Seekor anai-anai Perosak



N3 kali ini adalah kesinambungan dari n3 13 Tahun aku disini dan Misi 2Kg dan Ubikayu.

Ujian peringkat pertama telah Berjaya ku lepasi
Banyak juga gagal diperingkat ini
Jumlah yang gagal adalah sikit berbanding yang lulus
Nampaknya Saingan semakin kurang
Namun Peluang untuk lulus sepenuhnya juga bukan lah muda

Kini masuk peringkat kedua pemilihan akhir
Ya uji cergas macam macam kena buat namapun uji cergas
Tak ku lupa lagi acara terkhir peringkat ini berlari sejahu 8KM
Dengar aje 8KM aku jadi kurang keyakinan
Boleh ke aku lari sejahu itu

Kami pun dilepaskan beramai-ramai
Ada yang lari seperti atelit marathon ingin mengejar kejuaraan
Ada yang berlari sekadar cukup syarat
Ku ingat lagi masa larian 4KM pertama
4Km yang memang menguji iman dan nafsu

Sememangnya pihak pengurusan cerdik
Menggunakan taktik yang cukup licin untuk menguji kami
Ibarat Seekor Ibu anai-anai dilepaskan didalam kayu lama-lama melarat
Kami tidak tahu pun ada diantara yang berlari pada masa itu adalah Dalang Pengurusan
Tugasnya senang sahaja. Ibarat seorang guru ajaran sesat yang ingin menyebarkan ajaranya.

Pada 4 km pertama tu tetiba larian semangkin slow… ku lihat ada kenderaan…
Apasal ramai-ramai berkumpul disini nie…
Nampaknya si Dalang pengurusan itu sedang menyebarkan ajarannya
Mengajak kami menaiki kenderaan dan memberikan air minuman. Ia menawarkan untuk menurunkan kami ke 1 km terakhir
Beria-ia di menyakinkan kami bahawa pihak pengurusan tak tahu perkara ini dan pemandu tu pakcik dia.

Ramai yang terperdaya… aku pun hampir-hampir juga... maklumlah dah penat
Ibarat tak berduit dihulurkan duit laju je nak.
Tetapi dalam nak hatiku berat untuk berbuat demikian
Ku ingat kata kawanku Laming seorang lepasan Universiti tinggi di Indonesia
Ini katanya “Hidup sentiasa mempunyai pilihan.. jadi buat le pilihan sebaiknya kerana pilihan yang salah menjejaskan kita”

Pernah juga ku Tanya kerja kilang ni pilihan ko ke laming. Dia hanya jawab… ini adalah yang terbaik dari aku di Indonesia. Oleh kerana ingat kata-kata itu aku memilih untuk sambung berlari kerana aku fakir ini terbaik dari aku menipu.
Aku berlari sehingga ke garisan penamat. Hampir sejam juga le.
Aku bukanlah atelit jadi aku pun no puluh-puluh juga le.
“Balik bilik petang nie keputusan dikeluarkan”
Itulah kata staf pengurusan yang menunggu dihujung garisan penamat sambil ia mencatatkan masa kami.
Hati memangnya tidak duduk tenang untuk menunggu keputusan
Pagi berganti petang masa yang dinantikan telah tiba

Kami dikumpulkan ke dalam satu bilik untuk pengumuman keputusan itu
Jantung berdegup kencang…. Duduk tak tenang ibarat suami menunggu isteri sedang melahirkan anaknya…. Serba tak kena dibuatnya
Pihak pengurusan menyebut nama. Hanya 53 orang ada nama tidak termasuk nama ku
Mereka diasingkan dari bilik dan dibawa ke bilik lain untuk taklimat

Selepas Pengasingan datang seorang Staf pengurusan memberi taklimat kepada kami. Ia menyatakan kepada kami yang tinggal untuk membuat persediaan Temuduga.
Bererti kami telah lulus Ujian peringkat uji cergas… Alhamdulillah
Menanyakan nasib 53 orang tadi mereka telah gagal kerana melanggar peraturan ujian dengan menaiki kenderaan. Hu nasib aku tak naik.

Akhirnya tinggal 122 orang untuk ditemuduga. Iaitu merupakan proses terakhir pemilihan jawatan dipohon. Adakah tips Temuduga Saudara Grunge dalam n3 yang dibuat olehnya boleh diguna pakai?? Grunge sorry libatkan nama ko kat n3 nie. Tunggu untuk N3 seterusnya….


P/S

1. Hidup sentiasa mempunyai pilihan. pilihan hendaklah dibuat dengan tenang. kerana pilihan itu le penentu kita dan mempengaruhi setiap keputusan. Jangan salahkan orang lain sekiranya pilihan tidak tepat itu pilihan diri sendiri.

2. Jangan mudah terperdaya dengan satu-satu perkara yang kita Nampak menyenangkan pada awalnya sedangkan benda yang nak dilakukan itu Salah dan memberi kesan buruk kepada kita

3. Bila membuat satu-satu kerja buatlah sehingga akhir jangan buat sekerat jalan. Hangat-hangat tahi ayam

4. Maaf kepada pembaca kerana n3 ku nie bersambung-sambung…. Ha..ha

34 Tukang Komen:

izman said...

ko masuk pemilihan soldier ka?

apa2pun pilihan mmg ditangan kita.

wish u the best!

June 17, 2009 8:47 AM  

ehmm..gud luck..byk lg ke episodnye aruan??

