Menunggu Bas Idaman dan Cinta



Mungkin zaman sekarang nie ramai sudah menggunakan kereta sendiri... jadi bas awam mungkin digunakan juga namun sedikit berbanding 10 Tahun lepas

Dikampung aku bas awam untuk ke Bandar adalah pengangkutan utama. Maklumlah tambang murah RM 0.50 sahaja itu sepuluh tahun lalu…. Oleh kerana perkembangan ekonomi moden harga tambang sekarang dah jadi RM 0.80. Bas yang menuju ke kampung aku tidak banyak dalam 4 Buah biji bas aje…

Hari tu hari sabtu kami menunggu bas untuk ke Bandar…. Aku, dan dua orang kawan bercadang untuk ke Bandar untuk berjalan2 cari makan…. Rupa bentuk, keselesaan, Sound system, layanan sesebuah bas memang memainkan peranan penting untuk anak muda seperti kami naiki…..

Tentunya ada satu bas yang sebegitu dikampung kami…. Yang lain tu ok le juga tetapi tidak seperti bas itu…

Bas pertama datang….

Aku : Nak naik bas nie Ka?

Nik: Tak mo le…. Tak ada sound system

Eddy: Apa barang bas nie pakcik nie yang bawa…. Tunggu bas Idaman le…

Lima Belas Minit Kemudian… Bas Kedua datang..

Nik : Kita naik nie le ada juga sound system?

Aku : Ok juga ni

Eddy : Tunggu satu bas lagi bas idaman sampai.

Lima Belas Minit berikutnya Bas ketiga datang

Aku: Bas idaman ke tu:

Nik : Bukan… naik aje la

Eddy : Le… Lepas nie Mesti bas idaman sampai… bas nie panas le dalam dia

Lima belas minit kemudian…. Bas pertama sampai kembali

Aku : ????????????????

Nick : ???????????????

Eddy : Mana bas idaman nie…. Kita naik aje le

Akhirnya

Kami naik bas orang tua… tak ada sound system… segala2nya tidak memuaskan hati…… ha..ha..ha.

Apa kena mengena Menunggu bas dan cinta….

Mengikut cerita benar di atas kita sebagai manusia samada lelaki atau perempuan semestinya mempunyai kehendak hati dan citarasa masing-masing untuk memilih pasangan…

Pernahkah kita terfikir kita mengkehendakkan pasangan kita begini sedangkan diri kita pula tidak menepati citarasanya 100%

Jadi untuk mendapatkan citarasa 100% tepat adalah amat mustahil dalam mencari cinta…
Berbalik kepada menunggu bas tadi, perlukah kami menunggu bas idaman sedangkan bas yang ada menuju ke satu distinasi yang sama... akhirnya kami sendiri yang rugi masa… dan bas yang di tunggu tak kunjung tiba…

Apa kena mengenanya dengan cinta…. Apa salahnya kita tidak memenuhi 100% citarasa kita dalam memberikan cinta. Mungkin ada menepati citarasa tapi belum tentu ianya nak pada kita dan memakan masa untuk mencarinya ( tu yang jadi Bujabg Terlajak dan Andartu tu)….. jadi pada yang belum ada tu….. berilah peluang pada yang ada menghampiri untuk diterima dalam hati… destinasinya tetap juga sama ( jinjang pelamin)….hu..hu..hu


Kesan Ekor Haruan

• Jangan memilih sangat
• Cermin2 Diri Sesuai dengan citarasa
• Bagi peluang pada yang menghampiri…. Kalau tak suka juga baru reject
• Semoga Dapat Pasangan cepat…hu..hu

Cinta Dan Kawan






Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta…
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus,
mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apa lagi dalam telaga yang gelap…
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia…kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI….
Walau kita bercinta, KAWAN tetap yang paling setia.

!!!!!!!!!!!!frenz never break…….…..

Koyo seekor katak......



Koyo adalah seekor katak ala-ala remaja. Ia di ajak oleh kawannya untuk berlumba memanjat menara telekom yang sangat tinggi berada dikawasan mereka.

Koyo telah bersedia untuk berlumba memanjat menara telekom pada malam itu. Ramai Penonton katak terdiri katak2 dewasa berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... pada malam itu..

Perlumbaan pun dimulakan...

Namun Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa pelumba-pelumba akan berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada penonton yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

Ada juga yang mengatakan.."Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...

... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..


Penonton terus bersorak.."Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...

Koyo tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali koyo yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana koyo boleh melakukannya?

Seekor peserta bertanya bagaimana cara koyo yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan? …. Namun Koyo tidak menjawab… bertanya lagi namun tidak juga di jawab oleh Koyo…. Setelah di siasat rupanya si Koyo adalah Katak yang Tuli (Pekak)….. kesian si Koyo kan..


Kesan ekor Haruan

1) Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... …kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

2) Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!

3) Dan yang penting Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!

Toyol Finale

Nota:
Nak tumbuh lumut dah tasek nie… maklumlah 3 hari tak di update tapi hanya memberi komen blog kengkawan yang sempat di terjah…

***********




Toyol… sebut je pasal toyol macam –macam dapat dari komen yang lepas... e-toyol pun ada. Tapi ini bukanlah toyol yang dimaksudkan yang mencuri duit tu… ini toyol bijak punya tak leka..muncul time siang sahaja. Sudah menjadi tradisi di kolej ini apabila time ujian TOYOL (TOLONG ORANG YANG OTAK LEMAH) mesti ada disediakan biasanya 2 minggu lebih awal. Banyak teknik penyediaan dari menggunakan kertas hinggalah alat-alat lain yang sesuai dijadikan TOYOL. Diantara alat-alat yang digunakan untuk dijadikan toyol ialah Pembaris, Kotak Pensel, Pemadam, Lengan Baju, Plastik Ohp, Kasut, Seluar dll.

Allhamdulillah semua TOYOL yang lepas dapat ditumpaskan tiada satupun yang dapat masuk ke dewan peperiksaan.. Ketua Sekolah pun berpuashati terhadap ujian yang dijalankan.

*************
Tahun 2002
2 Minggu Sebelum Exam

Aku : 2 Minggu lagi nak exam ni Dol macam mana ada sumber untuk dapat soalan bocor ke?
Dol : Soalan tak keluar lagi nie biasanya seminggu sebelum exam keluar le. Ko nak buat TOYOL ke

Aku : Yup.. ko nak juga ke.. aku buatkan sekali… tapi ko cari dulu bahannya.
Dol: Sekejap aku call En.K dia bahagian kawalan Mutu.. geng dia nie yang selalu keluarkan soalan.

Dol : En.K bagitau dia nak KFC Diner Plate kalau nak soalan bocor pengeras katanya..
Aku : Ok roger. Nanti ko ambil ya Dol.

1 Hari sebelum Exam

Aku : Aku dah siapkan toyol nie untuk esok… baik punya TOYOL
Dol: Wah ko guna plastik Ohp memeng tak perasan le kalau pakai nie… caya le geng

Aku : Ko kena gunting kecil-kecil nie Dol baru susun ikut no lagi mantap
Dol : Ok…ok

Hari Exam

Penjaga Exam : Ok kelas sebelum menjawab soalan anda diberi peluang sekali lagi untuk membersihkan diri dari bahan yang boleh dianggap kamu meniru dengan menggunakannya. Kamu akan dikenakan tindakan tatatertib dan digagalkan exam sekiranya tertangkam

Exam pun bermula… membuat gaya biasa mulanya menjawab mana yang tahu dahulu.. 30 minit berlalu Toyol-toyol telah mula beroperasi.. boleh dikatakan 90% pelajar pada masa itu menggunakan toyol..

Oleh kerana otak aku lemah aku nekad gunakan toyol yang aku buat.. aku letak toyol di atas meja memang tak kelihatan dan tak perasan sesiapa yang melihat secara kasar..

Aku keluarkan satu persatu toyol yang telah aku gunting kecil… eh kenapa nie?
Aku lihat toyol yang aku buat tak sama dengan soalan…
Sampai hati En.K bagi kami soalan yang salah….

Selepas Exam

Dol : Ko buat Toyol Apa nie Geng
Aku: Mana aku tau, ko le bagi soalan

Dol : Ini semua angkara En.K
Aku : Jom Kita Repit Kat En.K
Dol : Ok tgh hari nanti

Tgh Hari

Aku dan Dol pergi ke pejabat Kawalam Mutu

Dol: Asalamualaikum kak leh jumpa En.K
Kakak Kaunter : En.K… ada tadi lalu sini tunggu le sekejap

Sambil menunggu aku melihat keadaan sekeliling keadaan pejabat tetiba aku lihat sesuatu yang membuat aku jadi lagi bodoh… aku pun mengajak Dol pergi dari situ…

Aku : Dol ko kenal En K bila.
Dol : Baru lagi le

Aku: Ko mau tau ke Dol dah le TOYOL makan tuan… Maca Cleaner dah tipu kita le Dol
Dol : Apa Maca Cleaner Tipu Kita… Siapa?
Aku : En.K le Dol.

Toyol 1



Bedebu blog nie
Dah 2 hari tak update.
Bukan apa aku tengah sibuk sekarang.
Ketua kampung memberitahu aku yang budak2 ada bela toyol time nie
mereka bela toyol macam bela kucing
dengarnya bermula 2 minggu lalu
Jadi kami terpaksa berjaga dan tak boleh nak buat kerja lain
Kami takut toyol menyerang…..
Dah selesai nanti baru terjah blog kengkawan
Laporan lengkap aku Berikan Kemudian

Teknik Itu




Sayang…. Aku banga dengan kehebatanmu
Dengan teknik-teknik yang ada
Itu belum kawen bila dah kawen lagi le

Sekarang ni pun sayang dah tunjukan skill yang hebat
Cara sayang memang dikagumi
Tiada siapa lagi dapat melawan teknik sayang

Sayang kita selalu bermain tak kira dimana

Di dalam bilik

Di atas Katil

Di dalam tandas

Di dalam kereta

Di Taman bunga

Di Air Terjun


Dah banyak tempat kita bermain sayang
Sehingga kini tiada siapa lagi yang dapat menangkap kita bermain
Kalau kantoi malu… sebab tiada siapa tau lagi hubungan kita


Ingat lagi aku haritu sayang kita bermain sampai pagi
Sehingga aku lewat bangun pi kerja
Memangnya teknik permainanmu bagus sekali sayang


Susah nak ku bayangkan sayang
Sesungguhnya itulah cara dan teknik kita bermain SMS sayang.


