TAHUN 1991
ROUDY: “Ko tau tak, ada ba lagu kumpulan spring tu”
SALLEH: “Ia kah apa tajuknya”
SALLEH: “Ko Aruan tau ka lagu tu?”
ARUAN:“eh mana ku tau” (budak yang tak tau apa tentang dunia hiburan)
ARUAN:“Cuba ko tanyak si surianshah dia tu minat lagu-lagu rock nie”
ROUDY:“Aku mau hafal bah seni katanya. Nak masuk dalam surat” (surat jiwang le takan surat rasmi kot)
ARUAN & SALLEH: “Surat ??? Ko mau bagi siapa”
ROUDY:“Adalah…Rahsia… mana boleh bagi tau” (macam kami tak tau dia nak bagi si Linda budak non muslim tingkatan 1 tu)
ROUDY:“SURI kau ada ka seni kata lagu spring tu?”
SURIANSYAH:“Lagu yang mana satu?”
ROUDY: “Tu bah, yang lirik mulanya tu “Pada Irama Ku Berpesan”..kau tau ka?”
SURIANSYAH: “Oh Lagu SPRING, SEJIWA tajuknya.. ada nanti aku ambil dengan si Jumain”
Itulah antara 4 budak kelas Tingkatan 2C yang bersembang untuk mendapatkan lirik lagu SEJIWA kumpulan spring. Sambil menunggu cikgu geografi masuk untuk mengajar.
Suriansyah: “Roudy ini liriknya. Ko salin cepat 10 minit ja ko di bagi pinjam”
ROUDY: “kedekut punya jumain ada bagi pinjam 10 minit aje mana sempat mau salin nie”
Pada masa yang sama guru geografi pun sampai. Dan memulakan pelajaran seperti biasa. Seperti biasa cikgu menyeru kami mengeluarkan buku teks dan buku nota untuk menyalin nota.
Cikgu: “OK kelas kamu salin apa yang cikgu baca nie”
Pada masa yang sama Roudy menyeru aruan menyalin lirik lagu Sejiwa.
Aruan: Mana aku mau. Nak salin nota dulu nie
Roudy: Nanti aku salinkan nota kau. Ko salin je lagu tu dulu ya.
Aruan: Ok le.
Aruan menerima tawaran Roudy. Dengan seronoknya Aruan menyalin lagu sementara kawan-kawan lainya menyalin nota geografi. Tanpa di sangka-sangka dalam keasyikan menyalin lagu tetiba ada suara sumbang yang menegur “Awak salin apa nie”. “Ta..ta..ta ada apa cikgu”. “Cuba tengok”. “Penat mulut aku bebuih membaca nota ni, kau salin lain rupanya”. Malu oooooooooo… semua pandang ke arah aruan dengan muka bersalahnya…. Oh tidak..
“Ok kelas mari kita suruh aruan baca notanya”. “Ok aruan ko pi depan ko baca di situ”. Aruan dengan muka bersalah menuju ke depan tepat di depan meja seorang pengawas yang lawa “Kasmah namanya”. Eee..malunya dalam hati Aruan. “OK aruan ko baca nota awak sekarang”. “Baik cikgu” aruan menjawab bersalah.
Entah dengan irama apa entah membaca lirik lagu sejiwa budak darjah satu lancar lagi rasanya… pada…..irama….. ku…. Ku..ku..berpesan …… sekelas berkumandang gelak ketawa… aruan malu mata dah nak meleleh tapi control…… . Tetiba roudy menyampuk cikgu bukan dia yang salah saya yang punya nota tu… seorang rakan yang turut berjuang bersama-sama aruan.. “Oh ko punya nota ya. Ko mari sini ko baca pula nota nie. Roudy pun membaca dengan tona yang jelas tanpa tersekat-sekat (wah…kagumnya).
Ok kamu berdua duduk.. merasakan diri selamat dan hukuman telah tamat… Alhamdulillah. Tamat waktu geografi dan masuk waktu rehat. “Ok awak berdua tadi jumpa saya di bilik guru”…oh tidak ada lagi hukuman nampaknya. Aruan dan roudy pun terus ke bilik guru. “Hari nie kamu akan jadi model”. “Model cikgu??” “Ya model iklan. Jadi kamu tak ada rehat hari nie. Tunggu sekejap”
Dengan menulis nama Aruan dan Roudy pada kertas manilakat dan menggantungkanya dileher selama waktu rehat dihadapan bilik guru. Aruan dan Roudy menjadi model pada hari itu… oh tidak semua pelajar gelak melihat kami… hinanya aruan dan roudy rasa….. adus..tak boleh di terima….. ia tidak habis begitu sahaja
16 TAHUN KEMUDIAN (Tahun 2007)
“ha awak”…… sejiwa kan. Apa kena mengena aku dengan sejiwa, hampeh betul minah nie. “Saya le kasmah sekelas awak 2c dulu kan”. Oooooooo budak yang aku bacakan nota di depanya 9 tahun lalu. “Kau buat apa sini? tanya kasmah. Kerja sini le jawab ku. Tak ku sangka minah nie jadi rakan sekerjaku tapi unit yang berlainan. Sengal aku digelarnya “SEJIWA”. Untuk kenangan terimalah lagu “Sejiwa”.



