Misi 2KG dan Ubi Kayu



Ini adalah kesinambungan dari N3 13 Tahun Ku DiSini
Ya Misi 2Kg adalah misi Ayahku
Misi Selama 2bulan untuk Menambah berat Badanku

Tentunya setiap misi mempunyai rancangannya
Peralatan untuk menjayakan misi
Dan juga cara melaksanakanya

Rancangan yang memang diatur khas oleh ayahku
Dengan hanya menggunakan peralatan Ubi Kayu dan Periuk
Dan sememangnya aku tak berapa suka ubi kayu
cara perlaksanaanya adalah paksaan kepada aku.

Aku seorang pekerja kilang yang tak tentu masa berkerja
Seminggu siang dan seminggu malam
Berat badan pun sukar untuk dinaikkan
Mangkin turun lagi ada

Aku berbadan kurus
Bagi yang melihatnya aku memang tak layak untuk Jawatan bakal di pohon
Namu rahsia itu disimpan agar tiada suara sumbang mengata
Tentunya kampung ku banyak pemberita tak bertauliah….

Apabila ku kerja siang aku akan dibekalkan dengan Ubi kayu disebelah pagi
Apabila ku kerja malam ubi kayu menjadi makan petang ku
Itulah rutin Paksaan oleh Ayahku
Dan pelbagai menu ubi kayu ku kenal masa itu

Tentunya untuk mencapai satu misi bukanlah mengambil masa yang singkat
Kini sudah sebulan berlalu.
Aku timbang semula beratku
0.6 kg sahaja yang naik
Misi ayah ku…. Nampak seolah-olah tidak Berjaya

Adakah ayah menggunakan strategik lain….
Tidak ia tetap dengan pendiriannya
Untuk menjayakan Misi 2 Kg
Bagaikan seorang pahlawan yang merancang strategik peperangan dimedan pertempuran

Aku dah memang targetnya
Aku adalah Mangsanya
Aku juga adalah matlamatnya
Adik-adik aku tidak terlibat dalam misi ini, mereka hanya makan kalau suka… tetapi wajib bagi aku
Dah semestinya rutin memakan ubi kayu kini lebih padat

Kalau dulu rutin setip pagi atau setiap petang
Kini setiap Pagi dan petang
Siap tapau lagi untuk dibawa ke kilang
Bagi yang di bawa ke Kilang aku selalu bagi Kawanku Laming
Seorang pencetus minda hidupku

2 Bulan telah cukup... Kini pemilihan akhir aku di Kota Kinabalu
Syok aku tak lagi makan Ubi kayu
Sesi pemeriksaan tubuh bermula
Aku menjejak kaki ke alat penimbang.. 47.6 Kg
Oh tidak kurang 0.4 Kg

Namun bak pepatah setiap usaha pasti ada hasilnya
Orang yang sama memberiku peluang tempoh hari menjaga tempat itu
Wah tak dapat 2 kg naik 1.6 sahaja….Bagus itulah suara En Ishak
Tak pa saya letak sini 48.5 Kg … Semoga Berjaya

Aku tidak percaya… Aku Berjaya dalam Pemilihan akhir peringkat pertama
Ini bererti Misi 2KG Ayahku Berjaya
Terima Kasih Ayah (Pengerak Misi)
Terima Kasih Ibu (Pembantu Menjayakan Misi)
Terima Kasih Sahabatku Laming (Pembuka Pintu ke arah tuju sebenar)
Terima Kasih En Ishak (Simpatimu membawaku ke arah ini)

P/S

1. Ubi kayu sedap di makan. Ia juga adalah makanan yang baik untuk menambahkan berat badan. Sekiranya dimakan dengan betul Berat badan akan naik dengan cepat. Saya dulu banyak makan ubi kayu secara paksaan tu berat naik sikit sahaja.

2. Setiap usaha pasti akan membuahkan hasil walaupun sikit namun impaknya terhadap penerima hasil adalah sungguh bermakna dan di hargai contohnya En Ishak. Dia minta 2 Kg, Aku bagi 1.6 Kg tetapi dia puas dengan usaha untuk menaikan berat badan ku.

3. Jangan mudah cepat mengalah. Walau pun pada pandangan kasarnya kita akan kalah… sebab kita tak tahu akan berlaku 1 minit akan datang…1 hari akan datang dan seterusnya.

43 Tukang Komen:

nuyuljana said...

hehe.

ni petua nak naikkan berat badan.

ade petua nak turunkn berat bdn x?

June 16, 2009 9:27 AM  

aku suka rebus2 gitew

yang muda2... lembuttttttttttttttttttttttt

June 16, 2009 9:43 AM  
ayong said...

aha, bgs2 nye tip, dismpg tip terselit moral!

hehe~
:)

tp, bg la petua nk kuruskan bdn.

dah diet tak krg2 gak berat neh

aiyooo!

June 16, 2009 9:45 AM  
KhairiL's said...

apsl ko kurus sgt masa tu

June 16, 2009 9:48 AM  

ubi kayu bleh naikkan berat badan ek?bleh try la..

June 16, 2009 10:19 AM  
Tijah said...

kau makan la haruan tasek lebih2 sket. heheheh

June 16, 2009 10:29 AM  

keledek goreng sedap lar..hihi..tahniah kepada haruan tasek..usaha membuahkan hasil

June 16, 2009 10:36 AM  
AiE bAhRi said...

Cerita ubi kayu ni menarik..
terselit bayak pengajaran..

Bestkan kalau makan ubi kayu rebus cicah dengan sambal ikan bilis..hehehe

June 16, 2009 10:36 AM  
Aizat said...

aizat pown penah cube gune ccara ni tapi tak kekal lame psl tak ske ubi kayu..
hehe..

