N3 kali ini adalah kesinambungan dari n3 13 Tahun aku disini dan Misi 2Kg dan Ubikayu.
Ujian peringkat pertama telah Berjaya ku lepasi
Banyak juga gagal diperingkat ini
Jumlah yang gagal adalah sikit berbanding yang lulus
Nampaknya Saingan semakin kurang
Namun Peluang untuk lulus sepenuhnya juga bukan lah muda
Kini masuk peringkat kedua pemilihan akhir
Ya uji cergas macam macam kena buat namapun uji cergas
Tak ku lupa lagi acara terkhir peringkat ini berlari sejahu 8KM
Dengar aje 8KM aku jadi kurang keyakinan
Boleh ke aku lari sejahu itu
Kami pun dilepaskan beramai-ramai
Ada yang lari seperti atelit marathon ingin mengejar kejuaraan
Ada yang berlari sekadar cukup syarat
Ku ingat lagi masa larian 4KM pertama
4Km yang memang menguji iman dan nafsu
Sememangnya pihak pengurusan cerdik
Menggunakan taktik yang cukup licin untuk menguji kami
Ibarat Seekor Ibu anai-anai dilepaskan didalam kayu lama-lama melarat
Kami tidak tahu pun ada diantara yang berlari pada masa itu adalah Dalang Pengurusan
Tugasnya senang sahaja. Ibarat seorang guru ajaran sesat yang ingin menyebarkan ajaranya.
Pada 4 km pertama tu tetiba larian semangkin slow… ku lihat ada kenderaan…
Apasal ramai-ramai berkumpul disini nie…
Nampaknya si Dalang pengurusan itu sedang menyebarkan ajarannya
Mengajak kami menaiki kenderaan dan memberikan air minuman. Ia menawarkan untuk menurunkan kami ke 1 km terakhir
Beria-ia di menyakinkan kami bahawa pihak pengurusan tak tahu perkara ini dan pemandu tu pakcik dia.
Ramai yang terperdaya… aku pun hampir-hampir juga... maklumlah dah penat
Ibarat tak berduit dihulurkan duit laju je nak.
Tetapi dalam nak hatiku berat untuk berbuat demikian
Ku ingat kata kawanku Laming seorang lepasan Universiti tinggi di Indonesia
Ini katanya “Hidup sentiasa mempunyai pilihan.. jadi buat le pilihan sebaiknya kerana pilihan yang salah menjejaskan kita”
Pernah juga ku Tanya kerja kilang ni pilihan ko ke laming. Dia hanya jawab… ini adalah yang terbaik dari aku di Indonesia. Oleh kerana ingat kata-kata itu aku memilih untuk sambung berlari kerana aku fakir ini terbaik dari aku menipu.
Aku berlari sehingga ke garisan penamat. Hampir sejam juga le.
Aku bukanlah atelit jadi aku pun no puluh-puluh juga le.
“Balik bilik petang nie keputusan dikeluarkan”
Itulah kata staf pengurusan yang menunggu dihujung garisan penamat sambil ia mencatatkan masa kami.
Hati memangnya tidak duduk tenang untuk menunggu keputusan
Pagi berganti petang masa yang dinantikan telah tiba
Kami dikumpulkan ke dalam satu bilik untuk pengumuman keputusan itu
Jantung berdegup kencang…. Duduk tak tenang ibarat suami menunggu isteri sedang melahirkan anaknya…. Serba tak kena dibuatnya
Pihak pengurusan menyebut nama. Hanya 53 orang ada nama tidak termasuk nama ku
Mereka diasingkan dari bilik dan dibawa ke bilik lain untuk taklimat
Selepas Pengasingan datang seorang Staf pengurusan memberi taklimat kepada kami. Ia menyatakan kepada kami yang tinggal untuk membuat persediaan Temuduga.
Bererti kami telah lulus Ujian peringkat uji cergas… Alhamdulillah
Menanyakan nasib 53 orang tadi mereka telah gagal kerana melanggar peraturan ujian dengan menaiki kenderaan. Hu nasib aku tak naik.
Akhirnya tinggal 122 orang untuk ditemuduga. Iaitu merupakan proses terakhir pemilihan jawatan dipohon. Adakah tips Temuduga Saudara Grunge dalam n3 yang dibuat olehnya boleh diguna pakai?? Grunge sorry libatkan nama ko kat n3 nie. Tunggu untuk N3 seterusnya….
P/S
1. Hidup sentiasa mempunyai pilihan. pilihan hendaklah dibuat dengan tenang. kerana pilihan itu le penentu kita dan mempengaruhi setiap keputusan. Jangan salahkan orang lain sekiranya pilihan tidak tepat itu pilihan diri sendiri.
2. Jangan mudah terperdaya dengan satu-satu perkara yang kita Nampak menyenangkan pada awalnya sedangkan benda yang nak dilakukan itu Salah dan memberi kesan buruk kepada kita
3. Bila membuat satu-satu kerja buatlah sehingga akhir jangan buat sekerat jalan. Hangat-hangat tahi ayam
4. Maaf kepada pembaca kerana n3 ku nie bersambung-sambung…. Ha..ha
Welcome 2024
4 weeks ago
34 Tukang Komen:
ko masuk pemilihan soldier ka?
