Adei... malam nie kena buat persembahan pendek le pula...
Itu adalah antara aktiviti orentasi yang kami hadiri di Water Front Labuan.
Orentasi ini di adakan bagi anggota-anggota baru yang masuk melapor di satu jabatan kerajaan di Labuan. Orentasi itu telah berjalan selama 6 hari dan malam ini adalah malam terakhir para anggota baru.
Penilai: Ok semua malam ini adalah malam terakhir bagi kamu. malam nie akan ada jamuan makan dan sedikit personal presentation dari anda semua.
Para ahli: Apa? Personal Presentation?
Penilai: Ya kamu setiap seorang kena buat persembahan. Persembahan dalam bentuk apa sahaja. Lakonan, Nyanyian, Bercerita dan apa yang anda fikirkan boleh di buat persembahan.
Para Ahli orentasi bersurai ke bilik masing2. maka bermulalah sesi ujibakat dalam masa sendiri. Aku pun apa kurangnya berlatih untuk persembahan malam tu.Siang berganti malam maka bermulalah aktiviti akhir orentasi tersebut. Malam tu kami duduk di tempat masing2. kami ramai 37 orang semuanya. jadi persembahan sorang2 tu pendeklah. Aktiviti berjalan lancar hinggalah giliran Adi kawan sekerjaku. dengan gaya yang macho, smart bergaya dengan baju longslip bertali leher... perghhhh awek mesti kabur mata melihatnya.....
Adi: Assalamualaikum semua... malam nie saya pilih untuk bercerita Tajuk cerita saya "Janda Muda Tidak Puas"
Tetiba keadaan menjadi senyap apabila terdengar tajuk yang dituturkanya. Penilai yang was2 meminta Adi membacakan semula tajuk penceritaanya.
sekali lagi Adi membaca tajuk cerita pendeknya, aku pun tidak pasti cerita apa yang nak di ceritakan ini suspend aje?
Adi: Tajuk cerita saya malam nie "Janda muda tidak puas...."
Ada yang gelak ada yang serius mendengar tajuk tersebut.
Cerita Adi pada masa tu berbunyi begini.......
"Udin adalah anak seorang kaya. walaupun sekolahnya drop-out dia tetap bangga dengan kekayaanya. Berkenankan seorang janda muda (fuhhyooo) udin mengahwini
janda tersebut. namun nasib yang menimpa udin sungguh malang.... kerana isterinya tidak pernah puas. menyedari ketidak puasan isterinya udin pun bertanya:
UDIN: sayangku.....adakah sayang masih tidak puas lagi?
Isteri Udin: Tidak lagi abang.
Udin: Tapi, sayangku!” rayunya. “Aku sudah melakukan segala yang aku boleh untuk membuatmu bahagia. Terutama sejak malam pertama kita, sayangku.” "Bukan itu saja malahan tongkat ali power telah ku minum... dan pelbagai lagi dah aku lakukan sayangku." memujuk rayu.
Isteri Udin: "Semua telah abang lakukan, Tapi abang tidak melakukan satu perkara seperti yang dilakukan suami pertamaku untuk membuatku bahagia Abang.”
Udin: “Sebutkan saja apa itu, sayang.” kata Udin dengan nada merayu.
Isteri Udin: “Meninggal.” jawabnya bahagia.
Udin: "Poyo aje minah nie adakah dia nak aku mati." dalam hati Udin.(Tambahan dari aku)
Walaupun singkat ADI berjaya menarik perhatian melalui ceritanya. sehingga kini Adi telah kami gelarkan Udin semenjak malam itu.
Welcome 2024
5 weeks ago
17 Tukang Komen:
ish..lucah!! msti adi@udin masih menyebarkan citer ni kan? Hahahaha..
May 26, 2009 4:27 PMxpuas ap bini tu?
May 26, 2009 5:10 PMsha tak baca habis ke tak puas le suami dia tak mati
May 26, 2009 5:23 PMx puas dgn kekayaan rupanya
May 26, 2009 6:03 PMhoho...tajuk bikin suspen jer
uishh..sy penah dgr citer nih hakhak...tajuknye agak lucah didengar haha..
May 26, 2009 6:15 PMemm satu ag..sy suke layout blog nih hehe
hahhaa...
May 26, 2009 6:19 PMsengal je bini udin...
-->tapi cter yg menarik 4 1st presentationnn...
hahha..lawak gile cite adi tuh..nnt nak wat camtu la jugak..kahkahkah..
May 26, 2009 6:23 PMhahaha
May 26, 2009 6:34 PMtak pasal2 jadi UDIN
baik udin tu larik, kang tak nak meninggal, takut2 kena paksa meninggal. haru!
May 26, 2009 7:05 PMmeninggal dunia ke meninggal ape ni? lain macam je bunyi meninggal tu.kik3..
May 26, 2009 10:24 PMsalam ukhwah dari saya,
May 26, 2009 11:25 PMwah, best yer tempat kursus...mcm kat istana.
heheee..sengal jerkk bini dier tuh.. nway tumpang lalu yerk ruan tasek..
May 27, 2009 12:30 AMcantek arr labuan waterfrnt tuh
cantek tempat tu..
May 27, 2009 3:13 AMKeh keh keh ... kih kih kih ... Hi hi hi ... buat terkezut jer!
May 27, 2009 8:42 AMbolehla pasni time orientasi bikin cherita saja.HEHE
May 27, 2009 12:13 PMHaruan,
May 27, 2009 10:40 PMHeheh.. nasib baik udin. alau panggillannya janda, xke haru... hahaha
adoi,ade ke xpuas nak laki mati,aku xsnggup laki aku mati dulu..xnak jadi janda..erk,kawen pn blom..berangan..haha
June 02, 2009 1:34 PMPost a Comment