Nota:
Nak tumbuh lumut dah tasek nie… maklumlah 3 hari tak di update tapi hanya memberi komen blog kengkawan yang sempat di terjah…
Toyol… sebut je pasal toyol macam –macam dapat dari komen yang lepas... e-toyol pun ada. Tapi ini bukanlah toyol yang dimaksudkan yang mencuri duit tu… ini toyol bijak punya tak leka..muncul time siang sahaja. Sudah menjadi tradisi di kolej ini apabila time ujian TOYOL (TOLONG ORANG YANG OTAK LEMAH) mesti ada disediakan biasanya 2 minggu lebih awal. Banyak teknik penyediaan dari menggunakan kertas hinggalah alat-alat lain yang sesuai dijadikan TOYOL. Diantara alat-alat yang digunakan untuk dijadikan toyol ialah Pembaris, Kotak Pensel, Pemadam, Lengan Baju, Plastik Ohp, Kasut, Seluar dll.
Allhamdulillah semua TOYOL yang lepas dapat ditumpaskan tiada satupun yang dapat masuk ke dewan peperiksaan.. Ketua Sekolah pun berpuashati terhadap ujian yang dijalankan.
2 Minggu Sebelum Exam
Aku : 2 Minggu lagi nak exam ni Dol macam mana ada sumber untuk dapat soalan bocor ke?
Dol : Soalan tak keluar lagi nie biasanya seminggu sebelum exam keluar le. Ko nak buat TOYOL ke
Aku : Yup.. ko nak juga ke.. aku buatkan sekali… tapi ko cari dulu bahannya.
Dol: Sekejap aku call En.K dia bahagian kawalan Mutu.. geng dia nie yang selalu keluarkan soalan.
Dol : En.K bagitau dia nak KFC Diner Plate kalau nak soalan bocor pengeras katanya..
Aku : Ok roger. Nanti ko ambil ya Dol.
1 Hari sebelum Exam
Aku : Aku dah siapkan toyol nie untuk esok… baik punya TOYOL
Dol: Wah ko guna plastik Ohp memeng tak perasan le kalau pakai nie… caya le geng
Aku : Ko kena gunting kecil-kecil nie Dol baru susun ikut no lagi mantap
Dol : Ok…ok
Hari Exam
Penjaga Exam : Ok kelas sebelum menjawab soalan anda diberi peluang sekali lagi untuk membersihkan diri dari bahan yang boleh dianggap kamu meniru dengan menggunakannya. Kamu akan dikenakan tindakan tatatertib dan digagalkan exam sekiranya tertangkam
Exam pun bermula… membuat gaya biasa mulanya menjawab mana yang tahu dahulu.. 30 minit berlalu Toyol-toyol telah mula beroperasi.. boleh dikatakan 90% pelajar pada masa itu menggunakan toyol..
Oleh kerana otak aku lemah aku nekad gunakan toyol yang aku buat.. aku letak toyol di atas meja memang tak kelihatan dan tak perasan sesiapa yang melihat secara kasar..
Aku keluarkan satu persatu toyol yang telah aku gunting kecil… eh kenapa nie?
Aku lihat toyol yang aku buat tak sama dengan soalan…
Sampai hati En.K bagi kami soalan yang salah….
Selepas Exam
Dol : Ko buat Toyol Apa nie Geng
Aku: Mana aku tau, ko le bagi soalan
Dol : Ini semua angkara En.K
Aku : Jom Kita Repit Kat En.K
Dol : Ok tgh hari nanti
Tgh Hari
Aku dan Dol pergi ke pejabat Kawalam Mutu
Dol: Asalamualaikum kak leh jumpa En.K
Kakak Kaunter : En.K… ada tadi lalu sini tunggu le sekejap
Sambil menunggu aku melihat keadaan sekeliling keadaan pejabat tetiba aku lihat sesuatu yang membuat aku jadi lagi bodoh… aku pun mengajak Dol pergi dari situ…
Aku : Dol ko kenal En K bila.
Dol : Baru lagi le
Aku: Ko mau tau ke Dol dah le TOYOL makan tuan… Maca Cleaner dah tipu kita le Dol
Dol : Apa Maca Cleaner Tipu Kita… Siapa?
Aku : En.K le Dol.