Kesan ekor Haruan:

1. Sms Masa bercinta tak kira tempat dan masa dengan teknik2 yang berbeza.

2. N3 semalan sepaejabat haram kahwin kerana Wanita dalam pejabat tu semua dah kahwin.. Rujuk wanita yang haram dikahwini….hu..hu

Haram Kahwin Ke?


Gambar hiasan aje

Seorang wakil pejabat agama datang. Lalu ini perkataan yang dilafazkan kepada semua lelaki yang ada di situ "Haram Kahwin satu pejabat". Pekerja lelaki dan wanita yang berkerja dipejabat itu terpinga-pinga. Confused semua warga di pejabat itu. Kalau anda di situ bagaimana?

FIKIRAN LAIN


Gambar Hiasan Aje


Tin..tont.tin…. (Bunyi msg)

“Salam mal, aku minta tlg sgt2ari nie. Kalau tak naya aku esok. Tlg ya mal.

Balas msg

“Jam 11 aku ambil ko di umah. Kita pi makmal” send


Jam 11 Dalam Kereta

AMIR: Hari nie buat assignment sampai jam berapa

Kamal: Aku boleh bantu ko sampai jam 3 sahaja. Petang nie aku nak sambut hari bapa.
Ko tak sambut hari bapa?

Amir: senyap….sambil menyedut asap rokok


Dalam Makmal



Kamal
: Ko guna computer nie. Aku buat kat sebelah computer nie

Amir: Nak taip yang mana nie….(bengong)

Kamal: Dalam hati (Kenapa dia Tanya aku bukan aku punya projek nie. Kacau macam nie)

Amir: Kamal nak taip yang mana nie

Kamal: Mana aku tau ini projek mu ni.

Amir: Aku nak beli Lap Top le macam Nie

Kamal: Lain macam bunyinya nie… Marah ke

Amir: Aku buta komputer le….

Kamal: Dalam fikiran (Kata nak beli Lap Top… ni kata buta computer Lak….. Projek selama nie biasa aja pakai komputer) Confused.Habis tu siapa nak buat projek nie… aku tolong aje…

Amir: Biarkan Saja

Kamal: Confused (Tadi beria-ia ajak pi makmal nak buat projek. Sampai sini hampeh)
Taka pa le aku bantu kau ya kawan.

Amir: Kau tengoklah je dalam buku tu. Aku nak balik

Kamal: Kenapa juga nie? Macam bermasalah aje.

Amir: Aku juga tak sambut hari bapa… Anak aku tak bg msg atau call pun.

Kamal: Dah le mari kita balik. Projek mu nie nanti aku siapkan.


p/s

Seorang bapa hilang tumpuan apabila mengingati anaknya. Keputusan yang dikeluarkan membuatkan kawan2 confused menerimanya.

Pada anak2 diluar sana jangan lupa msg bapa anda.

Bapa boleh jadi sentimental dan sensitif dihari tertentu.

Lip's Service

Lip’s Service Apa tu? Lip’s Service adalah gabungan cara berkomunikasi sesama manusia dikuti dengan tingkah laku diri dalam situasi yang boleh mendatangkan kepuasan, keselesaan, keselamatan, dihargai dan dihormati .

Lip’s service kalau digunakan boleh mendatangkan keuntungan kepada si pengguna Lip’s Service wujud dalam komunikasi dua hala.

Situasi 1. Temuduga

Semua orang yang akan menghadiri temuduga sudah pastinya akan bersedia dari segala aspek. Namun banyak yang kecundang sedangkan mempunyai kelulusan yang baik. Sebenarnya kelulusan adalah antara satu syarat untuk satu-satu jawatan. Harus diingat penemuduga adalah manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Dalam hal ini hati dan perasaan manusia tidak ada kena mengena dengan kelulusan kita. Dalam erti kata lain kita perlu memuaskan hati dan menghargai mereka. Macam mana nak berbuat begitu? Ini langkahnya:

1. Kemas. Dengan berpakaian kemas ia akan menarik perhatian mereka terhadap anda.

2. Beri perhatian semasa mendengar soalan. Penemuduga tidak suka membuat pertanyaan berulang.

3. Memberi pandangan mata yang tepat kepada Penemuduga. Dengan memandang tepat ke muka penemuduga, penemuduga berasa seolah-olah dihargai dan disanjungi. Realitinya Kebanyakan calon tidak memberi pandangan mata yang tepat ke muka penemuduga, entah dagu berat nak angkat kot.

4. Memberi jawapan yang ringkas. Penemuduga tidak suka pada orang yang lambat menjawab. Sekiranya anda tidak tahu cakap secara jujur tidak tahu, jangan senyap dan membuat terpinga-pinga.

5. Memberi senyuman. Kebanyakan yang masuk interbiu muka serius, penemuduga tidak suka seolah-olah memberi tekanan kepada mereka.

6. Postur Badan. Tunjukan badan anda adalah bersemangat dan bertenaga. badan ala-ala bunga layu membawa kepada anda tidak di terima.

7. Sikap yang konsisten. Jangan sesekali berubah sikap walaupun diberi tekanan kepada anda dan jangan merayu semasa temuduga.

8. Biasanya soalan akan menanyakan kenapa anda hendak jawatan ini? Sila jawab benda-benda penting yang memberi tahu kerja tu penting untuk anda kerana apa, kalau boleh bagi dia simpati pada anda.

Kebanyakan yang gagal adalah kerana perkara 3 hingga 7 kurang atau tidak dibuat. Terutamanya 3, 4 dan 6. Dengan panduan harap anda boleh lakukan nanti. Bagi n3 semalam C adalah tahap minimum calon yang layak ianya perlu ditambah dengan perkara-perkara penting diatas.

Situasi 2. Bersalaman

Satu situasi ringkas yang mudah difahami. Sekiranya anda berjabat tangan
Sambil berpandangan antara satu sama lain tentunya anda rasa dihargai berbanding barjabat tangan tetapi muka pandang ke lain, seolah-olah salam tiada nilai.

Diharap anda faham apa itu Lips service.

p/s

1. Pengalaman semasa ditemuduga dan menemuduga orang.

2. Awek cun tapi Boyfrend muka tak commercial. Sebabnya banyak perempuan kalah dengan kata-kata mereka. cara mereka membuatkan perempuan dihargai dan perempuan rasa selamat bersama mereka. ini adalah kajian.

3.Perkataan Lip’s Service banyak digunakan dalam menerangkan kepentingan komunikasi dalam rumahtangga.

Kajian Lip’s Service

Lip’s service… apa tu? perkhidmatn bibir ke... lain macam aje bunyinya. Dan bila disalah tafsirkan jadilah ia sesuatu yang biru... Lip’s service boleh dilakukan dan ditafsirkan dalam kontek yang berbeza namun ia berasal dari satu sumber yang sama. Bagi mengelakan ianya dari disalah tafsirkan saya akan memberi 1 kajian yang akan memahamkan anda atau anda boleh juga menggunakan kaedah ini sekiranya dirasakan sesuai….


Kajian. Menghadiri Temuduga

Katakanlah anda adalah seorang ahli penemuduga dan anda dikehendaki memilih calon-calon untuk satu-satu jawatan? Jawapan biar ikhlas, kerana panduan ini akan menolong anda semasa temuduga.

Calon A
-Mempunyai Kelulusan yang baik
-Penampilan yang baik
-Semasa sesi soal jawab mamat/ minah nie macam mau tak mau je menjawab bila di Tanya dan tiada tumpuan

Calon B
-Mempunyai Kelulusan yang baik
-Penampilan yang sederhana
-Semasa sesi soal jawab ia menunjukan keyakinan, memberi tumpuan tetapi jawapan yang diberi 20% sahaja betul

Calon C
-Mempunyai kelulusan yang sederhana
-Penampilan yang baik
-Semasa sesi soal jawab ia menunjukkan keyakinan, memberi tumpuan, bersemangat, mempunyai bahasa yang baik , dan jawapan 20% sahaja yang betul.


Manakah 1 Calon Pilihan Anda? dan Kenapa?

INI ADALAH KAJIAN. PENERANGAN SAYA AKAN BERIKAN KEPADA N3 BERIKUTNYA


P/S
Fakta benar: Kebanyakan sekarang disekeliling kita Awek cun tapi Boyfrend muka tak commercial kenapa? Jawapannya adalah Lip's Service (Jangan fikir biru lak)

Burung Hantu

Misi: Menjaga anak-anak orang seramai 278 orang
Objektif: Pastikan keselamatan
Perlaksanaan: Buat penelitian tempat tinggal
Alat : Lampu suluh, Baju Kalis Peluru, Pistol, Baju Hitam,
Misi Bermula: 18 Jun 2009 Jam 01.00 PM
Misi Tamat: 19 Jun 2009 Jam 06.30 AM
Cuaca : Cerah
Situasi : Kena berjaga sampai pagi. panas lak tu.Mata kena macam burung hantu.
Kesan Sampingan : Tak dapat update blog atau melawat blog. Anak Bini ditinggalkan.

p/s : sorry tak dapat menjelajah blog anda




Sambungan N3 Semalam

Setelah Berjaya dalam pemilihan kedua
Aku memang seronok sangat
Tetapi dalam seronok aku risau
Aku tak pernah hadiri temuduga

Bermain difikiranku macam mana nak menghadiri temuduga
Buntu seketika… aku Tanya member-member yang ada
Apa nak kena buat semasa temuduga
Masing2 sibuk dengan hal masing-masing
Sama macam aku juga panic nak temuduga

Hari nie hari rabu temuduga hari Jumaat
Ada masa lagi untuk meriki-riki apa bakal berlaku masa temuduga itu
Aku pergi mendapatkan nasihat salah seorang staf di situ
Dia memberitahuku sedikit persediaan untuk temuduga
Tak sempat nak khatam staf tu dah belah, member dia panggil
Ini saja dapat ku kutip dari dia

Susun sijil elok2 dalam folder biar ikut susunan senang pemeriksa nak semak
Pakai baju yang bersesuaian kalau boleh long slip Nampak smart
Rambut jangan panjang kena trim biar Nampak kemas
Pengetahuan am tentang Malaysia masa kini

Itu saja aku dapat dari staf tu.
Aku takut kat pengetahuan am ini aku lemah
Maklum le budak kampung informasi berita 1 bulan lalu baru sampai hari nie
Memang lembab. Kalau sekarang semua di hujung jari anda…

Sambil membuat persiapan di bilik kami di lawat oleh seorang staf kat situ
Dia mengumpulkan kami dan memberi tahu kami tentang tatasusila menghadiri temuduga…. Apa dalam n3 grunge memang betul itu le caranya yang diberitahu.