June 16, 2009 11:04 AM  

dulu ade le jgk mkn ubi kayu..skng tudak lagi..laling beli fries je utk kami...hehehhee

June 16, 2009 11:13 AM  
tuntung said...

skrg ko dah ok ke?err klu aq ni cmne ek?xmau naik pon..klu aq mkn laju je dy proses..hahaha..anyway,berat aq skrg lagi power dpd ko..50 kg~lalala~

June 16, 2009 11:27 AM  
oMMy fiRuz said...

ubi kayu goreng cicah sambal belacan, pastu minum air kopi..pergh!..sedap x hengat

June 16, 2009 11:36 AM  
miss izan said...

sungguh kena ngan aku entri ni!
ok izan!
usaha lg!
ececeeee...
over plak aku ni...
hik3~

June 16, 2009 11:49 AM  
babymiLosh said...

ubi kayu cicah ngan sambal!! pehhhhh...
sedapnyerrrrrrrrrrrr~~~
then skali ngan teh o panas.. fuhh.. complete!

June 16, 2009 11:51 AM  
Masy said...

waaa org nk turunkan berat badan, dia nk naikkan ye. tp msa sy kurus kering dulu mmg nak sangat berat badan naik.

skrg dah menyesal. huwaaaaaa :((

June 16, 2009 11:53 AM  
ticnube said...

btOLlllllLL jgn mudah pts asa..:P

June 16, 2009 11:57 AM  
aduka said...

makan pon sodap, kentot pn sodap!
hahahaha =P

June 16, 2009 12:33 PM  
mynamyra said...

oo..cmtuh ek?
huhuu..
salu mkn ubi kat kg je,,

June 16, 2009 12:49 PM  

lama tak mkn ubi kayu..nyum nyum bessttt

June 16, 2009 12:51 PM  
zetty said...

ari2 mkn ubi...x muak ke??..x jemu ke??..ish..klu sy..adoii..x snggup...huhuhu

June 16, 2009 12:54 PM  

.uishh nk soh mama rebus ubi kayu laa
.pastu makan ngan smbal tumis ikan bilis
.nyum3..
.yummy! :)

p/s : mne nk cri ubi kayu neh? uwaaa~

June 16, 2009 12:59 PM  
Dhada said...

Terasa nk mkn ubat rebus pulak skarang :P

June 16, 2009 1:39 PM  
xuen adyla said...

wah terasa
footnote tu menusuk jiwa
i akan try my best sir
i will never retreat no matter what come my way

June 16, 2009 1:49 PM  
izman said...

kenapa ko nak tambah berat badan? ko nak jadi ape yer? tak kan incridible hulk kot.

aku suka ubi kayu rebus.

June 16, 2009 3:26 PM  
anak laut said...

salam....kapten.

ubi kayu banyak jasanya kepada penduduk negara kita di zaman jepun dulu..

p/s: anaklaut senyum lebar bila dikatakan dilamun cinta..:))

June 16, 2009 6:09 PM  

wa ari2 mkn ubi kayu cam zaman penjajah lak..hehehe...tp skang susah nk cr da...best nyer kalo dpt mkn...

June 16, 2009 6:39 PM  
||alis|| said...

sejak rumah baru kamu nih dibina, ku macam bagai bercinta btol nak letak komen, ngeee.. ;p

June 16, 2009 7:21 PM  
GRuNGe said...

Kapten Ubi Kayu. ;) Bagus bagus bagus.

June 16, 2009 7:51 PM  

haruan ni org nk kuwos dia nak naekan bdn pulok =P

June 16, 2009 9:00 PM  

haha~
boleh la nk guna petua nie.
:p

June 16, 2009 9:06 PM  
Precious said...

Hih baru kutahu ibu kayu boleh menaikkan berat badan. Tak sangka!

June 16, 2009 9:23 PM  
Fadhlah said...

aik..mana komen aku da...

June 16, 2009 9:37 PM  

pergh...misi awak berjaya!
tahniah eh...teringin nk tahu
kerja aper yg awak involve
sampai berat bdn awak kena naik kan?
hehe...

June 16, 2009 9:50 PM  

wah...
xsangke!!
ubi kayu bleh naikkn bert bdn!!

June 16, 2009 10:01 PM  
mamai said...

ubi kayu bukan sahaja sedap di makan malah ia adalah salah satu produk yang di gunakan untuk membuat plastic biodegradable yang mesra alam...barang siapa yang adatanam banyak ubi kayu boleh jual untuk buat produk ini

June 16, 2009 10:12 PM  
arang67 said...

aku plg suka ubi rebus pastu cicah ngan gula..pergh...heheh

June 16, 2009 10:22 PM  
q i L L said...

nk ubi rebus!!!
nk tmbh brt bdn. hehe

June 16, 2009 10:49 PM  
puspawarna said...

x ske laaa ubi....
ley tmbah berat bdan...
takutnyerrr.....

June 16, 2009 11:11 PM  
asis said...
Tirana said...

Ibu saya selalu cerita, pada musim pemerintahan Jepun dulu, makanan asas mereka ialah ubi kayu. Saya suka ubi kayu rebus di salut dengan gula dan kelapa parut dan juga ubi kayu bakar..Aduhhh...lamanya tak makan ubi kayu.

June 17, 2009 5:23 AM  
[Q.e.M.a] said...

ubi kayu?
erks..xske sgt la
ubi batu sedap kot
hehe~

June 17, 2009 6:20 AM  
Leeza Rule said...

Saya suka ubi kayu..suka sangat segala jenis ubi..sampai sekarang..sampai nama timangan saya UBI...

June 17, 2009 2:52 PM  
catz_mafia said...

Haruan,
Tips turun berat xde?

June 21, 2009 4:04 AM