK SUKA sama sekali..saya repeat TIDAK SUKA sama sekali akan lagu yg dimaksudkan!
June 03, 2009 3:38 PMSekian time kasih..lalala...
nota geo + lagu sejiwa = (result peksa aruan???)
haha ciannnn
June 03, 2009 3:49 PMaduiyai.. lawak juga ni. tak pasal2 dapat gelaran sejiwa. hehe..
June 03, 2009 3:52 PMhehehe~
June 03, 2009 4:16 PMklaka la
ade je akal dak2 skola ni kn ^_^
hi..
June 03, 2009 5:22 PMtiba-tiba teringat masa sek..
ada seorang kakak ni hari-hari suka bg lirik lagu.
kadang-kadang dpt coklat dan air kotak.
hishh.
apa-apa je..
(T.T")
hahahah
June 03, 2009 5:34 PMlagu zaman bila tu
sure xpernah dgr
aha, comelnye..
June 03, 2009 7:00 PMsiap boleh tertangkap lak ea..
:P
lagu2 dekat ngn jiwa ni
June 03, 2009 7:05 PMsusah mahu lupe
hurmm
oh sejiwa....
June 03, 2009 7:47 PMsejak bila terer buat formula bro
yup2.. besh lagu neyh...
June 03, 2009 8:36 PMbOy cikca pena nyanyi tyme karOk..
besh2....
kasmah tu jadikan ler skandal
June 03, 2009 8:48 PMhahaha
ada orang kena rotan bila balik rumah ni
larikkkkkkkkkkk
hahahaha
June 03, 2009 8:49 PMada orang marah
lagu sejiwa spring?
June 03, 2009 10:12 PMselalu main dengan gitar tua saya..bila free2x.
tkasih sudi singgah dan memberi komen dalam blog saya..
ohhhh sejiwa...
June 03, 2009 10:27 PMkenapa kau tinggalkan aku...
jom kawennn...
lalala~
larikkk...
(ikot kapten) hahaha
Pada irama ku berpesan,
June 03, 2009 10:45 PMLagu ini ditujukan,
Padanya yang tersayanag,
Sekian terima kasih. Saja lalu singgah dan komen. Dari sehari ke sehari mau singgah Akhirnya, tercapai cita-cita.
aik..kasmah? gerangan siapakah kasmah? apa? lari ke thailand ikot kapten...(fikir formule sejenak)
June 03, 2009 11:02 PMkasmah + kepten = miss izan (anak pompuan hj salleh)
kuang..kuang..kuanggg!!!
sumpah xpnah dgr lagu nih..huhu..
June 04, 2009 1:06 AMdulu kat sekolah,xpnah kne denda..gila baik (perasan) T_T
f0rmula tu leh pakai ke x?
June 04, 2009 1:19 AMadeih...lagu lama..
June 04, 2009 1:59 AMsuka lagu tu..hhehehe..
June 04, 2009 8:01 AM=)
June 04, 2009 11:57 AMheader blog ini cantik.
jemput amik kad sr sy
June 04, 2009 12:06 PMwakakaka~~
June 04, 2009 2:18 PMlagu zaman dolu2 mmg menusuk kalbu menikam jiwaaaa... sejiwaa.. hahaha
hua2...
June 05, 2009 12:54 AMnk gelak guling2 ble tgok org kne dnde mcm 2...
huhuhu...
Haruan,
June 06, 2009 2:20 AMHahahahhaha... Aku pun cam puspawarna.. nak gelak guling-guling gak.. hahaha
Post a Comment