Ketagih…….

Sheee..huspppppp…. Sheee..huspppppp

Bunyi hisapan. Seperti suatu benda yang dihisap.
"Bagi bah aku sikit? Dimana kau beli nie", kata kawan Haruan yang tengah menikmati kenikmatannya di atas bumbung bangunan.

"Beli le sendiri", kata haruan… “Susah bah barang nie mau dapat. Sudah le mahal. Aku beli dengan budak tu RM 20.00 sikit je nie.Dalam hati haruan “Kacau je mamat nie, aku tengah menikmati benda nie”

Itulah aktiviti Haruan setiap malam sebelum tidur. Sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk menikmati benda itu di atas bumbung.

Benda tesebut adalah barang larangan. Namun, dia pernah juga ditangkap beberapa kali bersama rakanya. Namun diberi amaran keras menjalani hukuman pemulihan dan dibebaskan. Namun rasa ketagihnya, tidak dapat mengelakan dia dari membeli dan kena lagi benda tersebut.

Suatu hari...

Hari itu hari sabtu. Duduk tak tenang. Menunggu malam pun terasa seksanya. 1 minit bagaikan 1 jam lamanya. Sepatutnya dia pergi menonton TV atau bersantai bersama dengan rakan2. Namun, dia perlu melepaskan rasa ketagihnya terhadap barang berkenaan.

Haruan berpura2 ke surau atas bumbung untuk membersihkan surau. Surau habis di bersihkan semata-mata mengaburi mata-mata yang membuat penyeliaan dikawasan tersebut. Semua orang sudah tiada. Inilah peluang yang dinanti-nantikannya.

Dia bergerak kearah port biasa di atas bumbung bangunan. Memerhatikan ke kiri dan ke kanan. Mengeluarkan benda itu untuk dinikmati. Tetiba … eeeeee kau dol terkejut aku kira siapa tadi… “Boleh Kongsi Benda Tu” kata DOL. Ko duduk je diam2 disini nanti aku bagi ko

Sementara Haruan dan dol tengah menikmati barang tersebut... “JANGAN BERGERAK!!! ANGKAT TANGAN. SEGALA PERCAKAPAN ADALAH DIKIRA SEBAGAI KETERANGAN ANDA”. Bawa sini benda tu.

Haruan dan Dol dibawa ke bilik siasatan…. Dah berapa kali aku terangkan jangan kena benda nie lagi. Haruan ini dah kali ketiga ko tertangkap. Apa lagi alas an ko nak berikan. “Aku hanya tumpang sekaki je. Ini haruan punya” kata dol.

Sebagai pemulihan awak berdua dikenakan commando rest selama sejam. Dan ini adalah amaran terakhir untuk awak berdua. Tapi bagi haruan dah 3 kali amaran terakhir baginya itu juga hukuman yang dia dapat. Mereka di bawa ke tempat terbuka untuk diberitahu kepada anggota2 lain. “KAMU JANGAN IKUT JEJAK MEREKA BERDUA INI. ADA SESIAPA LAGI YANG TERTANGKAP HUKUMAN PEMULIHAN LEBIH BERAT SAYA AKAN BAGI. INILAH AKIBATNYA MENGHISAP.. ROOOKKKKOOOKKK SEMASA LATIHAN. KAMU HISAPLAH SAMPAI PENUH MULUT BILA HABIS LATIHAN NANTI.”



COMMANDO REST

ITU benda larangan semasa menjalani latihan dahulu. Tapi kini tidak lagi. Harga pasaran semasa latihan dahulu adalah RM 20 sebatang. Pelatih2 biasanya berkongsi duit untuk mendapatkan sebatang rokok. Moralnya walaupun harga rokok naik tetap juga rakyat Malaysia tidak akan merungut membelinya……. Ha…ha…ha…

24 Tukang Komen:

mira amair said...

uik..sakit pala woi wat camtu..!!!

May 29, 2009 12:06 PM  
sharamli said...

ngeri tgk dy0rang wat cmtu...leh migrain x?hua3

May 29, 2009 1:19 PM  

cool la wat camtu..hahaha..

May 29, 2009 1:37 PM  

cool la wat camtu..hahaha..

May 29, 2009 1:37 PM  
oMMy fiRuz said...

fuiiiyohh..hukuman yg sexy gitewww..ahaks!

May 29, 2009 2:10 PM  

ehmm..menyampah!! Rokok punye pasal apa² pun sanggup!!! ishhh..x sior teman..nsb baik laling I x smoking..kalo tak I denda mcm tu gak!!! Hahahaha!!

May 29, 2009 2:23 PM  
joegrimjow said...

best ni
komando terhebat

May 29, 2009 2:56 PM  
ayong said...

susah kan kalau da ketagih rokok? hahah~

May 29, 2009 3:38 PM  
ez said...

hebat sungguh pegangan rokok ni ek..hehhe

May 29, 2009 3:54 PM  
nuyuljana said...

erk!

gilew ar.

bole patah tengkuk.

-_-"

May 29, 2009 4:06 PM  
ejdeejasmi said...

camner nak bgtaw kalau nk bg pape..anda tidak mempunyai shou out..hihii..tapi jgn lupa ambik cenderahati dr emi...sebelah kanan blog emi tu..ataw disini

http://ejdeejasmi.blogspot.com/2009/05/award_11.html

May 29, 2009 4:15 PM  

len kali isap rokok lam tanah.ekeke

May 29, 2009 4:21 PM  
||alis|| said...

makkk...
jauhi saya dari perokok..

uhuk..uhuk..uhuk...
*bunyik batok

May 29, 2009 6:49 PM  
~wAniE~ said...

x sakit ke kpla cm tu..
ngeri nyer.!!!!

May 29, 2009 9:55 PM  
KhairiL's said...

bila dh ketagih
harga dh x jd ukuran
20 hingit pun sngup bayar utk sebatang rokok..

hehe =)

May 29, 2009 11:15 PM  

aiyoo.. dasyat betol.. gare-gare sebatang rokok... ish.. naya jew

May 29, 2009 11:36 PM  
xuen adyla said...

T_T

takut owh

btw rokok itu membunuh

May 29, 2009 11:55 PM  

shaolin soccer ho yeh..can ho yeh!!
jangan menyigup bah..kedapatan sudah..hehehe!!!

May 30, 2009 12:45 AM  

adoila..
rokok punyer pasal..
wa sanggop gner rm20 bli eskrem!
haha~

May 30, 2009 12:50 AM  
asis said...

adeih..knape la??????????

May 30, 2009 2:10 AM  

mcm nak mati jer buat cam tu

hahaha

May 30, 2009 2:19 AM  

emm.........aku xhisap wey!!!

May 30, 2009 8:06 AM  
babymiLosh said...

rokok.rokok.mati.mati.

haishhhh~~~~~

tp comando rest tu cool gle.. heee.. time plkn dolu2,, dak yg kna tgkp rokok kna hukuman guling2 ngan kblkg pusing laju2... klaka je tgk.. memula command dia 'kebalakang pusing'.. last2 jadi 'kangsing' je.. pusing2 mcm heli.. heeee.. kalaula kna comando rest ni,, lagi cool amat.. tOink2~~

May 30, 2009 12:11 PM  
milimilo said...

aku ingat isap ganja ke tadi sampai kne tangkap rupenye rokok je..boleh patah tengkok ouh buat cmtu

June 02, 2009 1:28 PM