Minggu nie pelatih baru sampai, semua ajk sibuk mengedarkan borang untuk pelatih-pelatih baru untuk memasuki kelab masing-masing. Di antara kelab yang ditawarkan adalah Kelab Taranum, Kelab Bolasepak, Kelab Komputer dan bermacam-macam kelab lagi.
Ketua jabatan masing-masing bermesyuarat untuk mewujudkan satu kelab baru di sekolah ini. “Kelab Silat”…. Tapi siapa gurunya…. Silat merupakan seni mempertahankan diri masyarakat melayu. Dan orang yang ingin menjadi guru mestilah mempunyai pengalaman dan memang layak untuk menjadi guru silat,,,
Dalam membincangkan hal ini aku teringat pada seseorang dikampung aku….. J namanya. Filem pendekar memang selalu dimainkan di TV 3 pada masa itu J selalu menonton filem-filem sebegini.
“J ko buat apa kat atas bukit nie” “tak ada buat apa jogging sahaja” J menjawab. Itu memang rutin harian J kami dah biasa dengan keadaannya yang selalu seorang-seorang jogging di atas bukit.
“Satu petang sedang bermain layang-layang di atas bukit… terdengar dan terlihat kelibat kanak-kanak sedang belajar ala-ala pendekar” kami merapati budak-budak tersebut. “Eh kamu belajar apa nie serentak je aku tengok, Silat ka” “Bukanlah kami belajar pendekar nie” Ia ke. “Siapa guru kamu?” “Adalah mana boleh bagi tau nanti kami kena belasah” walau dipaksa budak-budak tetap tidak ingin memberi tahu.
Persoalan wujud diantara kami “Siapa guru mereka ini”. Kami berpakat untuk mengintai keesokan harinya. Kami datang lebih awal petang dan mengambil port sambil pekena buah ceri. Dalam keasyikan pekena buah ceri tetiba kelihatan kelibat J seorang-seorang pergi ke tempat itu… kami hanya senyap dan melihat…. J membuka langkah berlatih seolah-olah pendekar…. Kami terkedu melihat J, di mana dia belajar semua ini. Setahu kami tak ada mahaguru di kampung kami.
Setelah sekian lama barulah kami tahu J mencipta sendiri pergerakan-pergerakan itu yang di tiru dari aksi-aksi pendekar di TV 3 dan banyak budak kampung yang mengikutnya.. Kami mengelarkanya Pendekar. Namun J memang seorang remaja yang agak mesteri, dia suka bersendirian dan pakaiannya ala pendekar… berikat reben merah di kepala, baju ala RYU Stright Fighter dan seluar panjang.
Pernah sekali kami balik dari sekolah J bergaduh dengan seorang budak entah dari kampung mana. J menggunakan langkah-langkahnya memang bergaya, bergaduh ala pendekar, menang dengan mudah dengan hanya 2 kali penumbuk dan satu tendangan lawannya sudah patah gigi dan menangis… memang J hebat…
Berbalik kepada perbincangan tadi Mahu saja aku mencadangkan J jadi guru mereka. Tetapi……. Dimana mahu cari J Lama sudah tidak mendengar berita mengenainya. Ia sudah 13 Tahun lamanya aku tak pernah berjumpa denganya. Rasanya dia sudah Jadi seorang Mahaguru sekarang ini. Akhirnya kata putus semua pihak bersetuju untuk mengambil mahaguru dari persatuan seni silat gayung disini.
Welcome 2024
5 weeks ago
22 Tukang Komen:
buat sakit badan je belajar silat..hikhik..pengalamn tak leh blah..
June 10, 2009 5:47 PMyok.. J pendekar silat kan?
June 10, 2009 6:05 PMmeh kawan ngan aku meh.. aku sifu wushu..
;)
wah J yang misteri
June 10, 2009 6:12 PMkuat berkhayal menjadi pendekar tu
Haruan,
June 10, 2009 7:05 PMMinat gak ngan cerita pendekar tu.. Best.. pedang terbang-terbang.. berdesup...... perggghhh..
aku rasa J tu la mahaguru silat tu...
June 10, 2009 7:26 PMbetul x??
:p
Dimana hilangnya J
June 10, 2009 7:38 PMmesteri btul...
erk so c9omplicated la
June 10, 2009 7:40 PManyway good story
woa woa!
June 10, 2009 8:03 PMheee, tak penah plak msuk kelab silat..
taranum boleh lg la kot.
heee~
cantek katon..
June 10, 2009 8:27 PMcest kalau dpt belajar silat. Boleh wat persembahan time org kawin nnti.hehe
June 10, 2009 9:17 PMhoho..dlu2 aku de gak masuk silat..
June 10, 2009 9:55 PMsilat lincah..
jgn memain.. =P
Pendekar Haruan takde ke?
June 10, 2009 10:05 PMhuiyoo..
June 10, 2009 11:15 PMsilat ka?
emm.. best belajar benda nih.
leh wacha2 dgn org jaat.. hikhik!
Jurusan Ibu Gayong Peringkat ke-8..
June 11, 2009 12:55 AMWachaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!!
J adalah salah seorgn ahli dlm Jawa Rangers Hot FM AM Krew. Hohoho
June 11, 2009 2:22 AMkelab silat, ni silat gayung mandi keh atau silat cekak rambut?? huhu
June 11, 2009 10:44 AMadoi..ade jugak orang macam ni.. ;p
June 11, 2009 11:25 AMnak kenal dengan j...
June 11, 2009 12:07 PMnak berguru ngan die..hehe
aloh2... dulu2 shaye blaja silat tak khatam... chegu meninggal eksiden.. then trus tak sambung blaja.. huuu
June 11, 2009 1:14 PMawat xcdgkan diri sendiri as mahaguru ek...
June 11, 2009 3:41 PMif dulu menuntut silat kan xpyh dorg pening2 bincnagkan
wah...meremang bulu mata den baca surat hanim
June 11, 2009 6:12 PMwwuwuwuw~
mudahnya mata lelaki trpelecok arah... mujur hanim bijak memancing kembali tunang trsayang, ibarat brmain layang2....
June 11, 2009 7:41 PMPost a Comment