“BERSEMANGAT, YAKIN, CERIA DAN LIP’S SERVICE”




Sambungan N3 Semalam

Setelah Berjaya dalam pemilihan kedua
Aku memang seronok sangat
Tetapi dalam seronok aku risau
Aku tak pernah hadiri temuduga

Bermain difikiranku macam mana nak menghadiri temuduga
Buntu seketika… aku Tanya member-member yang ada
Apa nak kena buat semasa temuduga
Masing2 sibuk dengan hal masing-masing
Sama macam aku juga panic nak temuduga

Hari nie hari rabu temuduga hari Jumaat
Ada masa lagi untuk meriki-riki apa bakal berlaku masa temuduga itu
Aku pergi mendapatkan nasihat salah seorang staf di situ
Dia memberitahuku sedikit persediaan untuk temuduga
Tak sempat nak khatam staf tu dah belah, member dia panggil
Ini saja dapat ku kutip dari dia

Susun sijil elok2 dalam folder biar ikut susunan senang pemeriksa nak semak
Pakai baju yang bersesuaian kalau boleh long slip Nampak smart
Rambut jangan panjang kena trim biar Nampak kemas
Pengetahuan am tentang Malaysia masa kini

Itu saja aku dapat dari staf tu.
Aku takut kat pengetahuan am ini aku lemah
Maklum le budak kampung informasi berita 1 bulan lalu baru sampai hari nie
Memang lembab. Kalau sekarang semua di hujung jari anda…

Sambil membuat persiapan di bilik kami di lawat oleh seorang staf kat situ
Dia mengumpulkan kami dan memberi tahu kami tentang tatasusila menghadiri temuduga…. Apa dalam n3 grunge memang betul itu le caranya yang diberitahu.

Hari khamis muncul tiba. Persiapan semangkin rancak dibilik masing-masing termasuk aku
Di bilik aku kami dilawati En Ishak yang pernah aku ceritakan dalam n3 lepas
Kami sembang-sembang perkenalan dengan dia. Banyak soalan ke arah soalan peribadi.
En Ishak menegurku… dah ready ke nak temuduga nie..
Aku straight to the point kata saya tak sedia lagi… tak pernah menghadiri temuduga

En ishak sebagai orang lama memang banyak pengalamanya
Jadi hari tu kami sebilik bertuah dapat mendengar tips-tips menghadiri temuduga
En sahak memberitahu kami cara berdepan dengan penemuduga, cara menjawab dan sebagainya
Satu tips utama yang dia beri ialah “KAMU KENA BERSEMANGAT, YAKIN, CERIA DAN LIP’S SERVICE” kalau kamu ada ini insyallah kamu Berjaya bak kata En ishak.

Hari yang dinantikan telah tiba. Sesi temuduga dijalankan selepas sembahyang jumaat
Kami 122 orang yang tinggal untuk sesi temuduga
Kami dipecahkan kepada 24 kumpulan. Dalam group aku ada 5 Orang semuanya
Menunggu giliran sambil menghafal-hafal nama menteri2… logo-logo dan banyak lagi nak di hafal
Ialah persediaan nak menjawab soalan temuduga.

Giliran kumpulan ku kini tiba
Kami berlima berdiri di hadapan penemuduga
“Baik perkenalkan diri anda satu persatu dari hujung sebelah kanan”
Kami seorang-seorang memperkenalkan diri

Sedikit gementar tetapi aku cuba gunakan tips
“BERSEMANGAT, YAKIN, CERIA DAN LIP’S SERVICE”
Aku memperkenalkan diriku dengan cara diajar cara Lip’s Service
Tamat sahaja aku memperkenalkan diri.
Aku dipanggil ke depan
“IC Ayah awak nie merah… macam mana awak dapat taraf warganegara pula?”
Dengan kaedah Lip’s Service saya menjawab “Ayah saya adalah pemegang nitip zaman pemerintahan British” dan saya di lahirkan disini.. maka saya adalah warga negara malaysia.

Tiada soalan lain selepas itu…. Tetapi ini yang di Tanya Siapa pandai berbahasa Inggeris
Hanya seorang mengangkat tangan dia senyum gembira.
Malahan kami yang buta berbahasa inggeris nie dapat ini dari ketua penemuduga
“ Awak berempat boleh keluar….. boleh pack barang…. Tidak pandai berbahasa inggeris macam mana mau kerja… esok kamu boleh balik kampung”
Apa? maknanya kami gagal temuduga

Petang itu aku pack barang
Bersedia untuk balik kampung
Mau kerja apa lepas ini
Bermain difikiran ku
Tak apalah aku masih boleh cari kerja lain.