June 17, 2009 8:47 AMapa2pun pilihan mmg ditangan kita.
wish u the best!
ehmm..gud luck..byk lg ke episodnye aruan??
June 17, 2009 9:18 AMyupp... pilihan terletak ditgn kita yg memilihnya.. huuu~~
June 17, 2009 9:22 AMbtw,, anai2 adalah satu ciptaan yg sempurna... mempunyai organisasi yg sempurna,, kasta yg sempurna segalanya sempurna....
gua teringin nak jadi kanggaru..
June 17, 2009 9:27 AMteringat cerita ustazah masa sekolah dulu.
June 17, 2009 9:39 AMnanti nak kiamat akan datang dajjal yang akan merosakkan kita. dia bagi air and ikut ajaran dia.
im not sure lah cerita tu..
ehehe~
Pjg betul cerita kamu ya siap berepisod lg ..
June 17, 2009 10:16 AMpilihan mmg ditangan kita
June 17, 2009 10:19 AMbaik buruk kita yg dapat dpt nilai kelak
hehe
bgs bt entri bersambung2 mcm ni
kalu followers baru baca mesti dia org kena ikut dr awal2 citer ni
so ape citer dalang pengurusan & pakcik driver tu? kena belasah tak ngan 53 org lagi tu.hehe
June 17, 2009 10:19 AMhoo..memg penat berlari 8km..memg jaguh la dpt lari byk tuh
June 17, 2009 10:24 AMnasib baik u tak ikut keta tuh, kalau ak mesti u takder kat sini, memegang jawatan tuh..
June 17, 2009 10:44 AMbest gak baca benda besambung2 ni..
June 17, 2009 11:00 AMini boleh buat drama ni
June 17, 2009 11:07 AMen3 bersambung-sambung la best!
June 17, 2009 11:15 AMheee
=P
honesty is da best policy.. ^_^
June 17, 2009 11:48 AMalaaaa..bsambung lg...
June 17, 2009 12:08 PMaq rs r kn..
ko neh nga intvw askar ea??
Salam ziarah,
June 17, 2009 12:23 PMYa, setiap pekerjaan itu jangan buat sekerat jalan kerana itu bukan ciri-ciri orang berjaya.
tahniah laa haruan tasek dpat lari jauh 2...
June 17, 2009 12:54 PMase2 skng ley lari jauh 2 lg x...
hehehe.....x sbo ler nk tau pasni wtpe pulak....
ujian fizikal...8km...fuh jauh tue...msti penat..huhuhu...takut sebab mggu dpn ad ujian fizikal..cmnerr nk wat nie..
June 17, 2009 1:38 PMincik ikan buat buat aku berteka teki... ;)
June 17, 2009 2:03 PMNi cam nak masuk jadi askar jer..cayok2 abang askar..berkhidmat untuk negara!
June 17, 2009 2:53 PMkapten sangat hebat..dapat harungi ujian yang hebat ini.
June 17, 2009 3:10 PManaklaut hanya cikgu biasa..yang mengajar anak bangsa, menulis, mengira dan membaca..
:)
best apa ntreee sambung2...mmg menguji minda dan kecekalan pembaca semua..
June 17, 2009 3:12 PMWuits, tetiba naik nama ni. Wakakakaka. Kapten, teror ko lari 8km, kalau aku tu, mau pitam. Btw, best betul entry sambung-sambung ko ni kapten. Tak sabar aku tunggu sambungannya. Dah macam addict citer Sinetron dah plak ni.
June 17, 2009 3:34 PMaku akan nnt kn cerita ini..
June 17, 2009 3:35 PMchaiyok haruan..:)
suka entri sambung sambung ini
June 17, 2009 3:43 PMdan mesej itu menusuk kalbu
sangat memotivasikan
kudos
gilee arr 8km..jauhh tuh...dlm mase sejamm jekr.. mak aih..super man ke ape. ko .. ruannn...> eii tak mampu... tak mampu aku...muehe...;)
June 17, 2009 4:33 PMpilihan sememangya ada ditgn kita, kta yg memilihnya kan?
June 17, 2009 5:01 PMhee~
best cte smbug2,
cm drama plak!
:D
beshnyer baca entry haruan kali ni.
June 17, 2009 8:05 PMada episod bersiri..
siap ada p/s kat bwh tu..
pandai buat kita terfikir lps baca nota2 di bwh...
de bape episode ni?
June 17, 2009 9:37 PMcam sinetron plakkk...
tapi bagus nye ko tak krabat nek ataih kreta tu,kalo aku...
hehehee
bpe episOd ni??
June 17, 2009 10:35 PMjgn smpi mcm bwg merah bwg putih da la..
hehehehe
pemilihan apa ni???
June 17, 2009 10:41 PMgood luck to you!! mehla dtg jenguk2 my blog..kalau follow lagi best!!
June 17, 2009 11:33 PMadeh...brape episod ne haruan??
June 18, 2009 1:04 AMbgus la ko ni...
June 18, 2009 2:38 PMx cpt terpengaruh..
ni interview tok pe ek??
Post a Comment