13 Tahun Ku Disini

Gambar Hiasan Semata-mata




Dah 13 Tahun lamanya
Ku Mencari Rezeki disini
Ya memang aku adalah antara yang bertuah ada disini

Aku bersyukur kerana terpilih kesini
Sedang aku adalah orang yang tak layak sebenarnya
Namun sudah rezeki aku berada di sini

Ku ingat lagi 13 tahun lalu
Semasa aku temuduga perkerjaan ini
Dengan berbekalkan kelulusan SPM 3

Ku lihat sekeliling
Ramai insan yang datang untuk tujuan yang sama
Mencuba nasib dibidang ini

Nampaknya giliran aku dah tiba
“Awak semuanya Ok Cuma satu awak tak layak Berat awak kurang 2 Kg.”
Satu pernyataan yang membuat aku gementar.

“Awak tak layak untuk menyertai kami”
Aku hampa mendengar keputusan itu.
Namun sudah memang rezeki

“Awak… diberi peluang kedua. Selama 2 bulan ini sebelum ke kota kinabalu tambahkan berat badan awak sehingga cukup” tahniah kami pilih awak untuk pemilihan akhir nanti”
Satu kenyataan ringkas yang mungkin mengubah nasibku

“Macam mana temuduga” Tanya ayahku
Lulus, Cuma tak cukup berat 2 KG kataku.
“Jadi tidak diterima le?” Tanya ayahku lagi

Terima… untuk ke pemilihan akhir tapi bersyarat
Apa syaratnya? Kena cukupkan berat 2 kg lagi
Tak apa biar ayah usahakan

Bermulalah misi Ayahku
Misi 2kg untuk menambah beratku
Tentunya ayah mempunyai teknik tersendiri

“Mula hari ini hingga hari temuduga kau kena makan ini!!”
Apa? Ubi kayu mana larat nak makan hari2 nie
“Jangan membantah kau kena makan juga”

Ayah berusaha mencari ubi kayu
Untuk menjayakan misinya
Sedang aku terus berkerja dikilang seperti biasa

Hari yang dinantikan telah tiba
Aku perlu ke Kota Kinabalu untuk pemilihan
Kami berkumpul menunggu bas untuk kami ke Kota kinabalu

Ku lihat ramai ibu bapa yang turut menghantar memberi sokongan
Termasuklah aku….
Mak….Aku pergi dulu
Ayah…. Aku pergi dulu

Aku tak heran mak menangis dah naluri seorang ibu
Buat pertama dan terakhir kalinya
Aku melihat Ayahku menitiskan Air mata
Mungkin itu air mata gembira

Kini ku telah tiba di kota kinabalu
Kami dikumpulkan dari kesemua daerah
250 orang semuanya. Bermain difikiranku tipisnya peluang untuk lulus disini

Daripada 250 hanya 30 terpilih 25 lelaki 5 perempuan
Aku adalah seorang daripadanya
Aku bersyukur… dan kini sudah 13 tahun aku berada disini.

p/s

1 Setiap kejayaan kita pasti mempunyai sokongannya. Bagi yang masih bujang tentulah orang tua adalah tiang sokonganya. Bagi yang dah kahwin tentunya suami atau isterinya sebagai tiang. Ibarat mendirikan rumah tiang diperlukan untuk menyokong pembinaan itu. Penyokong ini adalah watak utama dalam memberi semangat kepada seseorang untuk kedepan.

2. Bagi yang hidup bujang diperantauan… jadilah penyokong kepada teman anda.

3. Ku ucapkan selamat hari ayah kepada Arwah ayahku… pengorbanan mu sentiasa terpahat didadaku.

4. Jangan mudah lupa diri kekadang sesuatu yang kita tidak suka itu le yang boleh menolong kita.

38 Tukang Komen:

nuyuljana said...

fuh.

da keje 13 tahun.

i wonder how old r u now.

ha ha.

June 15, 2009 9:14 AM  

selama ari bapa. err..ade kena mengena ke.hehe

June 15, 2009 9:17 AM  
khaiza said...

dah 13 tahun bekerja..sedih lah baca pasal bapa..bapa selalu tak tunjuk perasaan sebenar..

June 15, 2009 9:41 AM  

selamat hari bape..
13tahun 2 lama.. aku kerja 7bulan je ritu. n sekarang ngah sambung bljr ag. hehe

June 15, 2009 9:53 AM  
uja said...

13 thn?..dah bape ye umur awk ni..huhu

June 15, 2009 10:08 AM  
AiE bAhRi said...

Tahniah!
good achievement 13 years old..
btw, happy fathers day..entri bro membuatkan air mata saya berkaca kerana tahun ni buat pertama kali saya tidaka dapat menyambut hari bapa bersama bapa tersayang..