Hari khamis muncul tiba. Persiapan semangkin rancak dibilik masing-masing termasuk aku
Di bilik aku kami dilawati En Ishak yang pernah aku ceritakan dalam n3 lepas
Kami sembang-sembang perkenalan dengan dia. Banyak soalan ke arah soalan peribadi.
En Ishak menegurku… dah ready ke nak temuduga nie..
Aku straight to the point kata saya tak sedia lagi… tak pernah menghadiri temuduga

En ishak sebagai orang lama memang banyak pengalamanya
Jadi hari tu kami sebilik bertuah dapat mendengar tips-tips menghadiri temuduga
En sahak memberitahu kami cara berdepan dengan penemuduga, cara menjawab dan sebagainya
Satu tips utama yang dia beri ialah “KAMU KENA BERSEMANGAT, YAKIN, CERIA DAN LIP’S SERVICE” kalau kamu ada ini insyallah kamu Berjaya bak kata En ishak.

Hari yang dinantikan telah tiba. Sesi temuduga dijalankan selepas sembahyang jumaat
Kami 122 orang yang tinggal untuk sesi temuduga
Kami dipecahkan kepada 24 kumpulan. Dalam group aku ada 5 Orang semuanya
Menunggu giliran sambil menghafal-hafal nama menteri2… logo-logo dan banyak lagi nak di hafal
Ialah persediaan nak menjawab soalan temuduga.

Giliran kumpulan ku kini tiba
Kami berlima berdiri di hadapan penemuduga
“Baik perkenalkan diri anda satu persatu dari hujung sebelah kanan”
Kami seorang-seorang memperkenalkan diri

Sedikit gementar tetapi aku cuba gunakan tips
“BERSEMANGAT, YAKIN, CERIA DAN LIP’S SERVICE”
Aku memperkenalkan diriku dengan cara diajar cara Lip’s Service
Tamat sahaja aku memperkenalkan diri.
Aku dipanggil ke depan
“IC Ayah awak nie merah… macam mana awak dapat taraf warganegara pula?”
Dengan kaedah Lip’s Service saya menjawab “Ayah saya adalah pemegang nitip zaman pemerintahan British” dan saya di lahirkan disini.. maka saya adalah warga negara malaysia.

Tiada soalan lain selepas itu…. Tetapi ini yang di Tanya Siapa pandai berbahasa Inggeris
Hanya seorang mengangkat tangan dia senyum gembira.
Malahan kami yang buta berbahasa inggeris nie dapat ini dari ketua penemuduga
“ Awak berempat boleh keluar….. boleh pack barang…. Tidak pandai berbahasa inggeris macam mana mau kerja… esok kamu boleh balik kampung”
Apa? maknanya kami gagal temuduga

Petang itu aku pack barang
Bersedia untuk balik kampung
Mau kerja apa lepas ini
Bermain difikiran ku
Tak apalah aku masih boleh cari kerja lain.

Pagi sabtu yang indah pengumuman anggota yang lulus akan diumumkan
Kami berkumpul didewan makan makan masa itu
Aku tak bersemangat untuk mendengar keputusan
Aku dah diusir semalam
Aku tahu aku gagal

Ini nama-nama yang gagal disebut satu per satu
Namaku di sebut… aku tak terkejut
Memang dari semalam aku tahu aku gagal
Sehinggalah kami 25 orang semuanya

“Ok 25 orang nie boleh ke bilik sebelah untuk taklimat perjalanan balik kampung”
Kami bergerak ke bilik khas
Semua senyap tanda sedih
Seorang pegawai dating memberi taklimat

“Tahniah anda semua dipilih dalam jawatan ini”
Tak terkejut… senyap seperti biasa
“Tak bersemangat pun dapat jawatan ini”
Suara sumbang menyambar “Nak semangat apa bukan dapat pun”
“Sekali lagi saya ulang anda semua yang berada di sini terpilih untuk jawatan ini”

Aku macam tak percaya… betul ke nie… abis tadi kata gagal pas tu kata lulus
Mana satu nie… confused
Setelah di yakinkan Aku kembali bersemangat
Akhirnya aku mendapat jawatan ini "TNS(L)"


P/S

1. “BERSEMANGAT, YAKIN, CERIA DAN LIP’S SERVICE” semasa menghadiri temuduga

2. Sediakan bahan secukupnya untuk menghadiri temuduga

3. Dapatkan tips dari otai-otai yang ada jika perlu

4. Cubalah tips yang ada nie bagi sesiapa yang hendak menghadiri temuduga.

Seekor anai-anai Perosak



N3 kali ini adalah kesinambungan dari n3 13 Tahun aku disini dan Misi 2Kg dan Ubikayu.

Ujian peringkat pertama telah Berjaya ku lepasi
Banyak juga gagal diperingkat ini
Jumlah yang gagal adalah sikit berbanding yang lulus
Nampaknya Saingan semakin kurang
Namun Peluang untuk lulus sepenuhnya juga bukan lah muda

Kini masuk peringkat kedua pemilihan akhir
Ya uji cergas macam macam kena buat namapun uji cergas
Tak ku lupa lagi acara terkhir peringkat ini berlari sejahu 8KM
Dengar aje 8KM aku jadi kurang keyakinan
Boleh ke aku lari sejahu itu

Kami pun dilepaskan beramai-ramai
Ada yang lari seperti atelit marathon ingin mengejar kejuaraan
Ada yang berlari sekadar cukup syarat
Ku ingat lagi masa larian 4KM pertama
4Km yang memang menguji iman dan nafsu

Sememangnya pihak pengurusan cerdik
Menggunakan taktik yang cukup licin untuk menguji kami
Ibarat Seekor Ibu anai-anai dilepaskan didalam kayu lama-lama melarat
Kami tidak tahu pun ada diantara yang berlari pada masa itu adalah Dalang Pengurusan
Tugasnya senang sahaja. Ibarat seorang guru ajaran sesat yang ingin menyebarkan ajaranya.

Pada 4 km pertama tu tetiba larian semangkin slow… ku lihat ada kenderaan…
Apasal ramai-ramai berkumpul disini nie…
Nampaknya si Dalang pengurusan itu sedang menyebarkan ajarannya
Mengajak kami menaiki kenderaan dan memberikan air minuman. Ia menawarkan untuk menurunkan kami ke 1 km terakhir
Beria-ia di menyakinkan kami bahawa pihak pengurusan tak tahu perkara ini dan pemandu tu pakcik dia.

Ramai yang terperdaya… aku pun hampir-hampir juga... maklumlah dah penat
Ibarat tak berduit dihulurkan duit laju je nak.
Tetapi dalam nak hatiku berat untuk berbuat demikian
Ku ingat kata kawanku Laming seorang lepasan Universiti tinggi di Indonesia
Ini katanya “Hidup sentiasa mempunyai pilihan.. jadi buat le pilihan sebaiknya kerana pilihan yang salah menjejaskan kita”

Pernah juga ku Tanya kerja kilang ni pilihan ko ke laming. Dia hanya jawab… ini adalah yang terbaik dari aku di Indonesia. Oleh kerana ingat kata-kata itu aku memilih untuk sambung berlari kerana aku fakir ini terbaik dari aku menipu.
Aku berlari sehingga ke garisan penamat. Hampir sejam juga le.
Aku bukanlah atelit jadi aku pun no puluh-puluh juga le.
“Balik bilik petang nie keputusan dikeluarkan”
Itulah kata staf pengurusan yang menunggu dihujung garisan penamat sambil ia mencatatkan masa kami.
Hati memangnya tidak duduk tenang untuk menunggu keputusan
Pagi berganti petang masa yang dinantikan telah tiba

Kami dikumpulkan ke dalam satu bilik untuk pengumuman keputusan itu
Jantung berdegup kencang…. Duduk tak tenang ibarat suami menunggu isteri sedang melahirkan anaknya…. Serba tak kena dibuatnya
Pihak pengurusan menyebut nama. Hanya 53 orang ada nama tidak termasuk nama ku
Mereka diasingkan dari bilik dan dibawa ke bilik lain untuk taklimat

Selepas Pengasingan datang seorang Staf pengurusan memberi taklimat kepada kami. Ia menyatakan kepada kami yang tinggal untuk membuat persediaan Temuduga.
Bererti kami telah lulus Ujian peringkat uji cergas… Alhamdulillah
Menanyakan nasib 53 orang tadi mereka telah gagal kerana melanggar peraturan ujian dengan menaiki kenderaan. Hu nasib aku tak naik.

Akhirnya tinggal 122 orang untuk ditemuduga. Iaitu merupakan proses terakhir pemilihan jawatan dipohon. Adakah tips Temuduga Saudara Grunge dalam n3 yang dibuat olehnya boleh diguna pakai?? Grunge sorry libatkan nama ko kat n3 nie. Tunggu untuk N3 seterusnya….


