Cinta Dan Kawan






Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung…
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga…
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta…
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga…
Kenapa??
Kerana… KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang…
Kenapa??
Kerana… CINTA itu halus,
mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apa lagi dalam telaga yang gelap…
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana… KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia…kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI….
Walau kita bercinta, KAWAN tetap yang paling setia.

!!!!!!!!!!!!frenz never break…….…..

Koyo seekor katak......



Koyo adalah seekor katak ala-ala remaja. Ia di ajak oleh kawannya untuk berlumba memanjat menara telekom yang sangat tinggi berada dikawasan mereka.

Koyo telah bersedia untuk berlumba memanjat menara telekom pada malam itu. Ramai Penonton katak terdiri katak2 dewasa berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta... pada malam itu..

Perlumbaan pun dimulakan...

Namun Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa pelumba-pelumba akan berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada penonton yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!
Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

Ada juga yang mengatakan.."Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...

... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..


Penonton terus bersorak.."Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

...Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...

Koyo tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali koyo yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana koyo boleh melakukannya?

Seekor peserta bertanya bagaimana cara koyo yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan? …. Namun Koyo tidak menjawab… bertanya lagi namun tidak juga di jawab oleh Koyo…. Setelah di siasat rupanya si Koyo adalah Katak yang Tuli (Pekak)….. kesian si Koyo kan..


Kesan ekor Haruan

1) Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis... …kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu.

2) Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!

3) Dan yang penting Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!