June 15, 2009 10:12 AM  
KhairiL's said...

setiap pengorbanan pasti ada hasilnya kelak
cuma lmbat atau cepat je

tahniah la sbb dh 13 tahun kerja disitu

June 15, 2009 10:32 AM  
babymiLosh said...

yupp.. setiap sesuatu yg kita lakukan mmg mengharapkan dan memrlukan sokongan org lain kan...~~~ 13 tahun... lama tu... tahniah2.. =)

June 15, 2009 11:08 AM  

kalo dh rezki xkemanepn..
sumenye kuase allah..=)

June 15, 2009 11:39 AM  

eh,keje pe ni??
selamat hari bapa..

June 15, 2009 11:44 AM  
ticnube said...

haa baru dpt coment..heheh...:P dah bape umo nih..ha... 30 kot...:P

June 15, 2009 11:45 AM  
nenek™ said...

xbosan ke keje?huhu..

June 15, 2009 11:58 AM  
aduka said...

demo kijo gapo wes?
cam best je..

June 15, 2009 12:43 PM  
Aizat said...

em, cite kt atas tuh kisah benar la?
agk touching lorr..bace sambil salji2 luruh dkt blog ni mmg tak tahan abish!

June 15, 2009 12:58 PM  

adeiii..anda membuatkan saye berase sadis...aduiiii...dah gelabah neh rase nak balek meysia lak...sob..sob...

June 15, 2009 1:46 PM  
miss izan said...

selamat hari bapa..
syahdu...

June 15, 2009 2:12 PM  
puspawarna said...

urmm...
lmenyer kje c2...
terserlah kesetiaannyer 2...
btw, slamat hari bape kpde2 bape2 skalian....

June 15, 2009 2:31 PM  

13 tahun dah?lama dah..i rasa umur u dalam 35!btw, ur story really touching my heart..

June 15, 2009 3:22 PM  
xuen adyla said...

semoga 13 tahun itu akan bertambah
semoga anda makin gembira dengan kerja anda
semoga juga dilimpahkan rezeki dan diberkati allah selalu

semoga 13 tahun itu disyukuri atas segala nikmatnya
semoga 13 tahun itu menjadi kenangan indah selmanya

doa dari xuen :)

June 15, 2009 3:23 PM  
anak laut said...

salam..
wah...sungguh bermakna entri kali ni kapten..
dah lama keje ..cetelah pengalaman keje kapten tu.

p/s: puisi nak jual kat mana? laku ke kapten.?

June 15, 2009 3:56 PM  
Fadhlah said...
Dhada said...
QueenWizza said...

wah 13thn.. lamanyeee...
huhu. n3 yg agak mengharukn..

June 15, 2009 4:52 PM  

Uiiii lame tueee .13 taun tueee..hehe

June 15, 2009 5:00 PM  

hai..hepi fathers day..!!

June 15, 2009 6:19 PM  
asis said...

anda diminta amik award ye..

June 15, 2009 7:47 PM  

wah..mesti otai kt office tu kn??
ehehehe~

June 15, 2009 8:04 PM  
NuR said...

haruan tasek ni keje ape ek..
lama dah tu keje..

June 15, 2009 8:14 PM  
CaPiQa said...

al-fatihah untuk arwah bapamu.

kamu ni buat mata saya merah! huhu..

June 15, 2009 10:37 PM  
ARYN said...

gmbr 13 tu kalu x aku nak letak untuk bday aku yg jatuh pd 13 june. nasib xltk sbb ko dh letak.hehee

June 15, 2009 10:37 PM  
GRuNGe said...

Kapten, saya sedekahkan al-fatihah kepada arwah ayah kapten sempena ulang tahun kelahirannya.

Wah, sudah 13 tahun. Aku tak pandai berenang, kalau tak, aku pun teringin nak pakai seragam putih.

June 15, 2009 10:39 PM  

sume org trtnye2 ne..brape umr...ke kna pgl pk cik da ni..haha

June 15, 2009 11:32 PM  
anak laut said...

terima KASIH sudi singgah....

June 15, 2009 11:48 PM  

selama 13thn bekerja d tmpt yg sama?mantap ar..
rindunyer kat gunung kinabalu..huhu..
insyaAllah, ada peluang nnt akan ke sana lagi..

June 15, 2009 11:50 PM  

ubi kayu memang sodap

June 16, 2009 2:06 AM  
Tirana said...

Tahniah! 13 tahun...tentu dah banyak pengalaman yang dikutip...Pengalaman yang amat berharga...

June 16, 2009 7:46 AM  
anonymous said...

ak tertarik dengan soal mahu naekkan berat bdan.. ak pun cuba naekkan jugak.. ubi kayu tu menjadi ker? aku dah cuba susu dutch lady.. kurang berjaya.. weight gain.. sedikit berjaya tapi turun kembali.. mahal plak tue.. ak cuba makan tambah.. setiap kali mkn mest tambah secara paksa. naik 4 kilo.. berjaya sikit.. huhu

June 16, 2009 8:13 PM  
catz_mafia said...

Haruan,
Ko bukan cikgu ke? Nape kena tambah berat badan? Amik je berat badan aku ni.. baru aku bleh kurus skit... hehehe

June 21, 2009 3:58 AM