P/S

1. Hidup sentiasa mempunyai pilihan. pilihan hendaklah dibuat dengan tenang. kerana pilihan itu le penentu kita dan mempengaruhi setiap keputusan. Jangan salahkan orang lain sekiranya pilihan tidak tepat itu pilihan diri sendiri.

2. Jangan mudah terperdaya dengan satu-satu perkara yang kita Nampak menyenangkan pada awalnya sedangkan benda yang nak dilakukan itu Salah dan memberi kesan buruk kepada kita

3. Bila membuat satu-satu kerja buatlah sehingga akhir jangan buat sekerat jalan. Hangat-hangat tahi ayam

4. Maaf kepada pembaca kerana n3 ku nie bersambung-sambung…. Ha..ha

Misi 2KG dan Ubi Kayu



Ini adalah kesinambungan dari N3 13 Tahun Ku DiSini
Ya Misi 2Kg adalah misi Ayahku
Misi Selama 2bulan untuk Menambah berat Badanku

Tentunya setiap misi mempunyai rancangannya
Peralatan untuk menjayakan misi
Dan juga cara melaksanakanya

Rancangan yang memang diatur khas oleh ayahku
Dengan hanya menggunakan peralatan Ubi Kayu dan Periuk
Dan sememangnya aku tak berapa suka ubi kayu
cara perlaksanaanya adalah paksaan kepada aku.

Aku seorang pekerja kilang yang tak tentu masa berkerja
Seminggu siang dan seminggu malam
Berat badan pun sukar untuk dinaikkan
Mangkin turun lagi ada

Aku berbadan kurus
Bagi yang melihatnya aku memang tak layak untuk Jawatan bakal di pohon
Namu rahsia itu disimpan agar tiada suara sumbang mengata
Tentunya kampung ku banyak pemberita tak bertauliah….

Apabila ku kerja siang aku akan dibekalkan dengan Ubi kayu disebelah pagi
Apabila ku kerja malam ubi kayu menjadi makan petang ku
Itulah rutin Paksaan oleh Ayahku
Dan pelbagai menu ubi kayu ku kenal masa itu

Tentunya untuk mencapai satu misi bukanlah mengambil masa yang singkat
Kini sudah sebulan berlalu.
Aku timbang semula beratku
0.6 kg sahaja yang naik
Misi ayah ku…. Nampak seolah-olah tidak Berjaya

Adakah ayah menggunakan strategik lain….
Tidak ia tetap dengan pendiriannya
Untuk menjayakan Misi 2 Kg
Bagaikan seorang pahlawan yang merancang strategik peperangan dimedan pertempuran

Aku dah memang targetnya
Aku adalah Mangsanya
Aku juga adalah matlamatnya
Adik-adik aku tidak terlibat dalam misi ini, mereka hanya makan kalau suka… tetapi wajib bagi aku
Dah semestinya rutin memakan ubi kayu kini lebih padat

Kalau dulu rutin setip pagi atau setiap petang
Kini setiap Pagi dan petang
Siap tapau lagi untuk dibawa ke kilang
Bagi yang di bawa ke Kilang aku selalu bagi Kawanku Laming
Seorang pencetus minda hidupku

2 Bulan telah cukup... Kini pemilihan akhir aku di Kota Kinabalu
Syok aku tak lagi makan Ubi kayu
Sesi pemeriksaan tubuh bermula
Aku menjejak kaki ke alat penimbang.. 47.6 Kg
Oh tidak kurang 0.4 Kg

Namun bak pepatah setiap usaha pasti ada hasilnya
Orang yang sama memberiku peluang tempoh hari menjaga tempat itu
Wah tak dapat 2 kg naik 1.6 sahaja….Bagus itulah suara En Ishak
Tak pa saya letak sini 48.5 Kg … Semoga Berjaya

Aku tidak percaya… Aku Berjaya dalam Pemilihan akhir peringkat pertama
Ini bererti Misi 2KG Ayahku Berjaya
Terima Kasih Ayah (Pengerak Misi)
Terima Kasih Ibu (Pembantu Menjayakan Misi)
Terima Kasih Sahabatku Laming (Pembuka Pintu ke arah tuju sebenar)
Terima Kasih En Ishak (Simpatimu membawaku ke arah ini)

P/S

1. Ubi kayu sedap di makan. Ia juga adalah makanan yang baik untuk menambahkan berat badan. Sekiranya dimakan dengan betul Berat badan akan naik dengan cepat. Saya dulu banyak makan ubi kayu secara paksaan tu berat naik sikit sahaja.

2. Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil walaupun sikit namun impaknya terhadap penerima hasil adalah sungguh bermakna dan di hargai contohnya En Ishak. Dia minta 2 Kg, Aku bagi 1.6 Kg tetapi dia puas dengan usaha untuk menaikan berat badan ku.

3. Jangan mudah cepat mengalah. Walau pun pada pandangan kasarnya kita akan kalah… sebab kita tak tahu akan berlaku 1 minit akan datang…1 hari akan datang dan seterusnya.

13 Tahun Ku Disini

Gambar Hiasan Semata-mata




Dah 13 Tahun lamanya
Ku Mencari Rezeki disini
Ya memang aku adalah antara yang bertuah ada disini

Aku bersyukur kerana terpilih kesini
Sedang aku adalah orang yang tak layak sebenarnya
Namun sudah rezeki aku berada di sini

Ku ingat lagi 13 tahun lalu
Semasa aku temuduga perkerjaan ini
Dengan berbekalkan kelulusan SPM 3

Ku lihat sekeliling
Ramai insan yang datang untuk tujuan yang sama
Mencuba nasib dibidang ini

Nampaknya giliran aku dah tiba
“Awak semuanya Ok Cuma satu awak tak layak Berat awak kurang 2 Kg.”
Satu pernyataan yang membuat aku gementar.

“Awak tak layak untuk menyertai kami”
Aku hampa mendengar keputusan itu.
Namun sudah memang rezeki

“Awak… diberi peluang kedua. Selama 2 bulan ini sebelum ke kota kinabalu tambahkan berat badan awak sehingga cukup” tahniah kami pilih awak untuk pemilihan akhir nanti”
Satu kenyataan ringkas yang mungkin mengubah nasibku

“Macam mana temuduga” Tanya ayahku
Lulus, Cuma tak cukup berat 2 KG kataku.
“Jadi tidak diterima le?” Tanya ayahku lagi

Terima… untuk ke pemilihan akhir tapi bersyarat
Apa syaratnya? Kena cukupkan berat 2 kg lagi
Tak apa biar ayah usahakan

Bermulalah misi Ayahku
Misi 2kg untuk menambah beratku
Tentunya ayah mempunyai teknik tersendiri

“Mula hari ini hingga hari temuduga kau kena makan ini!!”
Apa? Ubi kayu mana larat nak makan hari2 nie
“Jangan membantah kau kena makan juga”

Ayah berusaha mencari ubi kayu
Untuk menjayakan misinya
Sedang aku terus berkerja dikilang seperti biasa

Hari yang dinantikan telah tiba
Aku perlu ke Kota Kinabalu untuk pemilihan
Kami berkumpul menunggu bas untuk kami ke Kota kinabalu

Ku lihat ramai ibu bapa yang turut menghantar memberi sokongan
Termasuklah aku….
Mak….Aku pergi dulu
Ayah…. Aku pergi dulu

Aku tak heran mak menangis dah naluri seorang ibu
Buat pertama dan terakhir kalinya
Aku melihat Ayahku menitiskan Air mata
Mungkin itu air mata gembira

Kini ku telah tiba di kota kinabalu
Kami dikumpulkan dari kesemua daerah
250 orang semuanya. Bermain difikiranku tipisnya peluang untuk lulus disini

Daripada 250 hanya 30 terpilih 25 lelaki 5 perempuan
Aku adalah seorang daripadanya
Aku bersyukur… dan kini sudah 13 tahun aku berada disini.

p/s

1 Setiap kejayaan kita pasti mempunyai sokongannya. Bagi yang masih bujang tentulah orang tua adalah tiang sokonganya. Bagi yang dah kahwin tentunya suami atau isterinya sebagai tiang. Ibarat mendirikan rumah tiang diperlukan untuk menyokong pembinaan itu. Penyokong ini adalah watak utama dalam memberi semangat kepada seseorang untuk kedepan.

2. Bagi yang hidup bujang diperantauan… jadilah penyokong kepada teman anda.

3. Ku ucapkan selamat hari ayah kepada Arwah ayahku… pengorbanan mu sentiasa terpahat didadaku.

4. Jangan mudah lupa diri kekadang sesuatu yang kita tidak suka itu le yang boleh menolong kita.

Kecewa dalam Gembira

Gambar Hiasan Saja Ya


(Dibaca dengan sayup dan perlahan untuk dapatkan feeeeeelllll)

Hari nie majlis kenduri kahwin sepupuku
Oh dah kahwin dia ya
Aku juga masih begini

Semua berjalan seperti biasa
Semua Orang Bergembira, bergelak ketawa dan lain-lain
Tuan rumah pula sibuk menyambut tetamu yang datang

Akupun geng tuan rumah juga…
tapi tugasku mengangkat lauk pauk untuk ditambah sekiranya kurang
Aku suka kerja tu…. Tiada menggangu

Wah ada band…
Tentu aku akan menyampaikan lagu buat pengantin
Oh… bukan sekarang, nanti malam masa awek ramai datang

Jam dah 4 petang…. Kesian pengantin, baru 3 persalinan
Ada berapa lagi persalinan sehingga tengah malam?
Ini memang raja Satu hari

Dah senja, aku balik dulu nak mandi
Berkemas dan bersemat-semat untuk menyanyi malam nie
Oh praktis lagu dulu di rumah

Aku dah sedia… jom gerak ke majlis itu
Ramai sungguh tetamu malam nie
Keluarga pun ramai juga…..

