Hangat blog-blog terkini berdebat, bersembang pasal bola. Terutamanya tentang MU vs BARCA pagi tadi. Dan yang pasti jawapan telah terjawab BARCA menang bergaya tampa balasan 2-0. (Horreyyyyyyyy Penyokong BARCA). (Muka Chuak Penyokong MU). Dan yang pastinya Aku penyokong tegar Valencia atau Chelsea. Jadi pagi tadi aku tonton aje tak juga Horrey tak juga Chuak.
Teringat ku zaman kanak-kanak, Zaman itu kami memang suka main bola. Aku minat sangat bermain bola nie, tapi aku bukan le star atau pemain bola peringkat mana2 pun. Cukup sekadar wakil kampong aje la.
Kalau penyokong boleh bergaduh apatah lagi pemain. Itulah yang berlaku pada kami dahulu. Kg Tg Batu Tengah Vs Kg Tg Batu.
Dipagi sabtu yang indah… sedang seronok bermain Chikong, dan bermain Humban…… Hamatan datang. Hamatan merupakan pemain bola dan wakil sekolah SMK TAWAU masa itu. “Ok geng petang nie kita lawan bola dengan kampung sebelah (Kg Tanjung Batu)”. OK jawab kami semua yang ada.
Pagi berganti petang. Kami sekumpulan pun bergerak ke padang bola yang dijanjikan. Kesebelasan utama kami pada hari itu ialah…… Hamatan selaku kapten, Kahar, Mansur, Tanggarung, Zali, Rahman, Apek, Aku, Zainal, Jenal, Rais dan beberapa orang lain.
Ibarat perlawanan akhir hati berkobar-kobar untuk menang. Tapi tempat kami bermain bola tak le se standard padang bola. Hanya padang tanah merah bertiang gol kayu (Kg tak ada peruntukan nak buat padang bola agaknya . untuk ketua kg Tg Batu ambil parhatian)

PADANG BOLA TANAH MERAH SEHINGGA KINI
Kekalahan seperti pasukan MU kami terima… wo malu, hati membuak, geram, dendam, + hasutan syitan maka terjadilah satu siri pergaduhan dipadang tersebut. Pergaduhan terhenti kerana campur tangan orang-orang lama (Orang Tua) kg tersebut dengan mengusir kami pulang… Woooooo sedih wo kalah……
Namun pengalaman itu cukup mengajarku bahawa bermain bola… penyokong bola boleh menyebabkan pergaduhan, pembunuhan dan sebagainya kalau dah fanatik sangat.
Jadi pada peminat2 bola dan pemain2 bolah kalau dah kalah bersabar le ya.......