Menunggu Bas Idaman dan Cinta



Mungkin zaman sekarang nie ramai sudah menggunakan kereta sendiri... jadi bas awam mungkin digunakan juga namun sedikit berbanding 10 Tahun lepas

Dikampung aku bas awam untuk ke Bandar adalah pengangkutan utama. Maklumlah tambang murah RM 0.50 sahaja itu sepuluh tahun lalu…. Oleh kerana perkembangan ekonomi moden harga tambang sekarang dah jadi RM 0.80. Bas yang menuju ke kampung aku tidak banyak dalam 4 Buah biji bas aje…

Hari tu hari sabtu kami menunggu bas untuk ke Bandar…. Aku, dan dua orang kawan bercadang untuk ke Bandar untuk berjalan2 cari makan…. Rupa bentuk, keselesaan, Sound system, layanan sesebuah bas memang memainkan peranan penting untuk anak muda seperti kami naiki…..

Tentunya ada satu bas yang sebegitu dikampung kami…. Yang lain tu ok le juga tetapi tidak seperti bas itu…

Bas pertama datang….

Aku : Nak naik bas nie Ka?

Nik: Tak mo le…. Tak ada sound system

Eddy: Apa barang bas nie pakcik nie yang bawa…. Tunggu bas Idaman le…

Lima Belas Minit Kemudian… Bas Kedua datang..

Nik : Kita naik nie le ada juga sound system?

Aku : Ok juga ni

Eddy : Tunggu satu bas lagi bas idaman sampai.

Lima Belas Minit berikutnya Bas ketiga datang

Aku: Bas idaman ke tu:

Nik : Bukan… naik aje la

Eddy : Le… Lepas nie Mesti bas idaman sampai… bas nie panas le dalam dia

Lima belas minit kemudian…. Bas pertama sampai kembali

Aku : ????????????????

Nick : ???????????????

Eddy : Mana bas idaman nie…. Kita naik aje le

Akhirnya

Kami naik bas orang tua… tak ada sound system… segala2nya tidak memuaskan hati…… ha..ha..ha.

Apa kena mengena Menunggu bas dan cinta….

Mengikut cerita benar di atas kita sebagai manusia samada lelaki atau perempuan semestinya mempunyai kehendak hati dan citarasa masing-masing untuk memilih pasangan…

Pernahkah kita terfikir kita mengkehendakkan pasangan kita begini sedangkan diri kita pula tidak menepati citarasanya 100%

Jadi untuk mendapatkan citarasa 100% tepat adalah amat mustahil dalam mencari cinta…
Berbalik kepada menunggu bas tadi, perlukah kami menunggu bas idaman sedangkan bas yang ada menuju ke satu distinasi yang sama... akhirnya kami sendiri yang rugi masa… dan bas yang di tunggu tak kunjung tiba…

Apa kena mengenanya dengan cinta…. Apa salahnya kita tidak memenuhi 100% citarasa kita dalam memberikan cinta. Mungkin ada menepati citarasa tapi belum tentu ianya nak pada kita dan memakan masa untuk mencarinya ( tu yang jadi Bujabg Terlajak dan Andartu tu)….. jadi pada yang belum ada tu….. berilah peluang pada yang ada menghampiri untuk diterima dalam hati… destinasinya tetap juga sama ( jinjang pelamin)….hu..hu..hu


Kesan Ekor Haruan

• Jangan memilih sangat
• Cermin2 Diri Sesuai dengan citarasa
• Bagi peluang pada yang menghampiri…. Kalau tak suka juga baru reject
• Semoga Dapat Pasangan cepat…hu..hu

Cinta Dan Kawan






Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta…
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus,
mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apa lagi dalam telaga yang gelap…
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia…kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI….
Walau kita bercinta, KAWAN tetap yang paling setia.

!!!!!!!!!!!!frenz never break…….…..