Oh tidak mood ku hilang tiba-tiba
Tak jadi menyanyi malam nie
Aku merajuk

Kenapa ditanya time seperti ini
Bukan tak boleh
Aku susah nak jawab

Aku Pasrah dan Kecewa dalam gembira
Aku baring memikirkan perkara tadi
Akhirnya aku lena…

p/s

1. Ini adalah antara sebab kenapa ramai yang masih bujang malas untuk datang atau mengelak dari keluarga atau kawan2 yang dah kawen semasa kenduri perkahwinan. Bukan apa sebenarnya... ia adalah untuk mengatasi mood Kecewa dalam gembira. Kecewa dalam Gembira berlaku kepada bujang bila Keluarga atau rakan2 telah ada rumah dan ada tangga Mengemukakan soalan-soalan Maut ini

  • Bila nak Kawen?
  • Dah Ada Calon Ke?
  • Kawen dah si….. ko bila lagi?
  • Makcik dengar ko dah ada kawan… bila lagi?
  • Jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang!!
  • Dan soalan2 lain berkenaan Kawen.

2. Bagi anggota keluarga atau orang yang dah kawen tu dinasihatkan jangan ganggu mood mereka bergembira semasa majlis berlangsung Tanya masa lain.

3. Siapa yang kahwin dengan budak sabah tahan le ya sanding dari pagi sampai tengah malam oooooo....

4. Betul ke fakta nie…. Tapi rasanya betul kot sebab aku pun pernah rasa..

Pemenang Kuiz Apa Hakku.....

Jawapan kepada soalan kuiz2 ada didalam puisi ini

******************************************************************

Apa Hakku?

Kiriman: Santoso Arief

Berhak kah aku mencintai dia ?

Bila aku bukan siapa - siapa.

Berhak kah aku memiliki dia ?

Bila aku bukan siapa - siapa.

Berhak kah cemburui dia ?

Bila aku bukan siapa - siapa.

Lalu apa hak ku ?

Mungkin cuman satu

Memimpikannya....

dengan memimpikanya

ku berhak segalanya.

namun itu hanya mimpi.

************************************************

Dengan ini diumumkan tiada pemenang bagi kuiz tersebut.

Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan nama-nama berikut dipilih untuk menerima saguhati mesteri.

Sila majukan Nama Penuh, Alamat dan no telefon untuk urusan Pos. Sila emailkan ke alamat haruantasek@gmail.com.

Pemenang saguhati dipilih berdasarkan 5 perserta terawal tahniah:....

emma

ayong

Mr PenyuBiru

KhairiL’s

Monkey D Luffy


Apa Hak Ku........ (Kuiz 2) MASA TAMAT.



Haruan tasek tengah gembira sekarang. Nak bagi hadiah pada sesiapa yang dapat menjawab soalan.

KLU 1
JAWAPAN TERDAPAT PADA SYAIR/PUISI. CARI LE YA.


KLU 2
JADIKAN SEMUA DIA BERHAK


******************************************
Baca dengan tekun dan teliti

Dalam pergi berjalan di pasar malam amir melihat seorang gadis, namun dia tidak sempat untuk berkenalan dengan gadis itu

Di rumah amir bertanya kawannya majid

Amir: Berhak kah aku mencintai dia ? Sedangkan aku tidak mengenalinya.
Majid: Tidak Berhak. Sebab dia tidak kenal ko. Mana tau dia sudah ada cintanya.

Amir: Berhak kah aku memiliki dia ? Sedangkan aku tidak mengenalinya.
Majid: Tidak Berhak. Sebab dia mungkin dah kahwin.

Amir: Berhak kah cemburui dia ? Sedangkan aku tidak mengenalinya.
Majid: Tidak Berhak. Sebab dia tak ada kena mengena dengan ko pun.

Amir: Lalu apa hak ku ?
Majid: Ada cuma satu?

Amir: Apa ?
Majid:........................................................................

*****************************************


Anda hanya boleh menjawab 3 x sahaja. sila nyatakan jawapan Majid dan sebabnya.
Pemenang akan dipilih melalui jawapan tepat dan terpantas. masa diberikan adalah sehingga jam 1.00 petang 13 jun 09. keputusan dikeluarkan 1/2 jam dari masa tutup.

Hadiah adalah berupa Cawan dan T/shirt Khas.


Pertama di ucapkan tahniah kepada puan atie kerana dapat meneka tepat pada minit-minit terakhir sebelum jam 10 pagi tadi. kepada puan atie sila berikan Saiz T-SHIRT NAMA PENUH DAN ALAMAT ke email haruantasek@gmail.com untuk penghantaran hadiah anda.

Seperti mana kita maklum tarikh 29 feb hanya wujud setiap 4 tahun sekali, itu bagi setahun. Kalau mengikut perkiraan kasar jawapan anda semua 100 kali dalam 4oo tahun adalah tepat mengikut 4 tahun sekali. Tetapi mengikut Fakta pengiraan sebenar dalam 400 tahun tarikh 29 Feb akan wujud sebanyak 97 kali. info selanjutnya Klik disini untuk melihat perkiraan itu.



Aku bab mengira nie ok le juga tapi kira nie aku fail.
Dalam 400 tahun ada berapa kali tarikh 29 feb... tolong aku kira....

Bagi yang dapat menjawab terpantas dan betul akan menerima T-SHIRT Khas
dari saya. Bagi yang menang nanti sila nyatakan size ok.

Jawapan akan diumumkan jam 10 pagi ini.

Putus Tunang......


PUTUS TUNANG DALAM BAHASA ISYARAT



Dalam Panggung Wayang


“Sayang, Abang nak putuskan pertunangan ini,”
Hanim yang sedang menyaksikan filem lucu jangan pandang belakang congkak, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kurang jelas. Tidak pendengarannya begitu baik sekali 6/6 mengikut laporan medical chek up baru-baru ini.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam Wayang, tidak rupanya itu lafaz dari tunangnya Kamal. Hanim menarik nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Kamal, kemudian tersenyum sambil menyambung semula menonton filem jangan pandang belakang congkak.

Selesai menonton filem,Hanim bangun lantas menuju ke pintu keluar. Langkahnya diatur tenang terus menuju ke kedai menjual minumam ringan. Sebotol air meneral sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke terus bergerak kearah kenderaan Kamal.

Dalam Kereta Kamal

Kamal hanya diam,. Dia amat mengenali tunangnya yang diatur keluarga. Hanim adalah ikon gadis kampung dan mempunyai cirri wanita solehah. Namun, kehadiran Saadiah, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan kamal lemah.

Seminggu Sebelum

“Abang Kamal, Diah tak nak bersama abang. Abang milik orang. Diah sanggup bersama abang jika itu yang ditakdirkan, Tapi biarlah Abang tiada ikatan lagi dengan Hanim”
Aduhai, penangan Diah gadis kelahiran England benar-benar menjerat hatinya.

samb.. Dalam Kenderaan Kamal

“Abang , Hanim setuju dengan satu permintaan. Hanim nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara Hanim.

Itulah sifat Hanim yang tenang dan tidak panas baran (kalau sebenar dah nak pecah kereta ni), Penyabar, baik hati tetapi hati kamal kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih cantik dari Hanim.

“Bawa dia berjumpa Hanim 1 hari sahaja boleh?” Pelik betul permintaan Hanim.(ini nak ajak gaduh tarik rambut nie..). Kamal setuju,. Sebab dia yakin hanim tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Keesokan Harinya

“Apa, nak suruh Diah jumpa dengan tunang Abg,” terjegil bulat mata Diah yang memekai baju berwarna pink ketat.

“Hanim yang minta,” Kamal memujuk Diah.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Diah?”

“Takutlah Diah, silap haribulan dia bunuh Diah!” terkejut Kamal.

“Percayalah Diah, Hanim bukan macam tu orangnya. Abg dah lama mengenalinya”

Saadiah mengalih pandangannya. Apa niat Hanim berjumpa dengannya? Dia sering dengar dengan pelbagai cerita pasal menganggu tunang orang… sampai mati pun ada.(jangan-jangan dia nak bunuh aku nie..)
Dua Minggu selepas Perjumpaan Hanim dan Diah

Selepas bertemu hanim diah terus mengambil cuti. Hari ini sepatutnya Diah berkerja tetapi Diah tidak datang kerja…. Sudah dua minggu tidak bertemu Kamal sememangnya merindui Diah.

Puas dicuba untuk menghubungi Saadiah, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Saadiah pergi. Genap dua minggu juga peristiwa dia menghantar Saadiah berjumpa Hanim.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Handphone Nokia N95 berbunyi tanda SMS masuk ke inbox hendsetnya.

“Diah minta maaf. Diah bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan tunang atau isteri. Diah tidak sehebat Hanim. Diah perlu jadikan diri Diah sehebatnya utk bersama Abg,”

Kamal terkejut dengan sms itu, Tetapi apakah yang Hanim Lakukan sehingga Diah dengan mudah menarik diri.

Keesokan harinya di waktu makan tengah hari jamil kawan Kamal membawa sepucuk surat yang di kirimkan oleh Hanim untuk diserahkan kepadanya.

Kepada:

Kamal
Tunangku yang tersayang…

Kamal kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.(SAMPUL SURAT ORANG KAMPUNG CAP AYAM)

*****************************

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat tunangku yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,
Terima kasih kerana Abg membawakan Diah berjumpa Hanim. Ini adalah antara perkara yang berlaku semasa berjumpa diah dan ini adalah penilaian dari hanim…

1. Tidak dinafikan Diah mempunyai ukuran badan seperti kerengga.. malahan Hanim tidak Nampak pun bentuk badan. Baju diah memang mengikut peredaran zaman..tetapi Hanim tak mahu abang menanggung dosa bila dah kahwin dengan diah nanti. Hanim sayangkan abang…..