June 17, 2009 9:18 AM  
babymiLosh said...

yupp... pilihan terletak ditgn kita yg memilihnya.. huuu~~

btw,, anai2 adalah satu ciptaan yg sempurna... mempunyai organisasi yg sempurna,, kasta yg sempurna segalanya sempurna....

June 17, 2009 9:22 AM  
FdausAmad said...

gua teringin nak jadi kanggaru..

June 17, 2009 9:27 AM  

teringat cerita ustazah masa sekolah dulu.
nanti nak kiamat akan datang dajjal yang akan merosakkan kita. dia bagi air and ikut ajaran dia.
im not sure lah cerita tu..
ehehe~

June 17, 2009 9:39 AM  
Dhada said...

Pjg betul cerita kamu ya siap berepisod lg ..

June 17, 2009 10:16 AM  
KhairiL's said...

pilihan mmg ditangan kita
baik buruk kita yg dapat dpt nilai kelak
hehe


bgs bt entri bersambung2 mcm ni
kalu followers baru baca mesti dia org kena ikut dr awal2 citer ni

June 17, 2009 10:19 AM  

so ape citer dalang pengurusan & pakcik driver tu? kena belasah tak ngan 53 org lagi tu.hehe

June 17, 2009 10:19 AM  

hoo..memg penat berlari 8km..memg jaguh la dpt lari byk tuh

June 17, 2009 10:24 AM  

nasib baik u tak ikut keta tuh, kalau ak mesti u takder kat sini, memegang jawatan tuh..

June 17, 2009 10:44 AM  
Eyda Chan said...

best gak baca benda besambung2 ni..

June 17, 2009 11:00 AM  

ini boleh buat drama ni

June 17, 2009 11:07 AM  
aduka said...

en3 bersambung-sambung la best!
heee
=P

June 17, 2009 11:15 AM  
mynamyra said...

honesty is da best policy.. ^_^

June 17, 2009 11:48 AM  

alaaaa..bsambung lg...
aq rs r kn..
ko neh nga intvw askar ea??

June 17, 2009 12:08 PM  

Salam ziarah,

Ya, setiap pekerjaan itu jangan buat sekerat jalan kerana itu bukan ciri-ciri orang berjaya.

June 17, 2009 12:23 PM  
puspawarna said...

tahniah laa haruan tasek dpat lari jauh 2...
ase2 skng ley lari jauh 2 lg x...
hehehe.....x sbo ler nk tau pasni wtpe pulak....

June 17, 2009 12:54 PM  
zetty said...

ujian fizikal...8km...fuh jauh tue...msti penat..huhuhu...takut sebab mggu dpn ad ujian fizikal..cmnerr nk wat nie..

June 17, 2009 1:38 PM  

incik ikan buat buat aku berteka teki... ;)

June 17, 2009 2:03 PM  
Leeza Rule said...

Ni cam nak masuk jadi askar jer..cayok2 abang askar..berkhidmat untuk negara!

June 17, 2009 2:53 PM  
anak laut said...

kapten sangat hebat..dapat harungi ujian yang hebat ini.

anaklaut hanya cikgu biasa..yang mengajar anak bangsa, menulis, mengira dan membaca..

:)

June 17, 2009 3:10 PM  
Fadhlah said...

best apa ntreee sambung2...mmg menguji minda dan kecekalan pembaca semua..

June 17, 2009 3:12 PM  
GRuNGe said...

Wuits, tetiba naik nama ni. Wakakakaka. Kapten, teror ko lari 8km, kalau aku tu, mau pitam. Btw, best betul entry sambung-sambung ko ni kapten. Tak sabar aku tunggu sambungannya. Dah macam addict citer Sinetron dah plak ni.

June 17, 2009 3:34 PM  

aku akan nnt kn cerita ini..
chaiyok haruan..:)

June 17, 2009 3:35 PM  
xuen adyla said...

suka entri sambung sambung ini
dan mesej itu menusuk kalbu
sangat memotivasikan

kudos

June 17, 2009 3:43 PM  
ticnube said...

gilee arr 8km..jauhh tuh...dlm mase sejamm jekr.. mak aih..super man ke ape. ko .. ruannn...> eii tak mampu... tak mampu aku...muehe...;)

June 17, 2009 4:33 PM  
ayong said...

pilihan sememangya ada ditgn kita, kta yg memilihnya kan?

hee~

best cte smbug2,
cm drama plak!
:D

June 17, 2009 5:01 PM  
NuR said...

beshnyer baca entry haruan kali ni.
ada episod bersiri..
siap ada p/s kat bwh tu..
pandai buat kita terfikir lps baca nota2 di bwh...

June 17, 2009 8:05 PM  
miss izan said...

de bape episode ni?
cam sinetron plakkk...
tapi bagus nye ko tak krabat nek ataih kreta tu,kalo aku...
hehehee

June 17, 2009 9:37 PM  
♥ Cik Ca said...

bpe episOd ni??
jgn smpi mcm bwg merah bwg putih da la..
hehehehe

June 17, 2009 10:35 PM  
ezzati said...

pemilihan apa ni???

June 17, 2009 10:41 PM  
queensyams said...

good luck to you!! mehla dtg jenguk2 my blog..kalau follow lagi best!!

June 17, 2009 11:33 PM  

adeh...brape episod ne haruan??

June 18, 2009 1:04 AM  
era_zierah said...

bgus la ko ni...
x cpt terpengaruh..
ni interview tok pe ek??

June 18, 2009 2:38 PM