Pagi sabtu yang indah pengumuman anggota yang lulus akan diumumkan
Kami berkumpul didewan makan makan masa itu
Aku tak bersemangat untuk mendengar keputusan
Aku dah diusir semalam
Aku tahu aku gagal

Ini nama-nama yang gagal disebut satu per satu
Namaku di sebut… aku tak terkejut
Memang dari semalam aku tahu aku gagal
Sehinggalah kami 25 orang semuanya

“Ok 25 orang nie boleh ke bilik sebelah untuk taklimat perjalanan balik kampung”
Kami bergerak ke bilik khas
Semua senyap tanda sedih
Seorang pegawai dating memberi taklimat

“Tahniah anda semua dipilih dalam jawatan ini”
Tak terkejut… senyap seperti biasa
“Tak bersemangat pun dapat jawatan ini”
Suara sumbang menyambar “Nak semangat apa bukan dapat pun”
“Sekali lagi saya ulang anda semua yang berada di sini terpilih untuk jawatan ini”

Aku macam tak percaya… betul ke nie… abis tadi kata gagal pas tu kata lulus
Mana satu nie… confused
Setelah di yakinkan Aku kembali bersemangat
Akhirnya aku mendapat jawatan ini "TNS(L)"


P/S

1. “BERSEMANGAT, YAKIN, CERIA DAN LIP’S SERVICE” semasa menghadiri temuduga

2. Sediakan bahan secukupnya untuk menghadiri temuduga

3. Dapatkan tips dari otai-otai yang ada jika perlu

4. Cubalah tips yang ada nie bagi sesiapa yang hendak menghadiri temuduga.

25 Tukang Komen:

Precious said...

Dapat keja eh? Tahniah! Tumpang gembira nih? Orait! Boleh ler pass tips temu duga yang wokeh tu pada kengkawan.

June 18, 2009 8:19 AM  
... said...

wahh.. best le, aku mmg tau kau kelebihan trsendiri... truskan perjuangan!

June 18, 2009 8:20 AM  

lip's service tu ape?

lip ice koi tahu lalalalaa

June 18, 2009 8:25 AM  
adie said...

tahniah tuk kamu!

err.. TNS(L) tu ape?

June 18, 2009 8:51 AM  

bro, TNS(L) tu ape??
wah..knangan bes!!
teringat mse nk intview msuk jd cikgu.
fuh.........org kdh kata ketaq lutut.
ehehe~

June 18, 2009 9:08 AM  
Qylaisqyla said...

tahniah le.

da dpt kjew.

tp kjew pe eh yang dpt tuh?

June 18, 2009 9:25 AM  
nuyuljana said...

TNS(L)tu ape?

congratulation. berbaloikan makan ubi kayu.

ha ha.

;)

June 18, 2009 9:35 AM  
ayong said...

wah wah!

dpt keje dah..

:)

best neh, boleh digunekan masa depan!
:)

June 18, 2009 9:35 AM  
unknown said...

tahnaih atas kejayaan yg dikecapi 13 tahun dulu

smoga makin sukses sentiasa

tp masih x paham , keja apa

June 18, 2009 10:12 AM  

wah..tahniah le ek!

June 18, 2009 10:37 AM  

TNS(L) stands for?

huuu~~ haishhhh.. sgt cuak untuk intebiu.. buat muka comel je laaa.. hehehe ;p

June 18, 2009 10:40 AM  
Dhada said...

Kerja apa tah .. bkn nk bgtahu :P

June 18, 2009 10:45 AM  

lip's service tu camana?

June 18, 2009 12:23 PM  
Anonymous said...

yang terer bi tuh pe citer??
huhu

June 18, 2009 12:42 PM  

TNS(L)?? apew itu??
congratz..

June 18, 2009 2:24 PM  

tahniah..kalo da name rezeki memg tak kemaner..

June 18, 2009 2:42 PM  
xuen adyla said...

lips service?
hurm jilat jilat bibir?

haiz xfaham
btw baguslah
semoga berjaya selalu ya

June 18, 2009 3:02 PM  

congrat...
TNS (L) tu kerja aper?

June 18, 2009 3:43 PM  
fezaL Mohd said...
anak laut said...

salam..kronologi cerita yang sungguh mendebarkan,
kadang2 si penemuduga sengaja nak menguji seseorang itu..

kapten,

n3 ni sanagt menarik..syabs kapten.

June 18, 2009 6:29 PM  
Fadhlah said...

btol2..penah gak gagal temuduga nie

June 18, 2009 8:59 PM  
GRuNGe said...

Lips Service tu apa kapten. Lain beno bunyinya. (Dalam kepala otak dah biru ni). Lalalala.

June 18, 2009 10:22 PM  

Grunge ko tak tau ke rupanya lips service

June 18, 2009 10:31 PM  
Nova Leeza said...

kasi wa..suspen jer...cayok2...hehe...kapten, TNSL tua pa?

June 19, 2009 11:18 AM