2. Hanim akui diah memang pandai memasak. Malahan Hanim hanya tahu masak masakan kampung sahaja. Berbanding hanim yang tahu masak western food…. Tetapi Hanim tidak mahu abang hilang selera makan dan menjadi kurus… kerana hanim tau abang hanya makan makanan kampung sahaja. Tentu abang ingat lagi masa kita keluar makan western food dulu habis abang muntahkan. Hanim sayangkan Abg…

3. Hanim ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Hanim minta dia jadi Imam. Hanim harapkan dia mampu untuk mengajar bakal anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Hanim sayangkan Abg…

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Hanim. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Hanim mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Bagaimana baiknya abang meminta untuk meminta bertunang dengan hanim hari itu dan dengan baiklah abang meminta dengan orang tua Hanim untuk memutuskanya.. Hanim tidak menuntut apa-apa pun dari abang.

Tetapi, jika Abg merasakan Hanim adalah bakal isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah datang ke bilik rehat Hanim bawakan makan tengahari kegemaran Abg, Kari kepala ikan.. air tangan Hanim.

Salam sayang,

Hanim

*****************************************

Dengan pantas kamal ke bilik rehat . Di situ berdiri Hanim bersama-sama hidangan makan tengahari kegemarannya. Dia tersenyum!
Benar, tiada tunang dan bakal isteri sehebat Hanim.

p/s

1.Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya..

2. Bila dah bertunang godaan syaitan adalah lebih dasyat untuk memisahkan. Kerana setiap perkahwinan berlaku syaitan akan menangis melihatnya.

3. Kepada gadis-gadis belajarlah untuk menjadi tabah seperti hanim.

Mahaguru J

Minggu nie pelatih baru sampai, semua ajk sibuk mengedarkan borang untuk pelatih-pelatih baru untuk memasuki kelab masing-masing. Di antara kelab yang ditawarkan adalah Kelab Taranum, Kelab Bolasepak, Kelab Komputer dan bermacam-macam kelab lagi.

Ketua jabatan masing-masing bermesyuarat untuk mewujudkan satu kelab baru di sekolah ini. “Kelab Silat”…. Tapi siapa gurunya…. Silat merupakan seni mempertahankan diri masyarakat melayu. Dan orang yang ingin menjadi guru mestilah mempunyai pengalaman dan memang layak untuk menjadi guru silat,,,



Dalam membincangkan hal ini aku teringat pada seseorang dikampung aku….. J namanya. Filem pendekar memang selalu dimainkan di TV 3 pada masa itu J selalu menonton filem-filem sebegini.

“J ko buat apa kat atas bukit nie” “tak ada buat apa jogging sahaja” J menjawab. Itu memang rutin harian J kami dah biasa dengan keadaannya yang selalu seorang-seorang jogging di atas bukit.

“Satu petang sedang bermain layang-layang di atas bukit… terdengar dan terlihat kelibat kanak-kanak sedang belajar ala-ala pendekar” kami merapati budak-budak tersebut. “Eh kamu belajar apa nie serentak je aku tengok, Silat ka” “Bukanlah kami belajar pendekar nie” Ia ke. “Siapa guru kamu?” “Adalah mana boleh bagi tau nanti kami kena belasah” walau dipaksa budak-budak tetap tidak ingin memberi tahu.

Persoalan wujud diantara kami “Siapa guru mereka ini”. Kami berpakat untuk mengintai keesokan harinya. Kami datang lebih awal petang dan mengambil port sambil pekena buah ceri. Dalam keasyikan pekena buah ceri tetiba kelihatan kelibat J seorang-seorang pergi ke tempat itu… kami hanya senyap dan melihat…. J membuka langkah berlatih seolah-olah pendekar…. Kami terkedu melihat J, di mana dia belajar semua ini. Setahu kami tak ada mahaguru di kampung kami.

Setelah sekian lama barulah kami tahu J mencipta sendiri pergerakan-pergerakan itu yang di tiru dari aksi-aksi pendekar di TV 3 dan banyak budak kampung yang mengikutnya.. Kami mengelarkanya Pendekar. Namun J memang seorang remaja yang agak mesteri, dia suka bersendirian dan pakaiannya ala pendekar… berikat reben merah di kepala, baju ala RYU Stright Fighter dan seluar panjang.

Pernah sekali kami balik dari sekolah J bergaduh dengan seorang budak entah dari kampung mana. J menggunakan langkah-langkahnya memang bergaya, bergaduh ala pendekar, menang dengan mudah dengan hanya 2 kali penumbuk dan satu tendangan lawannya sudah patah gigi dan menangis… memang J hebat…

Berbalik kepada perbincangan tadi Mahu saja aku mencadangkan J jadi guru mereka. Tetapi……. Dimana mahu cari J Lama sudah tidak mendengar berita mengenainya. Ia sudah 13 Tahun lamanya aku tak pernah berjumpa denganya. Rasanya dia sudah Jadi seorang Mahaguru sekarang ini. Akhirnya kata putus semua pihak bersetuju untuk mengambil mahaguru dari persatuan seni silat gayung disini.

Aku telah mangsa Tag oleh Nur. Kali pertama aku menjawab tag….. nasib soalan tak tahap pelik lagi.


1.If you can be an animal, what will u be?

Tentulah Haruan Tasek

2. If you robbed a bank, what you want to do with the money?

Enjoy…… sampai duit tu habis

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?

Arizona. Sebab sana banyak ikan besar.

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?

Tak akan tahu sampai matipun.

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?
Membunuh dilarang umat islam.

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why?

80 Tahun belum pasti lagik nie.

7. If you can date celebrities, who is that person? why?

Tentulah dengan orang kesayangan. Siapa orang tu? Rahsia. Kenapa? Dia pun tau kenapa.

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?

Saya banyak fikiran 1 tak cukup la.

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?

Tak ada le rasanya…..

Touch ‘n’ Go, SmartTag Dan Tunai


Tentu anda biasa dengan tiga perkataan diatas. Ya biasanya terdapat di semua susur keluar/masuk highway utara selatan atau lebih tepat lagi TOL.

*******
Sekumpulan remaja atau anak gadis bercerita…. Mereka bergelak ketawa. Tapi apa yang mereka sembangkan….. takkan nak menyampuk….kami lelaki, mereka perempuan.

Geng lelaki ingin mencuri dengar tapi tidak Berjaya. Namun geng lelaki hanya melihat senarai nama kelas ada pada sekumpulan gadis-gadis tersebut.

Geng lelaki tak puas hati terhadap geng wanita… sebagai ketua kelas hari itu Malik mengambil tindakan meleraikan perbincangan dan menyeru semua duduk di tempat masing-masing untuk mengulang kaji pelajaran Necluer Biological Cemical Defence.

Malik mengambil senarai nama dari seorang gadis di antara kumpulan tadi.. Malik bertanya apa ini? Geng perempuan memberitahu tiada apa.

Ya malik sebagai salah seorang lelaki membawakan nama itu pada kami untuk kami lihat. Pada kertas itu tercatat begini

1. Amir - Touch ‘n’ Go
2. Alias - Tunai
3. Badri - Smart Tag
4. Malik - Tunai

Dan seterusnya hingga habis semua nama lelaki. Tetapi apa maksudnya adakah kami ini laluan tol. Oh buntu melihat senarai itu. Aku tidak puas hati dengan di cop Tunai. Kenapa tak Touch ‘n’ Go atau Smart Tag. Namun Aku Berjaya membongkar rahsia kod itu melalui Aminah kawan sekampung. Aminah memberitahu maksudnya:

Touch ‘n’ Go – Seorang lelaki yang hanya berjehendakkan seorang wanita. Setelah dapat &*^$%$ ditinggalkan.

SmartTag – Seorang lelaki yang pandai berkata-kata mengayat. Boleh cair gadis bila mendengarnya

Tunai – Seorang lelaki lebih kepada berterus terang.

Sampai hati geng tu cop kami begini. Pada dasarnya tak ada pergaduhan pun berlaku. Namun kita boleh bezakan bahawa perempuan memang lebih pandai menggunakan keadaan sekeliling untuk mengata seseorang.. Lelaki pula sebaliknya. Adakah ia benar? Entah la sebagai lelaki saya akui lelaki lebih kepada straight to the poin aje kalau nak mengutuk pun… Perempuan saya tak tahu.

Itu Watakmu

“Kenapa dia tak nak makan nasi nie?” kalau makan pun sekali sekala sahaja. Tetapi sebut saja roti semua dia sapu. Adakah dia anak Mat Salleh? Tidak dia anak melayu”. “Memang lain sungguh tekak budak ini. Itu adalah antara ragam kanak-kanak masa kini, kita dahulu macam mana?


*****Fakta benar dari seorang ibu kepada anaknya*****




Ibu:Makan ka juga cucuku itu?
Anak: Tak mak kurang seleranya…. Makan roti baru dia kuat.
Ibu: Wah hebat cucuku makan pun pandai memilih… Kamu makan le pizza selalu?
Anak: Mana larat mak pizza hari2 mahal tu.
Ibu: Itulah dia… sifat mu masih kecil.

Si anak terpinga-pinga memikirkan “Itulah dia… sifat mu masih kecil” Apa maksud ibu?.

Balik 29 Tahun Lalu di antara 1980-1981

Sepasang suami isteri dan 2 orang anaknya berjalan-jalan di sebuah Bandar. Tetiba mereka melalui sebuah restoran… pada masa yang sama akan yang kecil bersuara “ Pa… haus ba aku nie mau minum.” Dengan segera si ayah mengambil Keputusan untuk singgah di restoran untuk menghilangkan dahaga.

“Namun taktik si kecil bukanlah untuk minum tetapi adalah untuk makan… “ia makan roti atau kek”. Si ayah bertanya ko mau makan nak” “mau tapi mau yang itu” jawab anak sambil jari menunjuk kearah kek yang mahal. “Si ayah menawarkan nasi di tolak… menawarkan roti yang jahu lebih murah di tolak… Namun anak kecil itu tetap bertekad nak kek yang mahal untuk di makan. Si ayah mengorbankan sedikit bajet untuk membelikan anaknya kek.

“Macam mana anak kita nie mau makan roti saja. Bukan mau makan nasi” kata si ayah kepada isterinya. “Entah la makan bubur pun endak mau” jawab si isteri. Mengenangkan anak kecilnya suka makan roti berbanding nasi, si ayah pun sering membelikan roti putih yang berisi kacang tanah yang memang menjadi kegemaran anaknya”

Anak: oh macam tu ka aku masih kecil…. Suka demand
Ibu: Ia…. Ko layan saja kehendak cucuku tu ya…
Anak: Baiklah mak.

Sambil tersenyum sendiri memikirkan anaknya yang tidak mau makan nasi sangat. Oh rupanya aku lagi teruk dari dia.

Inilah dunia hidup ibarat roda “Semasa kecil kita tak tahu apa kita buat pada orang tua kita. Bila kita menjadi ibu atau bapa kepada anak pula kita kekadang leka apa perilaku anak itu pernah kita lakukan kepada ibu bapa kita.
Namun sedih bila dengar kes-kes buang anak.

Adakah mereka yang membuang anak itu pun anak buangan?

Tidak sedarkah mereka bahawa ada insan yang memang memerlukan anak namun tiada rezeki?

Tidak sedarkah anak yang lahir itu adalah AmanahNya?

Bila nak habis dah larik tajuk nie….

Kini Si anak sedar bahawa anaknya sedang memainkan sedikit wataknya 29 tahun lalu.

Cintaku.....



Semua orang mempunyai kisah cinta tersendiri. Tentunya setiap insan di dunia ini memilih cinta yang terbaik terhadap dirinya. Namun tidak kurang juga ada insan yang malang kerana putus cinta atau cintanya ditolak.

*****

Din (nama samaran) adalah seorang yang pendiam dan rajin berkerja..... sebagai seorang bujang dia banyak menghabiskan masanya melepak bersama kengkawan di ujana Kewangan Labuan. Begitu juga Taufik (nama samaran) suka melepak bersama Din namun taufik agak aktif sedikit.

Di suatu masa mereka berkenalan dengan seorang wanita Suhaila (Nama samaran). Mereka berkawan rapat namun hanya sebagai kawan sehinggalah satu masa…..

Din berjumpa aku dan sapee yang tengah melepak di Padang astaka Labuan, dia bertanya pendapat dari kami “Kalau saya suka perempuan tu saya nak buat macam mana ya?” Kami memberi pendapat masing-masing. Namun Din memilih untuk menunggu sahaja masa sesuai untuk menyatakan cintanya kepada Suhaila…

Boleh dikatakan tiap-tiap hari Din dan suhaila berjumpa. Bagaikan pasangan kekasih. Namun sebenarnya Din belum lagi menyatakan cintanya.

Masa yang sesuai pun tiba Din melafazkan cintanya terhadap Suhaila… namun hampa cintanya ditolak….

Hari itu Din sedih… datang melepak dengan kami. Kami Tanya kenapa bersedih. Din menjawab dengan sedih “Aku tak sangka cintaku di tolak oleh Suhaila” tapi kenapa??

3 Bulan berlalu Din tetap menyepikan diri. Biasanya selepas waktu kerja dia akan berjumpa Suhaila…. Namun kini dia hanya melayan motor EX5 sahaja untuk meronda-ronda Bandar Labuan.

Tidak lama selepas itu kami di kejutkan dengan Taufik…. Dia memanggil semua orang yang berada dipejabat. “Kamu semua dijemput untuk menghadiri majlis Perutunangan”. Belum sempat Taufik menghabiskan bicara ada suara menyampuk “siapa bertunang”?

Hari yang dijanjikan Taufik telah tiba, kami beramai-ramai bertolak ke rumah Suhaila untuk majlis pertunanganya dengan Taufik. Din yang turut hadir tetap tumpang gembira kerana mereka bertiga adalah kawan.

Dalam majlis itu, masa bertunang yang ditetapkan adalah 6 bulan. Dan dijangkakan akan berkahwin pada Hari Raya ketiga.

Suatu malam di bulan puasa…. Selepas sembahyang taraweh kami biasanya akan melepak dibilik sahaja sementara menunggu waktu untuk sahur. Dalam lingkungan 11 malam kami dikejutkan dengan satu berita sedih “Taufik kemalangan, dan meninggal dunia semasa kemalangan".


Mengikut berita yang diterima Taufik yang pergi ke rumah tunangnya Suhaila meminta izin sebentar keluar membeli rokok. Namun masa itu taufik tidak memakai helmet dan terbabas di sebuah selekoh tajam. Hentakan di kepala menyebabkan Taufik meninggal dunia malam itu.

Semua rakan-rakan serumah bergegas ke hospital Labuan. Akhirnya kami dibawa ke bilik mayat dan sah la itu adalah mayat Taufik… Suhaila turut sama berada disitu… tentunya seorang tunang akan bersedih akan permergian tunangnya. Segala persiapan Suhaila untuk berkahwin dengan Taufik menjadi sia-sia.

Bulan yang sama juga kami menerima jemputan kahwin dari Din ia akan berkahwin pada hari raya ke 7. Hari raya ke 7 menjelma. Kami semua berpusu-pusu kerumah Suhaila untuk melihat persandinganya dengan Din.

Inilah dikatakan jodoh, Din kini memiliki 3 orang anak bersama Suhaila, Semoga mereka bahagia hingga akhir hayat. Kepada Arwah taufik kami sebagai rakanmu hanya mampu mengirimkan Al-fatihah dan kami doakan engkau ditempatkan diantar orang-orang yang beriman….. Amin.

Boeing 747



Sudah tentu anda pernah melihat Rancangan Dokumentari Air Crash Saluran 553 Astro setiap selasa. Banyak Kemalangan-kemalangan kapal terbang yang di tunjukan termasuk kematian Penumpang dan anak kapal sekali. Kalaulah keluarga anda terlibat pastinya kita sedih. Sebagai contoh cerita ini….

Cerita ini mengenai kawanku Abdi. Kota London 1982. Gembira kerana Abdi akan balik hari ini dari London… semua keluarga mara menunggu kepulangan Abdi yang baru habis belajar.

Seminggu sebelum Kepulangan


Ibu Abdi menelefon Abdi “Kau dah beli tiket ke balik”. “Sudah Mak sebulan yang lalu. Janganlah mak risau Abdi akan sampai tak lama lagi.”

Sehari sebelum kepulangan

Abdi bersiap-siap kemaskan barang ditemapt dia tinggal. Petang tu di sempat jumpa beberapa orang rakan yang belum balik ke Tanah Air untuk bersalam-salaman dan meminta maaf sekiranya ada salah silap semasa belajar kat London. Dia juga sempat jumpa beberapa tenaga pengajar untuk berbuat demikian.

Hari kepulangan Dilapangan Terbang Kat London(HEATROW)
Abdi chek in seperti biasa. Dibalai menunggu Abdi sempat menghubungi emaknya. Emak saya nak pinjam adik….? Pada masa yang sama connection failed.Emak Abdi tidak dapat mendengar permintaan Abdi. Dengan segera penumpang-penumpang Boieng 747 di panggil untuk memasuki kapal terbang.


Dalam Kapal Terbang

Seramai 255 penumpang yang akan bertolak ke kuala lumpur. Seperti biasa dalam kapal terbang sebelum penerbangan langkah-langkah keselamatan dalam kapal terbang akan diterangkan oleh Pramugari2 (yang cantik2) atau Pramugara2 (yang macho2). Penerbangan di jangka mengambil masa 20 jam dan akan singah ke beberapa destinasi lain sebelum Kuala Lumpur. Mereka dijangka akan tiba di Kuala lumpur pada 0925 pagi

Airpot Kuala lumpur Pada Hari Ketibaan

Saudara mara seronok menunggu Ketibaan Abdi.

Masa Yang Sama dalam Kapal terbang.

Jurumudi melaporkan kecemasan bahawa Boieng 747 tak dapat dikawal. Kapal terbang tidak dapat dikawal kerana kemudi dibahagian ekor terpatah yang menyebabkan saluran minyak hydrulax bocor sekaligus.

Keadaan didalam kokpit menjadi kelam kabut. Penumpang-penumpang turut berdoa agar selamat sampai ke distinasi. Tak kurangnya Abdi tetiba menjadi penik mengingatkan IBU dia mula hendak menangis…. Dalam keadaan kelam kabut Abdi ditenangkan oleh kawan yang duduk disebelahnya. Dia tetap terus menjadi panic begitu juga keadaan di Kokpit, Jurumudi berhempas pulas mengawal Kapal terbang.

Akhirnya setelah beberapa minit berhempas pulas mengawal kapal terbang. Kapal terbang Terhempas ke bumi. Kesemua 255 penumpang dan 10 anak kapal terbunuh serta merta. Keadaan senyap serta merta.

Airpot Kuala lumpur

Adik Abdi.. Asrul mendapat dahulu berita kemalangan ini. Dengan menahan sebak di dada,, Asrul merasa bersalah,, adakah ia hendak menyampaikan bertia ini kepada ibunya..

Kawan Asrul yang ada bersama cuba menenangkan Asrul dahulu agar dia tidak memberitahu ibunya dahulu.. namun Asrul nekad untuk memberitahu berita sedih itu.

Dengan hati yang waja Asrul berlari kea rah ibunya untuk memberitahu berita itu. Keadaan menjadi tegang. Abdi…Abdi….Abdi…..jeritan si ibu. Asrul bertambah sedih melihat keadaan ibunya yang Nampak seolah-oleh hesteria tetapi dalam keadaan yang terkawal.

Kawan-kawan yang ada turut membisu tidak berkata apa-apa.Abdi….Oh.. Abdi Jeritan ibu Abdi lagi sambil berkata kenapa boleh jadi begini “Terpatah Mak..terpatah” “Apa yang Terpatah Kata Si ibu lagi” “Ekor Kapal Terbang Mak”.

“Abdi kau memang nakal” Kata ibu lagi. Siapa kasih kau pinjam kapal terbang Adik kau nie “Kan dah bagi tau mak tadi nak pinjam Kapal terbang Adik, Mak tak dengar ke” Jawab Abdi. Itulah Abdi rakanku yang kena marah oleh ibunya kerana merosakan kapal mainan Adiknya Asrul. Kami yang ada disitu hanya melihat sahaja kejadian itu berlaku.

GAJI DAH MASUK KA


Gambar hiasan aje ya


GAJI + SUDAH MASUK KE = BIASA DI DENGAR

HARI GAJI + SEMANGAT PI KERJA = SEMEMANGNYA

DAPAT GAJI + BAYAR HUTANG = ITU PERLU

GAJI + ALONG = RM 1.00 SEBULAN


ULASAN

1. APABILA GAJI Kebiasaannya bila datang kerja member akan tanya Gaji dah masuk ke? sudah tau bertanya pula chek le sendiri.

2. Setiap bulan semua orang akan kena sindrom semangat berkerja. itupun hari gaji. hari lain.... malas le, monday blues la.... hantar anak klinik le.... macam-macam alasan ada.

3. Dapat-dapat je gaji kita perlu bayar hutang. sendiri mau ingat la. ini tak tukang minta hutang naik malu nak minta hutang... si berhutang selamba badak ajeee...buat tak tau nak bayar hutang.

4. Ada orang dapat gaji sama aje macam kita dapat gaji. tapi dia tak happy macam kita happy kenapa???? gaji 2500.00 along 2499.00 tak bayar mati tinggal le gaji seringgit kan

AKU SAJA JE LETAK ENTRI NIE SEBAB NIE AWAL BULAN TENTU SEMUA TENGAH SENGKEK KAN JADI TERIMALAH FORMULA AKU YANG MUNGKIN BERGUNA NIE

KERJA + AWAL BULAN + DUIT KURANG = CEPAT LA MASUK GAJI

HA..HA..HA...




Sejiwa

TAHUN 1991

ROUDY: “Ko tau tak, ada ba lagu kumpulan spring tu”

SALLEH: “Ia kah apa tajuknya”

SALLEH: “Ko Aruan tau ka lagu tu?”

ARUAN:“eh mana ku tau” (budak yang tak tau apa tentang dunia hiburan)

ARUAN:“Cuba ko tanyak si surianshah dia tu minat lagu-lagu rock nie”

ROUDY:“Aku mau hafal bah seni katanya. Nak masuk dalam surat” (surat jiwang le takan surat rasmi kot)

ARUAN & SALLEH: “Surat ??? Ko mau bagi siapa”

ROUDY:“Adalah…Rahsia… mana boleh bagi tau” (macam kami tak tau dia nak bagi si Linda budak non muslim tingkatan 1 tu)

ROUDY:“SURI kau ada ka seni kata lagu spring tu?”

SURIANSYAH:“Lagu yang mana satu?”

ROUDY: “Tu bah, yang lirik mulanya tu “Pada Irama Ku Berpesan”..kau tau ka?”

SURIANSYAH: “Oh Lagu SPRING, SEJIWA tajuknya.. ada nanti aku ambil dengan si Jumain”

Itulah antara 4 budak kelas Tingkatan 2C yang bersembang untuk mendapatkan lirik lagu SEJIWA kumpulan spring. Sambil menunggu cikgu geografi masuk untuk mengajar.

Suriansyah: “Roudy ini liriknya. Ko salin cepat 10 minit ja ko di bagi pinjam”

ROUDY: “kedekut punya jumain ada bagi pinjam 10 minit aje mana sempat mau salin nie”

Pada masa yang sama guru geografi pun sampai. Dan memulakan pelajaran seperti biasa. Seperti biasa cikgu menyeru kami mengeluarkan buku teks dan buku nota untuk menyalin nota.

Cikgu: “OK kelas kamu salin apa yang cikgu baca nie”
Pada masa yang sama Roudy menyeru aruan menyalin lirik lagu Sejiwa.

Aruan: Mana aku mau. Nak salin nota dulu nie

Roudy: Nanti aku salinkan nota kau. Ko salin je lagu tu dulu ya.

Aruan: Ok le.

Aruan menerima tawaran Roudy. Dengan seronoknya Aruan menyalin lagu sementara kawan-kawan lainya menyalin nota geografi. Tanpa di sangka-sangka dalam keasyikan menyalin lagu tetiba ada suara sumbang yang menegur “Awak salin apa nie”. “Ta..ta..ta ada apa cikgu”. “Cuba tengok”. “Penat mulut aku bebuih membaca nota ni, kau salin lain rupanya”. Malu oooooooooo… semua pandang ke arah aruan dengan muka bersalahnya…. Oh tidak..

“Ok kelas mari kita suruh aruan baca notanya”. “Ok aruan ko pi depan ko baca di situ”. Aruan dengan muka bersalah menuju ke depan tepat di depan meja seorang pengawas yang lawa “Kasmah namanya”. Eee..malunya dalam hati Aruan. “OK aruan ko baca nota awak sekarang”. “Baik cikgu” aruan menjawab bersalah.

Entah dengan irama apa entah membaca lirik lagu sejiwa budak darjah satu lancar lagi rasanya… pada…..irama….. ku…. Ku..ku..berpesan …… sekelas berkumandang gelak ketawa… aruan malu mata dah nak meleleh tapi control…… . Tetiba roudy menyampuk cikgu bukan dia yang salah saya yang punya nota tu… seorang rakan yang turut berjuang bersama-sama aruan.. “Oh ko punya nota ya. Ko mari sini ko baca pula nota nie. Roudy pun membaca dengan tona yang jelas tanpa tersekat-sekat (wah…kagumnya).

Ok kamu berdua duduk.. merasakan diri selamat dan hukuman telah tamat… Alhamdulillah. Tamat waktu geografi dan masuk waktu rehat. “Ok awak berdua tadi jumpa saya di bilik guru”…oh tidak ada lagi hukuman nampaknya. Aruan dan roudy pun terus ke bilik guru. “Hari nie kamu akan jadi model”. “Model cikgu??” “Ya model iklan. Jadi kamu tak ada rehat hari nie. Tunggu sekejap”

Dengan menulis nama Aruan dan Roudy pada kertas manilakat dan menggantungkanya dileher selama waktu rehat dihadapan bilik guru. Aruan dan Roudy menjadi model pada hari itu… oh tidak semua pelajar gelak melihat kami… hinanya aruan dan roudy rasa….. adus..tak boleh di terima….. ia tidak habis begitu sahaja


GAMBAR HIASAN DALAM AYAT YANG SAMA

[nota geografi + lagu sejiwa = Beruk......] eh tak silap ke formula nie


16 TAHUN KEMUDIAN (Tahun 2007)



“ha awak”…… sejiwa kan. Apa kena mengena aku dengan sejiwa, hampeh betul minah nie. “Saya le kasmah sekelas awak 2c dulu kan”. Oooooooo budak yang aku bacakan nota di depanya 9 tahun lalu. “Kau buat apa sini? tanya kasmah. Kerja sini le jawab ku. Tak ku sangka minah nie jadi rakan sekerjaku tapi unit yang berlainan. Sengal aku digelarnya “SEJIWA”. Untuk kenangan terimalah lagu “Sejiwa”.




Berbagai Perihal Duit

Contest Anjuran saudara Khairil's




Perihal Duit

Cerita Pertama

“Mak nak beli buku sekolah cikgu suruh….” Pinta seorang budak pada emaknya.

Duitduit..duit ko kira mak nie berak duit ka?” Jawab mak.

Ulasan:

Nampak tak permintaan budak itu beli buku semata-mata kena suruh, bila buku dah beli tak baca pun rogi aje.

Lihat pula Jawapan , wajar ka mak menjawab begitu??? Mak dia cakap macam tu sebab susah nak cakap atau panjang sangat nak buat si anak mengerti, bahawa duit susah di cari dan nak bagitau si anak jangan membazir.


Cerita Kedua

“Ko dah ada calon ke nak, bila lagi nak kahwin???” Tanya seorang ibu pada anaknya.

“Tak ada lagi le. Nanti le dulu malas nak fakir”. Jawab si anak

Ulasan:

Nampak pertanyaan si ibu. Biasa emak Tanya macam nie kerana nak menantu atau lebih senang tak nak anak mereja jadi bujang terlajak atau andartu.

Kita lihat lak jawapan si anak. Kenapa si anak jawab macam tu?

1. 1% memang tak ada pasangan

2. 5% memeng tak nak kawen

3. 5% Rasa terlalu awal

4. 89% Tak Cukup Duit nak Kahwin

Ini dari sumber kajian aje jangan percaya sangat.


Cerita Ketiga

“Geng boleh ka ko jamin aku nak beli kereta” Pinta seorang rakan.

“Uii..dah lima orang aku jamin endak boleh sudah black list sudah namaku” Jawapan diterima.

Ulasan:

Nampak tak permintaan seorang teman kepada temannya. Nak minta kawan jadi penjamin nak beli kereta. Kenapa kawan dia tak nak jadi penjamin??? Sebab kawan tak ada masyukkkkk….

Lihat pula pada jawapan. Patut ka jawapan tak masyuk akal macam tu di berikan?? Itu adalah alasan tak nak jadi grento. Nanti bila jadi penjamin takut2 si peminjam lari si penjamin lak kena bayar rogi lagi duit.

Lebih senang lihat video iklan yang biasa anda lihat dikaca tv yang memberi maksud sedemikian




Jangan lakukan begini di pejabat anda penat kawan atau bos nak cari.


Kesimpulanya banyak lagi perkara berlaku kerana duit. Duit memang sukar di cari tetapi senang untuk pergi. itulah perihal duit.


p/s:

Artikal ini dicipta untuk menyertai contest yang dibuat oleh saudara Khairil.. kenapa saya rasa saya perlu menang? alasan saya hanya satu; saya memang suka merapu dekat blog dari segi artikal mahupun cerita tetapi merapu yang boleh membuka otak pembaca… jikaya menang, saya mahu domain; haruantasek.com. Boleh buat blog rekaan sendiri ha..ha..